CHAPTER 05

6.4K 259 2
                                    

KENAPA dia tak bagitau aku? Siapa lelaki-lelaki tu sebenarnya? Apa yang mereka mahukan daripada Rafique? Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran Kasya. Namun, langsung tiada jawapan bagi setiap soalan-soalan tersebut.

Jam di tangan ditilik sekilas. Pukul 3.00 petang. Sepanjang dia bersiar-sira dengan Rafique tadi, Rafique kebanyakan berdiam diri. Tidak berbicara. Bila ditanya barulah dia mula bersuara. Itupun hanya sepatah-sepatah sahaja.

Bila ditanya mengenai lelaki-lelaki tadi, Rafique mengelak. Dia cuba untuk menukar topik.

Setelah berperang dengan pelbagai soalan, akhirnya Kasya sudah sampai di depan rumahnya. Kelihatan sebuah kereta jenis Ferrari berwarna merah tersadai di hadapan pintu pagar rumahnya. Kereta siapa? Kawan papanya? Siapa lagi kalau bukan kawan papanya.

Salam diberi tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang lelaki muda lengkap berpakaian suit hitam sedang berbual dengan papanya. Senyuman lebar terukir di bibir papanya.

"Waalaikumussalam, Kasya. Mari sini kejap," Dato' Amir menyuruh Kasya untuk duduk di sebelahnya.

Kasya hanya menurut. Lelaki muda itu berdiri. Menyambut kehadirannya? Mungkin.

"Papa kenalkan. Ni Tengku Irsyad. Anak kawan papa. Irsyad, kenalkan ni satu-satunya anak tunggal uncle. Kasya. Kasya Amira," papanya tersenyum lebar apabila memperkenalkan lelaki itu kepada Kasya.

Tengku Irsyad hanya tersenyum dan mengangguk. Duduknya dilabuhkan.

"Sya, papa sebenarnya dah bincang dengan parents Irsyad yang kami nak nikahkan kamu berdua," tersentak Kasya apabila mendengar pernyataan itu.

"What?! Kahwin?"


"KASYA tak nak kahwin lagi, pa!" Kasya memberontak.

Ketika itu Tengku Irsyad sudahpun pulang. Dato' Amir sudah mencerlung ke arah anaknya.

"I dont care. Kasya tetap kena kahwin dengan Irsyad. Mulai sekarang, jangan kawan dengan budak miskin tu lagi!" Dato' Amir bercekak pinggang. Dadanya berombak menahan amarah.

"No! Rafique tak ada kena mengena dalam hal ni. Sya tetap nak berkawan dengan dia! Sya cintakan dia dan papa tiada hak nak halang Kasya dari jatuh cinta kepada Rafique!" Kasya bingkas bangun lalu menuju ke biliknya. Air mata merembes keluar dengan lajunya. Dia tidak mahu dinikahkan dengan Tengku Irsyad. Dia cintakan Rafique. Hanya Rafique!


'HARI ini dah cukup 20 hari kita kawan!! Yeay!!'

Nota kecil diterima Rafique. Ketika itu mereka berada di dalam pustaka. Kasya yang berada di hadapannya di pandang bersama senyuman.

Kemudian, Rafique menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

'Yeay!! Tapi, kenapa awak asyik kira je detik persahabatan kita?'

Kertas dihulurkan. Kasya tersenyum setelah membacanya lalu dia mencoret sesuatu untuk membalas pertanyaan kawannya itu

'Entah!'

Keningnya diangkat bersama seribu kerutan di dahi. Kasya hanya tersenyum lalu menyambung menelaah buku. Membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya.


RAFIQUE berjalan menuju ke rumahnya. Suasana sunyi, kepekatan malam menjadi sapaan pandangan. Dia baru sahaja selesai dengan kerjanya. Akhirnya, dia kembali bekerja. Walaupun hanya sebagai seorang waiter di sebuah cafe, namun dia tetap bersyukur. Suasana malam dinikmati dengan tenang.

Namun, suasana tenang itu terganggu apabila dia terdengar suara teriak dari seseorang. Dia melihat ke arah seberang jalan. Kelihatan dua orang lelaki sedang memukul seorang lagi lelaki lain di bawah pokok redup. Suara teriak dan erangan itu datangnya daripada mereka. Tanpa membuang masa, Rafique bergegas ke sana untuk membantu.

"Woi!" Jerkah Rafique seraya berlari ke arah mereka bersama sebatang kayu.

Dua orang lelaki yang memukul itu terkejut melihat Rafique lalu melarikan diri.

"Encik! Encik okay?" Tanya Rafique seraya cuba untuk membantu lelaki itu berdiri.

"A-aku okay," jawab lelaki itu sambil mengelap darah di tepi bibirnya.

"Kau Rafique, kan? Kawan Kasya.." lelaki itu menyoal setelah kelihatan kembali tenang. Rafique membawa lelaki itu duduk di sebuah bangku yang berada tidak jauh dari mereka.

"Ye, encik ni siapa?" Tanya Rafique, hairan.

Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam. Rafique hanya menyambut tangan lelaki itu dengan kehairanan. Kemudian, lelaki itu tersenyum.

"Aku Irsyad. Bakal tunang Kasya," Irsya perkenalkan dirinya lalu ketawa di hujung bicara.

Rafique tersentak. Tengku Irsyad?


"PATUTLAH awak sayang dekat dia, kan?" Tengku Irsyad bersuara ketika berada di sebuah restoran bersama Kasya.

Kasya hanya mengangkat keningnya bagi mewakili persoalannya

"Rafique," Kasya tersentak.

"Awak kenal dia?" Tanya Kasya, bingung.

Tengku Irsyad hanya tersenyum.

"Saya suka dia," ucap lelaki itu.

Kasya sudah berkerut dahi. Tengku Irsyad ketawa apabila melihat reaksi wajah gadis di hadapannya.

"Mesti awak ingat saya gay, kan? Bukan itu maksud saya. Maksud saya sukakan dia adalah saya suka kalau dia jadi teman hidup awak. I'm pretty sure that you like him, right?" Kasya hanya menunduk.

"It's okay, saya faham. Hati dan perasaan mana boleh dipaksa, kan?" Sambung Tengku Irsyad lagi.

"I don't know if you still remember but we used to play together before. When we was child."

Kasya mengerutkan dahinya. We used to play together? What does it mean?

"Rock paper scissor? When you lose, you crying so hard. When I lose, you mocked me saying that I'm bad playing that game," sambung Irsyad lagi.

"Chad?" Irsyad mengangguk.

Kasya mula tersenyum. Adakah dia bermimpi? Ini ialah lelaki yang pernah menghuni di hatinya dulu. Dia pernah melafazkan sesuatu kepada lelaki ini. Sesuatu yang agak memalukan. Tetapi, kenapa papanya tidak memberitahunya yang lelaki di hadapannya ialah, Chad? Kawan baiknya ketika kecil.

It's been a while, Chad!

RAFIQUE AMSYAR ✔ Where stories live. Discover now