Dia tersengih nakal. Mata aku julingkan ke atas.

"Jangan nak menggedik ah kau. Jodoh kita pun belum tentu ada ke tak."

Mukanya berubah merah padam.

"Apa kau cakap ni Mai? Aku yakin. Kita mesti ada jodoh punya. Kita usahalah. Kita jaga hubungan ni baik-baik. InsyaAllah, ada jodoh punya."

Dia menghadiahkan senyuman hambar. Mungkin terasa kot dengan kata-kataku tadi.

"Mai, esok aku datang buka puasa kat rumah kau lagi eh?"

Yusof mencuit lenganku. Ee gedik je.

"Kalau aku cakap tak boleh pun kau datang juga kan?"

Derp face aku tayangkan kepadanya.

"Ya pandai!"

Dia berkata sambil tersengih lebar.

"Yelah. Aku masuk dulu lah eh."

Pintu kereta aku buka.

"Aik, tak ada ucapan untuk yang di sini ke?"

Lenganku dicapai menahan aku keluar dari kereta. Aku yang baru sahaja hendak keluar terduduk kembali.

"Ucapan apa kau nak?"

Aku berkata senada. Haih dia ni, aku dah lah penat, ngantuk pula tu, mengacau hidup orang je dia ni tau. Aku nak bla pun susah.

"I love you baby Ucop ke..."

Kerinting bulu hidung aku mendengarnya.

"Ee menggelikan. Tak de masa aku nak berbaby-baby dengan kau. Bab* nak?"

Yusof mencebik. Muka comel ditayangkan kepadaku. Rambut yang terjatuh di dahi diraup ke belakang.

"Yelah yelah. Bye sayang. I love you."

Aku tersenyum mendengar luahannya.

"Bye. Aku keluar dulu."

"Eh, i love you untuk aku mana?"

Dia memandangku simpati.

"Ngengada eh? Takde takde. Bye."

Aku keluar dari perut kereta. Yusof cuma tersenyum mendengar kata-kataku. Lambaian dihadiahkan kepadaku sebelum kereta Yusof meninggalkan perkarangan rumah.

"Haa, anak dara dah balik!"

Bahuku terhinjut apabila disergah dengan satu suara garau. Badan aku pusing kebelakang. Terserlah muka Abang Farhan sedang tersengih-sengih memandangku dari dalam.

"Eh Paan, tak reti bagi salam ke? Terkejut Mai tahu tak?"

Bebola mataku mengecil memandangnya.

"Fine. Assalamualaikum adikku Aisyah Humairah yang tersayang."

Senyuman terukir di bibirku melihat gelagatnya yang macam pak ustaz tu.

"Waalaikumussalam. Haa, kan elok gitu."

Dia menjulingkan mata ke atas.

"Syok dating?"

Aku mencebik. Syok apanya kalau kena penampar di sebabkan oleh seekor lalat?

"Dah takyah sibuk. Bukak pintu pagar ni cepat."

Abang Farhan tersengih nakal. Mukanya berubah kepada evil face. Tanduknya ku lihat mula keluar dari kepala.

"Pandai-pandai ah Mai. Abang masuk dulu. Hati-hati sebab abang dengar cerita ada penanggal merayau-rayau kat kawasan perumahan rumah kita ni. Bye."

Dia melemparkan senyuman jahat tahap syaiton di rejam.

"Weh paan! Jangan tinggalkan aku! Bukak lah weh pintu pagar ni cepat! Aku takut weh! Paan! Paan!"

Pagar aku goyang-goyangkan. Janganlah seksa aku macam ni ya Allah. Aku takut! Pekikan di abaikan. Dia tersengih dari pintu dalam dan menjelir lidah kepadaku.

"Mai, apa kat atas kepala Mai tu?"

Mukanya diseriouskan sambil menunjuk ke atas kepalaku. Mataku membulat terkejut. Tangan dah mula menggeletar. Lutut aku rasa macam nak tercabut ni.

"Weh tolong! Bab* Paan tolonglah aku!!!"

Aku menjerit macam orang gila. Abang Farhan ketawa terbahak-bahak di muka pintu. Kaki aku kepit menahan diri dari terkencing! Siap kau Paan, aku dapat kau memang aku cincang 14!

*

Yuhuu, dah update!

A/N;

Next update will be on...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
FIRST HARI RAYA AIDILFITRI NANTI! TUNGGU EH! SAYA BAGI KAW KAW SWEET PUNYA! HATI-HATI. JANGAN SAMPAI KENA KENCING MANIS PULAK YA! SEE YA!

GADUH [✔]Where stories live. Discover now