▶C46-[Fear of Swimming] (f1)

6.4K 389 8
                                    


√√√Angelz Vs Crownz√√√

#
Sebulan kemudian

        Tinggal lima hari lagi sebelum pertandingan swimming akan berlangsung.

Disebabkan kaki Olive sudah sembuh sepenuhnya jadi Adry memaksa dia untuk masuk bertanding. Dalam ramai-ramai manusia, Adry ialah manusia yang paling berani memaksa Olive sesuka hati dia.

Sepanjang 17 tahun Olive hidup, ini kali pertama dia dipaksa dan kerana terpaksa dia kuatkam juga diri untuk berenang. Walhal dia fobia dan trauma.

Dalam kolam ini ada banyak sejarah yang telah berlaku. Contohnya, pasal kes kematian Firsya atau nama panggilannya isya. Isya memang tak mati direct dalam kolam ni tapi dia lemas. Selepas berjaya diselamatkan dan dalam perjalanan ke hospital isya diserang asma. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di sini.

Olive menarik panjang nafasnya. Mata nya tepat memandang air kolam yang jernih itu. Sekarang dia lengkap berpakaian renang dan goggles juga terlekat cantik di atas kepalanya.

Fear of swimming?

Siapa cakap dia takut berenang? Dia tak takut cuma fobia. So apa beza?

pap

Airin menepuk bahu Olive dari belakang. Dia turut memandang ke arah lokasi yang sama yang menjadi perhatian Olive dari tadi.

"Masalah takkan selesai kalau kau asyik tenung je kolam renang ni. Aku yakin pasti ada hikmah kenapa Allah hantar Adry untuk paksa kau berenang. Mungkin dah tiba masanya kau lupakan masa silam dan berubah demi masa depan. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa yang akan datang. So, don't be scare." Airin memberikan kata-kata hikmah khas buat Olive.

Riak wajah Olive hanya kosong. Airin tak boleh nak agak apa yang sedang Olive rasa dan fikir sekarang ini. Memang itu hakikatnya dari dulu sampai sekarang.

"Oh ya! Btw aku kena pergi jumpa Ariel. Wish me luck!" kata Airin dengan suara yang riang. Olive memandang Airin.

"Ok, good luck then." kening Airin terangkat. Dia tahu Olive takde mood nak cakap banyak² so itu lah reaksi dia.

"Ok. Kau pun good luck tau. Next week swimming competition dah nak start. So fighting! Jangan stress² tau!" ujar Airin sambil tersengih penuh makna sebelum berlalu.

Pintu swimming pool kedengaran terhempas agak kuat kerana pool ini sunyi tanpa orang. Olive? Ya dia manusia tapi seorang je. Kau expect kalau sunyi apa yang akan ada?

Bulu roma Olive meremang.

Haish! Masa ni la kau nak pikir bukan-bukan. Kalau ada pun, confirm 'benda' yang kacau tu Isya. Sebab isya mati dekat sini lah dulu.

Roh Isya tenang dan aman bersemadi di sana, jadi mana mungkin dia akan muncul dan mengacau aku. Hish!

Hampir 15 minit aku berdiri di depan kolam. Masuk kali ini sudah lebih seratus kali aku menarik dan menghembus nafas. Takut? Selama aku membesar, aku tak pernah cuba untuk mengatasi fobia aku. Tipu? mungkin ya. Bila masa yang sesuai tiba, aku akan tunjukkan siapa aku yang sebenarnya.

"Ehem! Kau renung kolam tu buat apa? Ada nampak kekuatan ke? Kalau ada, meh sini aku nak tangkap biar kau jadi berani masuk dalam kolam tu." suara Adry yang menegur dari tepi aku hiraukan. Kalau tak sebab dia, aku tak perlu susah-susah kuatkan kaki yang bergetar sejak dari tadi lagi. Rasa macam nak pengsan pun ada.

AVSC #1 : Angelz Vs Crownz ⓒWhere stories live. Discover now