CHAPTER 01

11.4K 371 2
                                    

"HUH, kalau tak disebabkan harta yang dia ada tu, jangan harap aku nak berkawan dengan dia."

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata itu di halwa telinganya. Sungguh pedih sekali. Malas mahu memikirkan soal itu, kakinya diatur laju. Biasanya, tidak sabar-sabar dia hendak pulang ke rumah apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Dia ingin luahkan semua yang terpendam kepada mamanya tetapi sekarang mamanya sudah tiada. Sudah pergi. Kasya Amira keseorangan. Ada bapa seperti tiada bapa. Papanya, Dato' Amir sering sibuk dengan bisnes yang tidak pernah sepi. Sekarang ini pula dia sedang melancarkan satu projek besar dan berkongsi projek tersebut dengan rakan baiknya, iaitu Dato' Seri Tengku Irfan. Makin sibuk lah nampaknya.

Langkahnya mati tatkala beberapa titis air jernih jatuh atas mukanya. Wajahnya diangkat. Hujan. Dia harus cepat cari tempat untuk berteduh. Matanya meliar mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan teduhan sementaranya. Hujan semakin turun dengan lebat. Matanya mula menangkap pada sebuah pondok perhentian bas. Dia mesti ke situ sebelum hujan turun dengan lebat.

Langkahnya diatur laju menuju ke pondok. Setelah sampai di tempat berteduh itu, hujan terus menggila membasahi bumi. Kasya hanya mampu melihat. Lebat sungguh hujan. Pandangan di hadapannya kabur dek kerana lebatnya hujan rahmat itu turun. Bajunya yang basah disapu lembut sebelum dia memeluk tubuhnya. Kesejukan. Beg galasnya diletakkan di sebelah lalu dia melabuhkan duduk. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Tiada siapa pun ketika itu. Dan tiada tanda-tanda bahawa hujan akan berhenti dalam masa yang terdekat.

Kasya mengeluh. Jam di tangan dikerling. Sudah menjangkau ke pukul 6.30 petang. Alamak! Bila lah hujan ni hendak berhenti. Gerutu Kasya dalam hati.

Saat demi saat, minit demi minit dan jam demi jam, Kasya masih berteduh di tempat yang sama. Tidak dapat kemana-mana. Nmun akhirnya, hujan berhenti jua. Jam di tangan sekali lagi dilihat. Sudah pukul 7.59 malam. Dia harus cepat pulang.

Begnya digalas lalu dia meneruskan perjalanan. Telefon pintar sengaja dia matikan tadi kerana dia menerima beberapa panggilan dari papanya. Malas menjawab panggilan tersebut.

Langkahnya terus diatur. Melalui sebuah lorong yang hanya dilitupi cahaya lampu jalan. Sungguh seram. Tiada kelibat manusia mahupun kenderaan yang lalu-lalang. Bahkan, seekor kucing pun tiada.

"Arghh!" Satu suara menyapa gegendang telinga Kasya. Hatinya berdegup kencang. Bagai dikompang palu. Suara apakah itu.

"Arghh!!" Sekali lagi suara itu menyapa.

Suara itu seakan-akan dalam kesakitan. Kasya melangkah menuju ke arah datangnya suara itu. Semakin lama semakin kuat erangan suara itu. Hatinya semakin kuat berdegup.

Langkah demi langkah, suara itu kedengaran semakin rancak. Kalau tadi, hanya suara seorang sahaja yang kedengaran. Tetapi sekarang, suara itu sepertinya datang daripada beberapa orang. Langkah perlahan diteruskan. Sehinggalah Kasya berhenti dan berselindung di sebalik sebuah kereta jenis Vios berwarna hitam. Matanya menangkap sesuatu di lorong tersebut.

Terbeliak biji matanya apabila melihat empat orang lelaki sedang membelasah seorang lelaki lain. Manakala seorang lagi lelaki yang bertubuh agak tegap dan tinggi lampai itu sedang menghembuskan asap rokoknya dengan senang hati. Kasya menekup mulutnya bagi mengelakkan sebarang bunyi terdengar.

"Dah dah. Bro, kan aku dah cakap, tiga hari je. Tiga hari je aku bagi masa. Tu pun setengah dari hutang abang kau yang aku minta lunaskan. Itu pun kau tak boleh bayar?" Ucap lelaki yang bertubuh tegap itu sebelum melayangkan sepakannya di perut lelaki yang sedang terjelepok di atas tar jalan.

Lelaki itu membongkok apabila sepakan itu melayang tepat di perutnya.

Kasya masih memerhati. Lelaki yang berbicara tadi mula duduk bercangkung di hadapan lelaki yang dipukul tadi. Rambut lelaki yang disepaknya tadi dirangkul kuat sehingga menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.

"Kau dengar sini, aku bagi kau masa selama sebulan, untuk kau langsaikan semua hutang tu. Kalau tak, mati kau aku kerjakan!" Pesan lelaki itu lalu melepaskan rambut lelaki lemah itu tadi sebelum mereka mula beredar.

Salah seorang daripada mereka sempat lagi memberi sepakan di bahagian muka lelaki yang tertiarap itu sebelum beredar.

Namun, ada satu hal yang lebih merungsingkan sekarang ini. Kelima-lima lelaki itu sedang meluru ke arah kereta yang menjadi sumber Kasya bersembunyi. Apa yang dia perlu lakukan? Fikirannya buntu. Dia harus cepat pergi dari situ atau tidak, dia pula yang akan menerima nasib yang sama seperti lelaki malang itu tadi.

RAFIQUE AMSYAR ✔ Where stories live. Discover now