Bab 22: Lonely

5.7K 252 93
                                    

POV MIA

Sejak dua menjak ni Qistin dan Tasha asyik berkepit je. Bukannya aku tak suka. Baguslah diaorang dah berbaik sejak Qistin jatuh tangga. Tapi layan la aku jugak.

Aku selalu di pinggirkan. Selalu. Selalu!

Aku gembira bila Qistin sudi jadi kawan aku. Lepastu Tasha dari pembuli menjadi kawan.

Lepastu aku dapat lelaki idamanku, Isaac.

Tapi tiba-tiba semua mula menjauhi aku. Aku ada buat salah ke?

"MIA!!!" Jeritan Qistin membuatku tersedar dari lamunanku.

"Hmm? Nape Qistin?"

"Dah rehat. Jom kantin?"

"Awak pergi lah. Saya kenyang la."

"Okay."

Selalunya Qistin bukan main lagi pujuk aku untuk ke kantin tapi kali ni... Ish geramnya!

Kejap. Aku rasa geram? This is so not me.

°■°■°

Balik dorm, mesti Qistin terus keluar untuk ke bilik Tasha. Tak pernah pula dia ajak aku...

Aku hanyalah kawan bila diperlukan je...

Third person POV

"Weyh kau tak rase Mia ade syak pape ke?" Tanya Qistin.

"Tak. Birthday dia sendiri pun bukannya nak ingat. Yang asyik dia ingat orang lain." Jawab Tasha.

"Bagus la tu kan."

"Bagus tu memang la. Maknenye dia caring sebab tu kite buat surprise bday party nih. Untuk menghargai dia."

"Perlu ke kita tak layan Mia slalu? Sian dia lonely."

"Of course la kene kalau tak camne nak bincang surprise party. Sambung balek planning, kau pergi sini, Isaac pergi sana..."

Maka mereka berdua berbincang sehingga larut malam kerana birthday Mia Jumaat ni. Masa sudah suntuk.

Qistin nak balik dorm semula tapi dah tengah malam. Dua-dua juga penakut jadi Qistin tidur bilik Tasha. Ape yang mereka tidak tahu, Mia tidak boleh tidur kerana fikirkan Qistin yang tidak balek dorm.

°■°■°

Keesokan pagi, Qistin balek ke dorm untuk melihat Mia berjalan ke depan ke belajang sambil menggigit kukunya. Muka Mia kelihatan risau.

"Mia? Awak dah kenapa? Macam orang hilang anak je."

Mia memandang Qistin lalu dia tersenyum. Dia berlari ke arah Qistin lalu memeluknya dengan erat.

"Qistin! Saya ingatkan awak hilang! Dari malam tadi awak tak balik dorm!"

"Kan saya dah kata saya pergi dorm Tasha. Awak nak risau ape?"

"Tak cume..."

"I'm not a baby, Mia. Dah gie siap. Saya dah mandi kat dorm Tasha tadi. Awak je yang masih lagi dalam pajama." Kata Qistin lalu dia menolak Mia masuk ke tandas sambil mengambil tuala Mia.

Selepas dipaksa masuk ke dalam tandas, Mia terduduk, bersandarkan pintu.

"Saya care pasal awak je..."

°■°■°

"Mia!"

Mia menoleh ke belakang. Isaac berlari sehingga dia sampai di sisi Mia.

"Ye?"

"Sorry Mia! Date kita tunda boleh? Saya ada bende kene buat Jumaat tu." Kata Isaac.

'Again. Tunda tunda tunda. Dah third time dah bulan ni.'

Football Lover (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora