" Are you sure Iqa?" Soal Fatin dengan kerutan di dahi.

" Yes. It's okay. Pergilah."

" Kalau macam tu okaylah. Kami pergi dulu. Nanti apa-apa inform kami."

" Okay. Insya-Allah."

Usai saja mereka berdua berlalu, aku cepat sahaja berlalu ke bilik rawatan Syamel. Aku melihat dari luar pintu. Aku tak nak ganggu dia. Biar dia berehat dulu.

" Abang. Terima kasih sebab kuat. Terima kasih untuk segala-galanya. Cepat sedar ye bang? I miss you a lot."

**

" Abang!"

" Don't! sayang!"

Tak sempat aku nak menghalang Syamel, dia terlebih dahulu berdiri depan aku. Serentak itu lelaki jahat tadi terus menusukkan pisau itu ke perut Syamel buat kali kedua. Aku terkelu. Cepat-cepat aku mendekati Syamel. Tubuhnya aku paut tapi dia terjatuh dan akhirnya rebah dalam dakapan aku.

" Abang! Ya Allah!"

Air mataku mengalir saat melihat keadaan Syamel yang lemah. Aku sentuh perut dia. Terketar-ketar aku melihat darah yang mengalir keluar. Aku cuba sedaya upaya agar darah tidak keluar dengan banyak. Tapi macam tak berhasil. Aku pandang muka Syamel yang tersenyum lemah itu.

" Abang! Bangun bang. Jangan macam ni bang. Jangan tinggalkan Iqa!"

Tangannya cuba menyentuh pipiku. Aku rapatkan kedudukan lantas dia dapat menyentuh pipiku. Dia menyeka air mataku dengan lembut.

" Ja..jangan risau. A..abang okay."

Aku mengetap bibir. Dia terbatuk kecil. Nampak dia sedang menahan kesakitan. Aku makin takut. Rasa tak senang duduk. Mana Irfan ni!

" I love you my dear."

Aku menangis. Aku menggelengkan kepalaku saat melihat dia sudah memejamkan matanya.

" Abang. Jangan tidur bang. Masih banyak benda lagi Iqa belum ungkapkan dekat abang. Please bang..."

Tanganku yang digenggam erat makin lama makin renggang dan akhirnya tangannya jatuh ke bawah. Terlepas genggaman kami. Aku tersentak. Cepat-cepat aku tepuk perlahan pipi Syamel.

" Abang. Abang. Bangun! Jangan tinggalkan Iqa! Tolong! Tolong!"

" Iqa."

Tersentak aku daripada lamunan saat terdengar namaku dipanggil. Aku tertoleh ke arah Syamel. Ingatkan dia dah sedar. Rupanya belum. Aku toleh ke belakang. Rupanya Fatin.

" Dah sampai? Mana Irfan?"

" Ada dekat luar. Iqa tak nak balik dulu ke? Rehat?"

Aku tersenyum hambar dan membuat gelengan kecil.

" Iqa tak rasa penat pun. Iqa Cuma nak teman suami Iqa je saat ini. Iqa takut nanti dia cari Iqa."

Aku genggam tangan Syamel erat. Berharap dia akan sedar. Dah lima jam berlalu tapi dia masih tidak sedarkan diri.

" Kuatkan semangat ye Iqa? Fatin tahu Iqa seorang yang kuat."

" InsyaAllah Fatin. Thanks."

" Most welcome. Fatin keluar dulu."

Aku kembali fokus pada Syamel. Aku menarik senyuman kecil even nampak tawar. Aku usap tangan Syamel lembut. Rindukan belaian dia.

" Abang. Bila abang nak sedar ni? Sekarang kita tengah honeymoon kan? Tak aci la abang tidur. Habis Iqa nak pergi mana sorang diri? Tak best."

Be My Wife?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora