Part 5

10.4K 247 10
                                    

" Iqa! Jom!"

Aku sebenarnya tengah lap moto kesayangan aku ni. Tiba-tiba dari mana entah Zara ni muncul. Lengkap dengan berbaju kurung lagi. Aku pula? Of course selekeh. Haha. Nama pun dekat rumah sambil lap moto pula tu.

" jom ke mana pula? Salam tak ada. Datang terus sergah. Elok sangat la tu?" Bebelku sambil mengelap moto.

Tak pandang sikit pun ke arah Zara. Sayang. Maafkan mama ye. Kawan mama datang buat kacau pula. Baru nak date dengan sayang. Haha.

" Assalamualaikum wahai Afiqah Insyirah."

" Waalaikumussalam. Ha macam tu la. Kau nak pergi mana? Bukan main ayu lagi?"

Aku selesaikan kerja mengelap aku sampai aku puas hati. Then barulah aku pandang ke arah Zara. Kain basuh tadi pun aku dah sidai di tepi pagar. Moto pula aku dah tutup dengan kain besar. Tak mahu orang nampak. Kalau hilang menangis tak berlagu aku. Inilah satu-satunya harta yang aku ada.

" Aku nak pergi rumah semalam la. Datin dah ajak. Jom ikut aku."

Aku terus menggelengkan kepalaku. Memang tak la nak suruh aku pergi sana sekali. Aku tak nak jumpa lagi mamat beku tu. Never!

" Kau pergilah sorang. Ajak kakak kau. Aku tak nak. Nak rehat. Hari ni aku cuti."

Aku ambil tempat di kerusi. Melepaskan lelah.

" Jomlah teman aku. Datin tu ajak kita dua tau tak? Nanti tak pergi tak ke kecil hati dia nanti. Kan?"

Aku terdiam. Tapi aku tetap menggelengkan kepalaku.

" Aku tak nak Zara. Please. Aku letih."

Aku pura-pura menguap. Bila aku kerling ke arah Zara, dia dah mula memuncung. Tak puas hati la tu. Merajuk la tu.

" Fine! Ni la kawan."

Dia terus bangun dan berura-ura nak berlalu pergi. Dia datang dengan kereta rupanya. Aku pula dah tarik sengihan panjang melihat rajuk dia tu. Tak padan dengan besar nak merajuk dengan aku.

" Fine! Aku pergi. tunggu aku nak siap."

Akhirnya aku terpaksa membuat keputusan untuk pergi. Kesian pula dekat Zara. Bukan selalu dia nak ajak aku. Selalu aku je yang ajak dia. Bila nampak senyuman dia tu. Aku pula yang mencebik.

" Yeay! Macam ni la kawan aku. okay pergi siap. Aku tunggu dalam kereta. Pakai cantik-cantik tau!"

Aku mencebik lagi. pakai cantik-cantik nak buat apa. bukan orang nak pandang pun. Tak kuasa! Ceh!

**

Majlis Pertunangan

Nurul Warda Elyana & Ungku Irfan Hafiz

Tersenyum je aku tengok gambar pasangan dekat banner depan rumah ni. Manis je mereka berdua. Ni baru tunang. Tak nikah lagi. Kalau nikah lagi berseri apa. Kan?

" Jom. Kau tercegat lagi depan tu buat apa?"

Aku toleh ke arah Zara. Sekarang ni dia yang nampak terlebih excited. Macam dia yang nak bertunang. Adeh!

" Okay jom."

Aku ikut belakang Zara. Tak berani nak jalan sisi dia. Kang aku terserempak dengan sesiapa terutama mamat beku tu. Boleh aku sembunyikan badan aku belakang Zara. Sebab Zara tinggi daripada aku. So, boleh la kan? Haha.

" Iqa.."

" Ya?"

Aku toleh sekeliling. Ramai juga Datin ni jemput. Majlis tunang je kot. Ke mereka semua ni kaum kerabat diorang?

Be My Wife?Where stories live. Discover now