▶C52-[Know]

6.2K 396 29
                                    

√√√Angelz VS Crownz√√√

One week later

"Vee run!!!"

"hee.. eheh...he..eheh..."

"Jangan pandang belakang! Just Run!!!"

"Just Go!!!"

Olive tersedar dari lena yang panjangnya apabila dia mengalami mimpi yang sama buat sekian kalinya.

Nafasnya tercungap-cungap. Peluh mula membasahi dahi malah seluruh wajahnya.

Olive meraup muka dan beristighfar beberapa kali. Dia menarik dan menghembuskan nafas sebelum mula berasa sedikit tenang.

Suasana bilik yang agak suram dipandangnya sekilas. Sekarang dia berada di sebuah villa khas untuk kem perkhemahan.

Kelmarin beberapa orang pelajar target telah terpilih untuk menyertai sebuah kem pembelajaran subjek killer bagi persiapan HSET (High School End Test) untuk tiga minggu lagi.

HSET adalah sama dengan SPM. Ini kerana nama SPM di Navy dan beberapa sekolah private lain telah ditukar beberapa tahun lepas.

"Olive?" Qaira yang duduk di katil sebelah kanan Olive menegur.

Olive berpaling dengan wajah yang masih suram.

"Kau kenapa? Did you just have a nightmare?" tanya Qaira agak terkejut apabila melihat wajah murung Olive.

Sejak kebelakangan ini Olive nampak lain. Macam ada yang tak kena. Kalau seminggu yang lepas, dia asyik menghilangkan diri tapi sekarang dia lebih banyak mendiamkan diri.

Kedua-dua kerenahnya menimbulkan rasa hairan kepada Angelz.

"I have a nightmare. She's appeared again." balas Olive dengan perlahan.

-

      Apabila matahari mula terbit, Angelz mula mencelikkan mata masing-masing manakala Olive dari sejak dia mendapat mimpi ngeri tadi, dia sudah tidak tidur.

Satu-persatu member Angelz membersihkan diri di dalam tandas yang berada dalam villa mereka.

Sebuah bilik villa memuatkan 3 orang pelajar. Bersama Olive, hanya Qaira dan Airin. Manakala Fiska, Alana dan Nadia tinggal bersama di bilik sebelah.

"Olive, kau pergi lah mandi dulu..." suruh Qaira yang sedang mengeringkan rambut di hadapan cermin besar.

Airin yang sedang membutangkan baju kemeja putihnya hanya memerhati sekilas. Semua pelajar target Navy yang turut serta dalam kem ini diberi sepasang kemeja putih dan seluar hitam.

"Olive!" panggil Qaira dengan lebih kuat apabila Olive masih lagi termenung di atas katilnya.

Olive tersedar dari lamunannya. Dia memandang Qaira tanda 'apa?'.

"Mandi." jawab Qaira sepatah.

+++

      Crownz sudah lengkap berkemeja putih mengikut bentuk badan dan berseluar hitam ketat.

AVSC #1 : Angelz Vs Crownz ⓒWhere stories live. Discover now