▶10-[Ada Aku Kisah]

9.6K 501 2
                                    

(UNEDITED)


√√√Angelz VS Crownz√√√

"Kau dah tengok ke belum data pasal masalah student?"

Aku yang sedang duduk bersantai di rooftoop terkejut apabila ada suara yang menegur secara tiba-tiba. Seton mana ni, muncul tak bagi salam.

"Takde salam ke, hai ke, apa ke? Ini tak main sergah ikut suka hati mak nenek dia je." perli aku.

"Assalamualaikum! So kau dah check ke belum..."

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..."

"Mak Aih. Panjang.... So, report dah check ke belum?"

"Aku malas nak peningkan kepala. Kalau kau rasa kau boleh buat, aku dah tak perlu susah-susah nak check." dengan wajah yang penuh kemalasan, aku membalas.

"Kau ni kan...Hish! Dah ambik pendrive aku ni. Nanti hantar balik."

Lelaki tadi berlalu sebaik saja berang dengan sikap acuh tak acuh aku.

'Hari tu...kau cakap kau hebat sangatkan. Aku nak tengok sejauh mana kehebatan kau.'

******

Angelz Room

"Qai kau ada hantar balik tak pendrive KP yang mengandungi maklumat pelajar tu?" tanyaku.

Mulut asyik menguyah coklat cadbury.

"Dah...kenapa?" balas Qaira. Dia sibuk bermain game di dalam komputer.

"Takde pape pun. Cuma..."

"Cuma..... cuma apa?" tanya Qaira pelik.

"Aku baru ingat yang dalam pendrive tu ada pasal maklumat joe."

"Joe? Habis kau copy tak?" tanya Airin, sempat dia menyampuk perbualan aku dan Qaira.

"Aku...tak sempat sebab KP mintak aku check sepintas lalu je." jawabku dengan jujur.

"Ala...wei! Kalau dalam tu ada maklumat yang kita cari selama ni macam mana?" omel Airin.

"Tarr! da...!"

Alana menjerit seakan-akan melakukan suprise.

Aku dan yang lain memandang ke arahnya.

"What?" jerit kami berempat.(Olive,Airin,Qaira dan Fiska)

"Macam mana boleh ada dengan kau?"

"Kau curi ke wei?"

"Bukan aku dah hantar ke?"

"Erh..rilex rilex rilex. Korang ni kan..." kata Alana. Tangannya diisyaratkan supaya kami bersabar.

"Okey macam ni. Tadi aku masuk bilik pengawas sebab nak drop dokumen pasal laporan pengawas. Then, mata aku ternampak benda ni." terang Alana satu-persatu.

Pendrive berwarna merah berbentuk kasut itu dilayang-layang tinggi.

"So? Asal kau ambik balik?" tanya Olive. Dia masih tidak faham akan tindakan yang dilakukan oleh Alana.

"Okey kau ingat tak yang aku cerita dekat korang hari tu? Time korang tanya aku dengan Qai pasal apa yang kami spy tu."

"So what's the motive?" salah seorang daripada kami bersuara. Masih menunggu jawapan sebenar.

AVSC #1 : Angelz Vs Crownz ⓒWhere stories live. Discover now