CHAPTER 06

6.7K 259 1
                                    

"ADA apa encik Irsyad nak jumpa saya?" Tanya Rafique ketika berada di dalam kereta milik Tengku Irsyad.

"Aku nak kau tolong setia dengan Kasya," Rafique mengerutkan dahinya.

"Maksud?" Tanya Rafique pendek.

Tengku Irsyad menunduk. Nafas diambil dalam dan dihembus perlahan. Wajahnya diangkat memandang Rafique.

"Kau beruntung tau, sebab kau yang ada dalam hati Kasya. Kau tahu, Kasya ialah seorang gadis yang sangat special bagi aku. Dan kau jangan pernah lukakan hati dia," Kerutan di dahi Rafique masih kelihatan.

"Saya minta maaf. Tapi, saya tak janji yang saya boleh jaga dia. Sebab-" kali ini giliran Rafique pula menunduk.

"Sebab?" Tanya Tengku Irsyad, turut menunduk untuk melihat wajah kusam lelaki di sebelahnya.

"Takde apalah. Saya nak encik janji dengan saya. Kalau suatu hari nanti, saya pergi dari hidup Kasya, janji yang encik akan jaga dia seperti encik jaga nyawa encik,"  Rafique masih lagi menunduk.

"Kenapa kau-" kata-kata Tengku Irsyad dipotong.

"Lakukan untuk saya. Demi persahabatan kita. Demi Kasya, boleh?" Tengku Irsyad masih bingung. Tujuan dia mengajak Rafique untuk berjumpa adalah untuk merelakan perasaannya. Namun, lelaki di sebelahnya ini membuatkan keadaan bertukar. Dia pula yang diminta untuk menjaga Kasya?

Bingung dengan apa yang cuba disampaikan kepadanya.



"HARI ni dah hari ke 27. Yeay!" Ucap Kasya sendirian seraya menulis sesuatu di dalam buku notanya.

Senyuman terukir di bibirnya. Ini bermakna tiga hari lagi cukup satu bulan detik persahabatan dia dan Rafique.

Tubuhnya disandarkan di kerusi. Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan Rafique. Bukannya apa, dia terlalu sibuk dengan assignments. Begitu juga dengan Rafique. Mereka hanya dapat meluangkan masa dengan berbicara melalui panggilan telefon sahaja. Itupun hanya sebentar.



"SYA nak ke mana?" Tanya Dato' Amir setelah melihat anak gadisnya berjalan laju menuju ke pintu.

Tengku Irsyad ada di sebelahnya. Hanya memandang ke arah Kasya dengan senyuman nipis. Kasya hanya membalas senyuman Tengku Irsyad.

"Nak jumpa kawan."

"Siapa?"

"Rafique lah."

Dengar sahaja nama Rafique, raup wajah Tengku Irsyad berubah.

"Irsyad ada kat sini. Dah, tak payah jumpa dia. Tak penting. Irsyad ni lagi penting-" kata Dato' Amir dipotong laju.

"Tak pelah uncle. Awak pergilah jumpa dengan Rafique," Dato' Amir tersentak. Melihat hairan ke arah Irsyad. Lelaki itu hanya tersenyum melihat Dato' Amir.

"Thanks, Chad!"


LANGKAH mereka diatur. Berjalan perlahan menuju entah ke mana. Sesekali mereka ketawa dan tersenyum mengekek.

Tetapi, langkah mereka mati tatkala terdapat tiga orang lelaki yang amat dikenali berdiri di hadapan mereka. Serta merta raup wajah mereka berubah.

"Rafique, Lama tak jumpa. Eh lama ke?" Joe ketawa berdekah diikuti kuncunya.

"Apa yang kau nak, Joe?" Tanya Rafique kasar.

Joe tidak menjawab tetapi hanya senyuman sinis diberikan kepada Rafique seraya mata memandang gadis di sebelahnya.

"Duit aku, lagi tiga hari. Dah cukup ke? Takdelah, nampak enjoy sangat kau dengan awek kau ni."

"Joe!" Tengking Rafique apabila Joe mula mencium bau rambut Kasya dari arah belakang.

Penumbuknya dikepal.

"Apa kata, kau bagi je perempuan ni kat aku. Then, bolehlah aku kurangkan hutang kau 15 ribu. Jadi, kau bayar 5 ribu je. Amacam?" Soal Joe seraya mencuba untuk mengusap pipi Kasya yang dalam ketakutan.

"Joe, jangan sentuh dia!" Penumbuknya dilayangkan tepat mengenai pipi Joe.

"Sh*t!" Joe mengesat kasar darah di tepi bibirnya.

Kasya agak terpana dengan perlakuan Rafique. Kuncu Joe mula mahu bertindak untuk menyerang Rafique tetapi dihalang Joe.

"Kasar jugak kau ye. Depan awek auto gentle kau ye? Kau dengar sini, Rafique. Aku tetap akan tunggu duit aku. Kau ingat, Rafique. Tiga hari lagi, aku nak 20 ribu aku tu. Kalau tak-"

"Kalau tak apa?" Potong Kasya laju.

"Mati boyfriend kau ni aku kerjakan. Kau pun, kalau betul lah kau tu awek dia, tolong lah dia sikit. Kau tu bukannya anak orang miskin. Kaya. So, bantu-bantulah dia ye," Joe mula melangkah meninggalkan mereka.

"Duit apa 20 ribu tu? Awak hutang dengan dia ke?" Tanya Kasya setelah Joe dan kuncunya sudah hilang dari pandangan.

"Tak de apa. Dah, jom!" Balas Rafique dingin.

"Rafique, please lah. Tolong jawab soalan saya. Awak ada masalah, kan?" Kasya mendesak.

Dia mesti tahu, apa masalah lelaki itu. Dia tidak sanggup untuk melihat lelaki itu berada dalam kesusahan. Ugutan Joe itu melibatkan nyawa. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Rafique.

Rafique mengeluh sebelum menjawab pertanyaan Kasya.

"Abang saya, dia pengedar dadah dan stok dadah tu, dia ambil daripada Joe. Dan dia pinjam dadah daripada Joe yang berjumlah 20 ribu tu. Sekarang bila Joe buru dia suruh bayar, dia lari entah ke mana. Joe paksa saya suruh bayar hutang tu."

Kasya agak terkesima.

"Jom, ikut saya pergi bank. Awak guna dulu duit saya.. Bayar duit Joe-" kata-kata gadis itu pantas dipotong.

"Tak, saya tak nak. Saya tak akan hutang dengan awak semata-mata nak bayar hutang haram abang saya tu. Saya tak akan bayar duit haram tu. Saya lebih rela mati daripada bayar duit haram tu.."

Kasya tersentak dengan kata-kata Rafique.

"Saya tak nak awk mati! Saya bantu awak. Kita pergi bank, sekarang!"

"Kasya, no! Saya tak nak bayar hutang abang saya. No doubt!" Jerkah Rafique. Kasya mula tersinggung. Air mata mula bertakung di tubir mata.

RAFIQUE AMSYAR ✔ Where stories live. Discover now