CHAPTER 07

7.1K 260 5
                                    

HARI ini cukup 30 hari Kasya dan Rafique berkenalan. Seperti biasa, Kasya akan mencoret sesuatu tentang perkenalan mereka di dalam buku notanya.

Sesudah itu, dia mula bangkit dari kerusi menuju ke almari. Memandangkan hari ini genap sebulan, dia bercadang untuk meraikannya.

"Nak pakai baju apa ye?" Kasya berfikir di hadapan almari. Matanya meliar mencari baju yang sesuai.

"Rafique suka putih. Aku pakai baju ni lah," Kasya mengambil sehelai baju kurung putih bercorak bunga sakura halus. Cantik aoabila dia mengenakan di tubuhnya itu.

Dia melihat di cermin. Teruja hendak berjumpa dengan Rafique. Jika ada peluang, dia hendak meluahkan perasaannya kepada lelaki itu.

Kasya tersenyum sebelum meletakkan baju kurung tersebut di atas katil lalu menuju ke bilik air.


RAFIQUE termenung sendirian. Menanti ketibaan Kasya. Mereka sudah berjanji mahu berjumpa. Kali ini, Rafique mengenakan baju kemeja putih pemberian dari Kasya. Dia amat sayangkan baju ini.

Tetapi, sekarang kepalanya pusing.

Dalam perjalanan dia kemari, dia terserempak dengan Dato' Amir. Lelaki separuh umur itu menghinanya dan mengugutnya untuk  menjauhi Kasya. Sudahlah kepalanya tengah pusing memikirkan hutangnya yang mesti dibayar hari ini. Pening!

"Rafique! Sorry, lambat!"

Rafique mengangkat wajahnya melihat ke arah Kasya yang berdiri di hadapannya. Matanya terpaut pada diri Kasya.

Cantik!

Gadis itu mengenakan baju kurung. Pertama kali dia melihat gadis itu berpakaian sedemikian. Ayu.

"Rafique?" Panggil Kasya sehingga mematikan lamunannya.

"Cantik awak hari ni," puji Rafique tanoa dia sedari.

"Eh, sorry. Jom?" Kasya ketawa melihat Rafique yang tiba-tiba sahaja gelabah itu.

"Jom!"



LANGKAH diatur. Setelah selesai makan, Kasya dan Rafique bercadang mahu pulang. Hari pun sudah lewat malam.

Rafique menghantar Kasya ke rumahnya. Hari ini dia sungguh bahagia. Bagaikan tiada lagi hari esok buat mereka.

"Rafique," panggil Kasya setelah mereka sampai di hadapan rumahnya.

Rafique hanya mengangkat kening.

"Saya ada benda nak bagitahu awak," Kasya mula berdebar. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dia hendak menyatakan isi hatinya kala ini. Dia mahu Rafique tahu mengenai perasaannya.

"Bagitahu apa?"

"Saya sebenarnya-" Dia melihat ke arah Rafique. Bibirnya seakan dikunci. Dia mahu lepaskan semua tapi dia terlalu gemuruh untuk memberitahunya.

"Saya-"

Belum sempat Kasya hendak bersuara lagi, tiba-tiba, satu cahaya menyapa ke arah mereka. Mereka berdua mula mengalihkan pandangan me arah cahaya tersebut sebelum mata Kasya terbeliak.

"Rafique!!!" Tempik Kasya lalu cuba untuk menolak Rafique.

Bunyi tembakan memecahlan keheningan malam. Tiga das tembakan telah dilepaskan oleh Joe tepat mengenai tubuh Rafique sebelum lantas beredar dari situ.

Kasya terjelepok jatuh melihat tubuh Rafique yang lemah itu. Jantungnya seakan terhenti buat seketika. Dia cuba untuk berdiri kembali untuk menuju ke arah Rafique.

"Ra-Rafique?" Rintihnya perlahan sambil memangku kepala Rafique.

"Rafique?" Panggilnya lagi.

Air matanya laju membasahi pipi apabila melihat Rafique yang sudah terkulai dia atas ribanya itu. Mata lelaki itu tertutup rapat. Darah memenuhi badan lelaki itu.

"Rafique! Jangan tinggalkan saya!" Kasya berteriak sambil memangku kepala Rafique. Hatinya terasa sebak.

Dia tidak percaya semua ini terjadi. Dia belum sempat menyatakan perasaannya. Rafique belum sempat tahu perasaannya.

Tangannya terketar-ketar mengusap rambut Rafique. Dia berharap semua ini hanyalah mimpi. Dia cuba untuk menampar pipinya. Terasa pedih.

"Rafique, jangan tinggalkan saya!" Kasya menggoncang lemah tubuh kaku Rafique.

Kasya tidak berhenti berharap bahawa semua ini adalah mimpi. Ini terlalu sakit untuknya. Terlalu berat baginya untuk menerima semua ini. Dia melihat sekeliling. Nafasnya terasa sesak. Pandangannya mula kabur.

"Tolong! Tolong!" Tempiknya sayu.

RAFIQUE AMSYAR ✔ Where stories live. Discover now