Bab 5: Crush

6.2K 293 52
                                    

"So... who's your crush?" Tanya Qistin kepada Isaac. Qistin, Isaac, Mia dan Petai satu kumpulan untuk subjek Biologi.

"Kau merepek ape ni Qistin. Fokus! Fokus! Kita tengah bedah katak ni." Marah Isaac.

"Come on la tell me aku janji tak bagitau!" Pujuk Qistin.

"Qistin ah! Kamu kamu tak boleh tahu lo! Secret antara boys sahaja." Kata Petai.

"Eh diam la apek." Marah Qistin.

"Qistin! Awak ni dari asyik kacau diaorang, baik awak tolong saya bedah katak ni." Celah Mia. Dari tadi duk membedah katak.

"Ew no. Walaupun aku pandai main bola, I will never pegang katak atau bedah dia. Geli." Kata Qistin.

"Oh geli? Ha meh meh sini." Isaac mengambil katak lebih dan membawanya ke Qistin.

"NO! KHHHHHHH! AKU BAGITAU CIKGU KHAI!" Kata Qistin dengan kuat.

"Ade aku kesah?" Tanya Isaac lalu dia mengejar Qistin sekitar lab bio.

"CIKGU KHAIRUL!!! ISAAC KACAU SAYA!" Jerit Qistin. Semua murid tergelak sahaja. Cikgu Khairul pula entah ke mana.

"Isaac! Qistin!" Panggil Mia. "Kesian katak tu! Mata dia dah berpinar dah duk kejar pusing-pusing."

Isaac terus berhenti manakala Qistin pula berhenti agak jauh daripada Isaac.

"Jum lepaskan dia. Sian dia." Ajak Mia kepada Isaac.

"Mia! Nape tak ajak saya je." Tanya Qistin dengan sedih.

"Awakkan geli katak. Sebab tu saya suruh Isaac. Dia berani sikit dari awak." Kata Mia lalu mereka berdua meminta izin ketua kelas untuk keluar.

"Ala tak leh ponteng kejap."

"Biala mereka berdua." Kata Petai.

"Nape?"

"Sebab Isaac suka Mi- walauwei! Saya terhampir nak bocorkan rahsia Isaac!" Kata Petai lalu dia menutup mulutnya.

"Tai Jia Hui apa yang you cakap tadi ha? Isaac suka? Cepat la." Pujuk Qistin. Qistin menggoncang bahu Petai.

"Walauwei dah secret mana boleh tahu lo!"

"Apa Petai dan Qistin bising-bising ni?" Tanya Cikgu Khairul apabila dia masuk ke lab.

"Tada apa-apa la cikgu. Qistin ini geli katak. Tak mau tolong."

"Eh! Aku plak! Kau pun sama!"

"Mia dengan Isaac pergi mana?"

"Pergi date cikgu!" Jawab Petai.

"Huh? Manada. Diaorang pergi lepaskan katak la."

"Takpe cikgu, diaorang dah mintak izin saya nak keluar." Kata ketua kelas, iaitu Alysa.

"Okay. Qistin dan Petai. Kamu tunggu selepas kelas. Denda sebab bising."

"Ala manaci cikgu! Petai ni!"

"Saya pulak! Kamu la bising-bising. Habis kita berdua kena."

"Dua-dua diam. Kalau tak diam, kamu berdua kene lari 10 kali sekeliling padang waktu practice.

Terus diam mereka berdua. Apabila Mia dan Isaac kembali, mereka sambung bedah katak.

°■°■°

"Thanks Mia sebab datang practice." Kata Qistin.

Mereka berdua sedang berjalan balik ke dorm.

"Your welcome. Lagipun saya nak lukis pemandangan kat padang."

"Nak tengok!"

"Tak boleh! Buruk." Kata Mia lalu dia memeluk dengan erat drawing block.

Tiba-tiba, sebuah bola sepak terhenti di kaki Qistin.

"Aik? Datang dari mana?"

"Qistin! Tolong sepak bola tu!" Rupa-rupanya Nash dan Isaac.

"Eh? Mane Tasha? Selalunya balik dengan dia." Tanya Qistin sambil dia menendang bola sepak.

"Dia kata harini cheerleading practice indoor. So harini kitaorang berdua je la." Explain Nash.

"Korang nak join kitaorang? Kita orang lepasni nak dinner terus." Ajak Mia.

"Eh? Menyebok je. Korang bayar sendiri eh."

"Ye ye whatever." Kata Isaac.

"Anyway, Qistin camne kau buat sepakan haritu masa perlawanan?" Tanya Nash.

Qistin menjawab pertanyaan Nash. Nash tanya lagi. Qistin jawab.

"Awak buat apa kat padang tadi?" Tanya Isaac kepada Mia.

"Huh? A-awak c-cakap dengan s-saya?" Mia tergagap.

"Ngan awak la. Sape lagi. Nash dengan Qistin dah cakap pasal bola dengan mendalam. Takkan saya cakap dengan hantu pulak."

"O-oh. S-saya lukis pemandangan korang main bola sepak."

"Nak tengok?"

"T-tak boleh. B-buruk."

"Takpelah. Apa yang awak lukis semua cantik."

"T-thanks." Kata Mia sambil menunduk ke bawah.

"Oi oi oi! Buat ape tu ha!??" Tanya Qistin.

"Tak buat apa-apa." Jawab Isaac.

Qistin menjeling Isaac. "Yeke Mia?"

Mia hanya mampu mengangguk sahaja.

"Yeke?" Tanya Qistin sekali lagi untuk kepastian.

"Iye!" Jawab Mia dan Isaac serentak.

°■°■°

Balik daripada dinner, Mia terus ke bilik air untuk mandi.

Sedang Mia mandi, Qistin bermain dengan jarinya.

"Ugh! Bosan!" Kata Qistin sambil bangun dari banring untuk duduk.

Qistin memandang sekeliling biliknya sampai dia ternampak drawing block Mia di atas meja study.

"Ala tengok je bukannya mencuri." Kata Qistin kepada dirinya. Dia bangun lalu menyelak drawing block Mia.

Muka surat pertama lukisan matahari terbenam. Muka surat kedua lukisan arnab tengah makan lobak. Muka surat ketiga pula kosang. Begitu juga dengan muka surat seterusnya. Qistin sudah mula bosan. Dia menyelek ke muka surat last.

Alangkah terkejutnya Qistin. Ingatkan Mia lukis pemandangan padang tetapi tidak. Mia melukis Isaac? Tapi kenapa?

Apabila Qistin terdengar pintu bilik air terbuka, dia terus kembali duduk di atas katil.

"Qistin, awak pergi la mandi. Tak baik mandi lambat-lambat. Nanti peparu berair." Nasihat Mia sambil mengelap rambutnya.

"Hehe okay okay..." Qistin mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air dan menguncinya. 'Nasib baik Mia tak nampak kalau tak, mati aku!'

♡•♡•♡
English oral: done... B.Melayu: Belum

(13 April 2017)

Football Lover (Completed)Where stories live. Discover now