Bab 19: Second Round

5.5K 283 98
                                    

"Fighting guys! Esok second round IMTF untuk menentukan final!" Jerit Qistin untuk memberi semangat kepada teammatenya.

"Kau sedap ah rikeks je! Kitaorang yang main." Kata Isaac sambil tercungap-cungap.

"Ya lo! Kami yang penat bukan kamu." Sambung Petai.

"Bukan salah aku jatuh tangga." Kata Qistin. "Salah mamat nih!" Qistin menuding jarinya ke arah Nash.

"Asal aku nye? Kau yang jatuh tangga." Kata Nash sambil mengikat tali kasut.

"Eleh kalau kau tak..." Qistin berhenti bercakap. Perkataan ape yang sesuai untuk tukar peluk?

"Kalau aku tak?" Tanya Nash.

"Kalau kau tak 'buat ni'..." Qistin menunjukkan aksi peluk. "Tak dek la aku jatuh tangga."

"Rehat dah tamat! Berkumpul dekat coach sekarang!" Jerit Cg Khairul.

Isaac dan Petai pergi... hanya Nash yang stay.

"Aku hug kau sebab aku suka tengok kau senyum. Aku suka kau. Ape jawapan kau plak?" Lalu Nash pergi ke coach, meninggalkan Qistin yang blushing.

"Dia ni pelik la. Focus dekat IMTF je la..." Bisik Qistin sambil dia melihat Nash berlatih.

°■°■°

Malam tersebut Qistin tidak dapat tidur. Dia teringat kata-kata Nash.

"Suka? Aku suka kau ke?"

Dia melihat ke arah katil Mia. Sudah tidur nyenyak sambil meleleh air liur.

Qistin mengambil hoodienya lalu keluar dari bilik secara perlahan-lahan.

Selepas berjaya keluar tanpa ditangkap, Qistin menghirup udara di malam hari.

Sejuk. Best!

Qistin berjalan ke arah padang. Kakinya yang terseliuh sudah semakin baik tapi coach tak bagi main. Kang kalau bagi, kene jawab dengan bos iaitu mama Qistin.

Sampai di padang, Qistin nampak bayang-bayang seseorang menyepak bola.

"Oi!"

Bayang-bayang tersebut memandang ke arah Qistin. Nash rupanya. Ingatkan jembalang mane.

"Kau buat ape kat sini? Bukan semua orang dah tak leh keluar selepas pukul 10? Pastu paling lambat masuk dorm kul 10.30?" Tanya Nash.

"Eleh kau pun. Aku takleh tidur. Aku senyap-senyap kuar ah." Jawab Qistin.

"Aku nak berlatih lagi. Sebab tu aku pun senyap-senyap keluar."

Selepas perbualan tersebut dua-dua senyap. Awkward...

"Nash... nape kau suke aku?" Tanya Qistin.

"Hmm sebab aku kesian kat kau."

"Hey!"

"Yelah sape je nak awek tomboy."

"Jahat..."

"Just kidding la. Aku suka kau sebab kau senyum cantik sangat. And kau minat bola. Kau faham aku."

Qistin blush. "M-manade! Biasa je lah aku senyum..."

Nash menarik pipi Qistin. "Comel la kau ni." Nash meregangkan badan lalu menguap. "Aku nak balik dorm. Esokkan ade game. Kau nak aku teman kau balik?"

Qistin mengangguk laju-laju. Sedang mereka berjalan balik dorm, angin malam meniup dengan kencang.

"S-sejuk!" Kata Qistin sambil menggeserkan(?) tangannya untuk memanaskan badan.

Nash mengambil tangan Qistin lalu memasukkannya ke dalam poket hoodienya. Qistin memandangnya pelik.

"Kau sejukkan? Aku tolong panaskan kau punya tangan." Kata Nash.

"Thanks." Qistin blush lalu memandang tempat lain. Dia mencuri pandang Nash. Nash pun blushing. 'Aww! Wait what?'

"T-takpelah! Aku boleh balik sorang-sorang! G-goodnight!" Terus Qistin pecut. Entah macam mane dia pecut dengan kaki terseliuh tidak ketahui...

°■°■°

Selepas waktu persekolahan tamat, Qistin menolong teammate dia warm up.

"Main betul-betul tau!" Kata Qistin apabila mereka berbaris keluar ke padang.

Nash orang yang terakhir di barisan. Dia berhenti di depan Qistin lalu berkata, "Tengok aku je. Jangan tengok orang lain." Dia sambung berjalan lagi.

"Kalau menang game ni, jom date."

Qistin memandang tempat lain sambil mengangguk. 'Kenapa aku blushing nih?!'

Seperti yang disuruh Nash, Qistin hanya melihat Nash sahajalah.

'Hmm kalau perati betul-beul, hensem jugak. Tinggi macam model. Badan boleh tahan.' Fikir Qistin.

'Maybe suka kut? Tah la. Dia buat macamtu dekat Tasha tapi sebab dia suka aku. Ah serabut!' Aku mencubit kedua-dua pipi dengan kuat.

"Kamu ni dah kenapa cubit-cubit pipi?" Tanya Cg Khairul.

"Takde pape lah!" Kata Qistin lalu dia sambung tengok Nash. Mata Cg Khairul mengokori pandangan mata Qistin lalu dia tersenyum.

"Kamu suka Nash eh?" Tersedak Qistin.

"Uh no. Buat ape nak suke dia..." Kata Qistin dengan perlahan sambil menyorokkan mukanya.

"Hmm kalau kamu berdua date papa tak kisah. Tapi jangan buat bende lain sudah."

"Papa!" Marah Qistin sambil blushing.

"Fuyoo first time Qis panggil cikgu 'papa'." Kata Cg Khairul.

"Ish! Tekak haus! Nak pergi beli air kejap!" Cepat-cepat Qistin beradar. Tak nak kene ejek lagi.

°■°■°

Qistin menjatuhkan botol air mineral yang dibelinya. Dia ternampak mamanya dengan Cg Khairul... bersama!

Dengan excitednya, Qistin berlari ke arah mereka. "Mama! Nape mama ada kat sini? Jumpa Cikgu Khai eh?"

"M-manade! Mama nak tengok kamu dah okay ke belom... tapi dah berlari ni sihat la." Kata mama Qistin.

"Yelah tu... tah-tah mama nak usha cikgu..."

"Tak nak bagi lah kek caramel yang mama buat khas untuk Qis..."

Cepat-cepat Qistin minta maaf lalu minta kek caramel tersebut.

°■°■°

Qistin sedang mengemas peralatan bola sepak. Tiba-tiba Nash datang menolong.

"Kau dah kenapa buang tabiat ke ape?" Tanya Qistin, pelik.

"Saje nak luang mase dengan kau... ingat tak janji tu? Team kita menang 4-1."

'Hmmm dah terjanji kene la kan pergi kan? Bukannya aku suka dia sebab dah terjanji sebab tu pergi.' Qistin mengangguk kepalanya.

"Ahad. Depan mall yang biasa kita pergi tu. Duit jangan risau. Aku blanje."

"Mane boleh. Bagi la jugak aku bayar. Takkan kau je yang asyik nak belanja aku..." Itu apa yang ditutur tapi dalam hati Qistin... 'MUAHAHAHA FREE! FREE! FREE! MAMPOS KAU BANKRUPT!'

"Takde takde. Letak sini kan?" Nash meletakkan alatan bola sepak. "Aku balik dulu. Nak mandi. Busuk aku ni."

"Hmm gie la."

Sewaktu Nash berjalan, meninggalkan Qistin, dia mengucap, 'Yes! Yes! Yes!' banyak kali sambil membuat tarian pelik... malangnya Qistin nampak. Siap rakam lagi!

'Klako la mamat nih!'

♡•♡•♡
(18 June 2017)

Football Lover (Completed)Where stories live. Discover now