"Kalau memori sayang tu tak betul seperti dalam kehidupan kita sebenar macam mana?" Harris menyoal dengan harapan dapat memanipulasi Husna pula. Husna memandang Harris tidak berkedip dengan pandangan lembut. "Hidup kita indah ke? Atau hidup awak sahaja yang indah?"

"Hidup kita indah sayang. Tanpa kehadiran sayang, abang takkan bahagia. Thats why I married you honey," Harris merapatkan jarak antara mereka berdua dengan duduk di atas katil. Bersebelahan Husna. Kepala Husna yang dibaluti tudung diusap lembut.

Sebenarnya, dia rindu Husna. Tapi, untuk dapatkan Husna balik, dia kena buat macam ni. Atau lebih tepat, dia kena dapatkan kepercayaan Husna kepada dia balik.

Husna mengangguk lemah. Terpedaya dengan helah Harris kali ini. "Nak balik tak?" Soal Harris lembut. Husna memandang mata Harris. Entah mengapa hati dia berasa tidak enak. Rasa macam akan dikurung di dalam sebuah sangkar yang bernama neraka ciptaan manusia. Entah mengapa.

"Saya...saya rasa.. nak duduk sini buat beberapa hari lagi," Husna menjawab tergagap-gagap. Dia sendiri tidak yakin dengan keputusan dia. "But why?" Husna menggeleng. "Tak ada apa. Saya cuma perlukan masa untuk tenangkan diri."

"Nak tenangkan diri apa lagi? Sayang masih tak percayakan abang ke?" Nada Harris sedikit meninggi daripada tadi. Tanpa sedar, Harris bangun daripada katil. Dia memandang Husna tajam. Apa lagi yang dia perlu buat untuk yakinkan Husna?

Husna sedikit gentar dengan Harris sekarang ini. Harris yang baru. Harris yang baran. Pandangan tajam Harris dibalas dengan pandangan sayu, lemah dan tak berdaya. Kalau Harris benar sayangkan dia, Harris akan mengalah kali ini.

Apabila Husna hanya mendiamkan diri tanpa membalas kata-kata Harris, Harris mengeluh kecil. Dia takut dia sudah terlanjur sedikit. Harris melangkahkan kaki menghampiri Husna. "Sorry sayang. Ab..abang tak maksudkan nak marah sayang tadi cuma abang--"

"Geram dengan saya?"

Harris senyap.

Ketukan di pintu menyentakkan Harris dan Husna. Situasi kali ni, Harris selamat. "Maafkan saya tapi saya nak periksa keadaan Puan Husna dulu," ujar doktor tadi sambil memandang Harris lalu mengalihkan pandangan memandang Husna. Harris mengangguk lalu memberi ruang. Dia berdiri tidak jauh daripada mereka sambil memeluk tubuh.

Husna yang berbungkus selimut itu segera mengeluarkan badannya dan meletakkan selimut di tepi. Tubuhnya menghadap doktor tadi. "Okey puan, kalau puan tak kisah kita teruskan dengan pemeriksaan tadi." Husna mengangguk. "Boleh je. Saya tak kisah."

"Okey puan. Apa perkara terakhir puan ingat?" Apabila soalan ini dilontarkan, Husna terdiam seketika. Dia mengambil masa yang agak lama untuk memaksa otak dia bekerja. Dia mengerutkan dahinya untuk cuba mengingati. Memori yang dia ada adalah cebisan-cebisan kecil dan bukannya satu situasi.

"Puan, jangan paksa kalau tak boleh. Ia boleh membuatkan keadaan puan lagi teruk," lengan Husna dipegang sekejap untuk memberhentikan Husna. Husna membuka matanya yang terpejam tadi kerana tiba-tiba kepalanya berasa sakit. Husna mengangguk. "Maafkan saya doktor tapi-- saya tak dapat nak ceritakan memori ni sebab.. memori ni cuma cebisan kecil. Saya tak ingat apa-apa tentang perkahwinan saya pun doktor."

Husna mengeluh kecewa. Kenapalah dia tak dapat ingat? Kalau dia dapat, dia boleh buat keputusan yang bijak nanti. Sama ada ikut Harris balik ataupun duduk kat sini buat sementara waktu. Husna memandang Harris yang sedang memandangnya. Apabila pandangan bertaut, Husna memandang tempat lain. Hatinya berdegup kencang.

"Tak apa puan. Ini perkara biasa. Semua pesakit amnesia memang mengalami perkara macam ni tapi kalau puan nak cepat sembuh, puan boleh ikut beberapa rawatanlah yang kami dah cadangkan."

"Rawatan apa doktor?" Soal Harris secara tiba-tiba.

Doktor tadi dan Husna serentak memandang Harris. Doktor itu ataupun dikenali sebagai Doktor Diya senyum memandang Harris. "Salah satu rawatan tu ialah rawatan pergi ke tempat yang ada kenangan atau memori manis. Rawatan biasa dan kerap digunakan sebab rawatan tu selalu berjaya. Kalau encik nak buat, amat digalakkan."

"Jadi, saya kena balik ke rumah ke doktor?" Soal Husna pula. Doktor Diya memandang Husna sambil tersenyum lalu mengangguk. "Ya puan. Kalau puan nak cepat sembuh, memang cara ni paling digalakkan. Selain tu, kami akan bagi ubat untuk tahan sakitlah seandainya puan tiba-tiba mengalami sakit kepala. Kalau puan tak larat nak ingat balik, boleh datang balik ke hospital."

Husna mengangguk faham mendengar penjelasan yang panjang lebar daripada Doktor Diya. Hatinya berasa tenang sedikit. Maknanya, memori dia ada harapan untuk kembali. Namun, hanya cepat atau lambat untuk dia mengetahui kebenarannya.

Doktor Diya memandang Harris dan Husna bersilih ganti. "Jadi, puan nak balik?" Kening kanan diangkat. Husna memandang Harris. Harris turut memandang Husna sebelum perlahan-lahan dia mengangguk. "Ya. Kami nak balik." Husna mengetap bibirnya mendengar ayat itu. Betul ke apa yang dia buat ni?

"Okey. Kalau macam tu esok puan dah boleh balik. Saya kena tahan puan dulu buat sementara waktu ya." Husna sekadar mengangguk. Dia tidak lagi memandang wajah Doktor Diya mahupun Harris. "Kalau macam tu, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, just press the button."

Harris mengangguk lalu dia beralih daripada pintu. Ingin memberi ruang untuk Doktor Diya keluar. Apabila Doktor itu sudah keluar, keadaan menjadi janggal dan sunyi. Tiada siapa yang bercakap. Husna membalut tubuhnya sekali lagi dan baring membelakangi Harris. Mata cuba dipejam.

"Husna. Esok kita balik," arahan atau pertanyaan? Entahlah. Husna hanya mengangguk sambil memejamkan mata dia. Biar dia berehat dengan aman hari ni sebab esok, kemungkinan dia tak akan. Harris ingin melangkah ke arah Husna namun langkahnya mati apabila panggilan telefon diterima.

"Assalamualaikum ayah. Kenapa yah?"

Senyap seketika.

"Haah. Is ada dekat rumah sekarang."

Apa? Harris menipu. Husna mencelikkan matanya lalu mendengar dengan tekun.

"Sekarang? Tapi Is cuti harini."

Harris mengeluh kecil.

"Yah, please. Is--"

"Fine. After that, Is balik."

"Ya. Okey. I'll go now. Okay. Waalaikumsalam."

Harris mengeluh kecil lalu memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia mendekati Husna yang membelakanginya. Husna cepat-cepat menutup mata. "Sayang, abang pergi office dulu eh. Ada emergency. Nanti abang datang balik." Husna tidak menjawab malah dia membekukan diri.

Sejurus itu, Harris mencium ubun-ubun Husna agak lama sebelum dia melangkah pergi. Apabila Harris benar-benar sudah pergi, barulah Husna membuka matanya dan menoleh memandang pintu. Dadanya yang berdegup kencang dipegang. "Kenapa aku rasa macam ni?"

Pintu itu dipandang dengan perasaan agak sedih mungkin?

Dia mulai rasa sunyi.

Nak Harris.




















Hola yuollsss . Soreh lambat update. Tak dak idea. Saya minta maaf okey. Btw, saya nak tanya.

ADA SESIAPA TAK NAK CHAT NGAN HARRIS? HAHAHAHAHAHAHAHAHA

SEBAB SIS RASA, NEXT PART SIS NAK BUAT PART HARRIS CHAT NGAN KORG JE MEMANDANGKAN ADALAH SOMEONE TU RASA SIS NI SOMBONG.

Siyes, sis tak. Sis ni gila sikit. Nope. Banyak.

So who are agree yang next part adalah time korang dengan Harris?

HAHAHAHAAHHAHA.

KEH.

See ya.

PROMOTE TIME!!

BUNGA BY ainnuliffah

MY BEAUTIFUL MRS BYfluffyflowernate

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now