Irene menghela nafas lega. Dia bersandar pada batu. Dadanya berombak laju, menghirup udara. Mata dilirikkan kepada Viez yang sedang mengawal figuranya. Wajahnya ketat dan masam serta dingin. Tiada secalit senyuman pun.

Darah merah memancut-mancut keluar takala pedang membelahi tangan. Tangan kiri singa jadian telah terpisah dari bahunya. Ia menjerit dan berlari tidak tentu arah.

"Irene, kita pergi dari sini!"

Laju dia berlari mendapatkan Irene.

"Nak pergi mana?"

"Cari tempat selamatlah,"

"Belakang ... Kau,Viez!"

Kata Irene dengan gagap. Tidak sempat Viez menoleh, tubuhnya tercampak ke sisi. Dia terseret kuat pada tanah. Viez mengerang sakit.

"Kau masuk campur urusan aku!" ujar singa jadian itu sambil memijak badan Viez.

"Kau boleh bercakap?"

"Aku separuh manusia separuh singa!" Jerkahnya sambil menekan kuat kaki.

"Ah! aku ingat kau tak boleh bercakap." Viez sempat tersenyum sinis.

"Kau akan terima padahnya kerana potong tangan aku!" Mukanya bertukar menjadi semakin bengis. Taring dan kuku bertambah panjang! Bulu pada badan juga mencanak naik seperti duri. Matanya turut berubah menjadi merah.

Tangan kiri yang telah terpotong sebentar tadi telah tubuh semula. Viez terkedu. Saat itu, mukanya dicengkam kuat oleh singa jadian.

Irene yang melihat terus berdiri dengan tegak. Pedang ditarik lalu bertukar menjadi cemeti. Tanpa membuang masa, Irene melibas tali cemeti dan terbelit badan singa jadian itu.

"Heh, sekarang ini kau dengan aku!"

Kata Irene sambil mengheret singa jadian itu.

"Aku tak mahu berkasar dengan kau. Tapi aku nak makan kau! melalui kulit kau, aku dapat tahu yang daging kau enak dan darah kau juga sedap dibuat minuman!" Katanya sambil meleraikan belitan tali cemeti senang.

Shit! kuatnya, dia mampu meleraikan tali cemeti ni!

"Diam! "

"Apa yang aku cakap itu betul. Daging dan darah kau adalah lain dari yang lain dan aku mahu merasainnya." Usai berkata. Singa jadian itu terus melompat ke arah Irene.

Irene mengelak. Kemudian menghilangkan diri. Muka singa jadian tersembam di atas tanah.

"Hahahaha! Itu makannya! Sedap tak? Apa rasa tanah itu?" Irene tergelak kecil di atas sebuah pokok.

"Erghh! aku akan bunuh kau!" ia membentak!

Singa jadian itu bangkit. Sepantas kilat dia meluru ke pangkal pokok. Irene memandang pelik. Apa dia nak buat?

Singa jadian itu mendongak ke atas. Dia melemparkan pandangan sinis kepada Irene. Kemudian, dia memandang pokok sebesar tiga pemeluk di hadapannya sebelum peluk. Kelakuannya telah membuatkan Irene terpinga-pinga.

"Kau milik aku,"

Ujarnya sambil mencabut pokok dengan selamba. Irene terkedu apabila pokok bergerak. Pada masa yang sama, Irene terkelincir dari dahan pokok. Dia tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh.

"Ha ... tengok? sekelip mata sahaja kau jadi milik aku! Makanan aku!"

"Tak guna!"

Irene menyeru pedangnya yang hilang entah ke mana. Sekelip mata sahaja sudah berada dalam tangan Irene.

"Huh? Nak berlawan?"

"Oh yeah, aku tak akan jadi makanan kau!" kata Irene dengan geram. Pedang lagenda kini menjadi kapak lalu menghayun ke arah singa jadian.

Serangan Irene dapat dielak dengan mudah. Namun tidak semudah yang di sangka. Kapak itu kembali ke arahnya. Ia meluncur laju! Membelahi ruangan udara lalu mata kapak tepat mengenai kaki.

"Arhh!" gaumnya sekuat hati. Kaki singa jadian ditetak. Darah merah pekat terpercik ke atas tanah.

Irene membuka sarung tangan dan mencampak ke tepi. Sebelah lagi mengenggam kapak. Kaki perlahan-lahan melangkah.

Apabila dihampiri. Singa jadian itu menyerang. Kuku tangannya mencengkam erat bahu Irene. Terasa hingga menembusi kulit. Irene menjerit kecil. Kapak terlepas dari tangan.

Mereka berdua bergelut, bergolek-golek di atas tanah. Baju Irene sudah terpalit dengan darah merah milik singa jadian itu. Posisi Irene ketika ini berada di atas badan singa jadian.

"Kau masih mahu jadikan aku sebagai makanan?"

Singa jadian tersenyum sinis apabila mendengar. Senyuman itu membuatkan Irene naik angin! Dia mengengam penumbuk.

"Jawaplah!"

"Hahaha! Barannya, ya! Kau milik aku-" tak sempat lagi ayat dihabiskan, satu tumbukan hinggap di pipi kanan.

"Tak payah buat lawak bodoh, aku bukan makanan kau!" balas Irene dengan nada dingin.

Tangannya sudah dikelilingi arus elektrik manakala sebelah tangan lagi sudah berwap dingin. Irene mengetap gigi, sejurus itu satu tumbukan padu dilepaskan tepat mengenai muka.

Singa jadian itu menjerit sakit! Mukanya seakan melecur dan hangus seperti direnjat elektrik sekali. Darah sudah mengalir dari hidung dan celahan bibir. Ia meronta kuat tetapi malangnya Irene telah mengunci pergerakannya.

"Lihatlah ... siapa makan siapa sekarang ini huh?"

Wap dingin yang berada di tangan Irene tadi sudah menjadi ketulan kiub ais. Irene menayangkan dekat muka singa jadian itu.

"Kau nampak tak apa ni? Kau nak tahu apa gunanya benda ni?"

"Itu aislah bodoh!"

Irene terus menyumbat kiub ais itu ke dalam mulut singa jadian. Dia bangkit dan menjauhkan diri. Matanya terpandangkan Viez yang sudah bersandar lemah di pangkal pokok.

"Arghh! kenapa badan aku ni! " jeritnya kesakitan. Perut dipegang lalu menekan-nekan kuat seperti orang yang sedang sakit perut.

Duri ais terpacak keluar dari badan dan semakin lama semakin banyak! penuh satu badan. Singa jadian itu menjerit macam orang hilang akal!

Mulutnya memuntahkan darah merah pekat sebelum duri ais terpacak keluar dari mulut. Matanya juga terbeliak! Badannya mula membeku menjadi ais dan kemudian pecah seperti serpihan kaca.

"Viez, aku rawat luka kau."

Kata Irene sambil membatu Viez bergerak. Luka-luka Viez dibelek beberapa kali.

"Kau ada penyembuhan ke?"

Soalan dibiarkan sepi. Muka Viez berkerut menahan pedih. Dia hanya memerhati gerak-geri Irene. Sesekali dia hanya mendesis sakit apabila Irene menyentuh luka.

"Irene!"

"Apa?"

"Mana portal ?"

Irene terkaku. Air liur ditelan kelat. Wajah Viez dipandang. Lelaki itu membalas pandangan Irene.

"Mana? Hilang ke? Biar betul!" Soal Irene tidak percaya.

"Kau tanya aku? Kau tengoklah ada ke tidak portal itu sekarang ni?"

"Tak ...."

"Dah tu?" kening Viez terjongket ke atas.

"Jangan kata yang kita terperangkap dekat sini!"




......................................................................

Hayokk! tak boleh balik! hahahaha~ So? how? dapat bayangkan tak situasi? huhuhu ^^

Best ke ? atau hambar? 😂😂

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now