"Nama pun kem,mestilah telefon kena rampas !" sampukku pula.

"Hmmm... Tak dapatlah aku stalk crush aku !" tambah Ikin.

Aku,Nisa dan Wawa saling membalas pandangan.

"Siapa?" soal mereka serentak.

Ikin menepuk dahinya lalu mengangkat dua jari membuat simbol peace ! Dia bergegas menuruni tangga dan terus memasuki dewan aktiviti. Kawannya ditinggalkan sahaja begitu.

Ketika aku melangkah masuk ke dalam dewan aktiviti, mataku tertumpu kearah dua beg plastik yang berwarna biru di atas pentas.

'Haih... Mesti telefon kena letak dalam beg plastik tu kan ?' fikirku.

Cikgu Rafidah mula mengarahkan para peserta untuk dalam barisan. Perempuan duduk di bahagian kanan cikgu mankala lelaki duduk di bahagian sebelah kiri.Para peserta mula bergerak.

"Aku nak sama kumpulan dengan kau orang !" kataku.

"Aku pun sama weyh !" balas Wawa pula.

Keadaan menjadi sunyi ketika.

Kelihatan empat orang lelaki dan perempuan sedang melangkah masuk ke dalam dewan.

"Handsome !" kata seorang akak senior di hadapanku kepdada rakan-rakannya.Mereka mulalah berbisik-bisik tentang perkara yang tidak kutahui.

Fasilitator mula memperkenalkan diri masing-masing dan memberitahu beberapa peraturan yang patut dipatuhi.

Kemudian,kami diarahkan pula untuk membuat pembahagian kumpulan dengan mengira angka satu hingga lapan secara bersilih ganti.Pengiraan pun bermula.

"Ingat ! Jangan sesiapa berani tukar nombor !" pesan Abang Ashraf atau nama panggilan yang sepatutnya Abang Ash.

Aku mengeluh kecil.

"Aku baru nak tukar nombor dengan orang lain !" bentak Nisa yang berasa geram.

Kini mereka mencari ahli kumpulan masing-masing.

Aku terlihat Hafidz sedang berjalan menghampiri diriku.

"Sha,kau kumpulan berapa ?" soal Hafidz ingin tahu.

"Kumpulan dua. Kau berapa?" soalku pula.

"Sama dengan kaulah ! " beritahunya. Teserlah kegembiraannya di situ.

Happy semacam je dia ni ?

"Err.. Ouhk. Jom cari member yang lain." balasku dengan rasa pelik akan kelakuan Hafidz.

Pap ! Fayyad memukul bahu Hafidz.
Aku menoleh.

"Kau orang kumpulan berapa ?" terjah Fayyad tiba-tiba.

"Bodoh ! Terkejut aku ! " kata Hafidz.

Fayyad tersengih.

"Aku dengan Sha kumpulan dua," jawab Hafidz.

Aku membuat muka selamba sahaja. Aku tidak suka dengar orang mencarut.

"Sorry awak.. Saya tak sengaja," kata Hafidz tiba-tiba apabila melihat riak wajahku.

Aku memandang dia pelik.

Semenjak dua menjak ni.. Aku rasa Hafidz ni pelik! Sekejap aku kau ? Sekejap saya awak ?

"Kau dah kenapa? Bersaya-awak dengan dia? " soal Fayyad berasa sangsi.

"Pfft.. Hahaha!!! Aku bergurau je. Tak kan marah kut... " usik Hafidz.

"Perlu ke aku marah?" soal Fayyad pula.

"Kau kan suka dia," usik Hafidz lagi.

"Dah lah, aku nak cari ahli kumpulan aku ." balas Fayyad dan berlalu pergi.

Aduhai, Senior Kerek !Место, где живут истории. Откройте их для себя