Part 30

6.5K 194 4
                                    

Sorry. Pendek dan hambar sikit part ni. :)

Other's POV

" Muhammad Syamel Azfar."

Dia tertawa sinis. Rasa kelakar sebut nama sendiri depan cermin. Tapi bila teliti dirinya depan cermin, dia rasa teruk. Wajahnya dielus lembut. Rambutnya yang sudah paras bahu disentuh. Tubuhnya yang nampak kurus itu dibelek. Dia membuat gelengan perlahan.

" Tak. Ini bukan aku. Aku perlu berubah."

" Sedar pun."

Syamel tersentak. Pantas dia menoleh ke arah pintu. Ternyata Warda tengah melihatnya dengan senyuman kecil. Warda melangkah ke arahnya dengan sepasang baju dan seluar track. Diserahkan pada Syamel dengan senyuman.

" Ambil ni. Pakai. Ha lagi satu. Jangan lupa cukur misai dan janggut abang ye. Memang nampak selekeh. Okay? Warda tunggu dekat bawah."

Terpinga-pinga Syamel jadinya. Tapi dia tersenyum jua akhirnya. Dia bangga ada adik seperti Warda. Sabar setiap kali layan kerenahnya. Dia kembali melihat cermin. Ya. I need to change!

Dia mula melangkah ke arah bilik air. Krim untuk cukur misai dan janggut disapu perlahan ke dagu dan tempat yang berkaitan. Selepas itu, shave diambil dan dia mula mencukur dengan lembut ke arah tempat yang sepatutnya.

Bila dah selesai, dia mula membersihkan diri. Hampir 15 minit dalam bilik air. barulah dia keluar semula. Baju yang diberikan Warda tadi diambil dan dipakainya. Sesudah itu, dia melihat dirinya sekali lagi depan cermin. Kali ni bibirnya sudah mampu menarik senyuman puas.

" Ini baru Syamel Azfar. Good job Syamel."

Wajahnya dibelek sekali lagi. Baru nampak kemas. Tak la nampak buruk dengan kumis dan misai yang berserabut tu. Cuma rambut still panjang. Aku perlu keluar untuk potong rambut.

" Dah siap ke?"

" Astagfirullah! Warda!"

Terkejut Syamel jadinya bila Warda tiba-tiba berdiri tepi dia. Warda yang melihat abangnya melatah terkejut itu terus tertawa. Kelakar tengok reaksi Syamel.

Syamel merengus geram. Suka buat aku terkejut kan?

" Ini baru abang Warda. I miss you brother."

Syamel terdiam. Dijeling Warda yang melihat ke arahnya itu. Senyuman Warda yang manis itu membuatkan dia rasa serba salah. Sebelum ni Warda selalu jadi mangsa kemarahan dia. Teruknya aku dulu.

" Jom teman abang pergi potong rambut."

Mata Warda mula bersinar. Macam baru lepas dapat hadiah. Tanpa berlengah, dia menarik lengan Syamel supaya ikut langkahnya. Syamel yang terpinga-pinga akhirnya hanya ikut rentak Warda. Jauh disudut hatinya dia tersenyum melihat Warda.

' Aku harap aku dapat ingat balik apa jadi sebelum ni.'

**

Sekali lagi wajahnya dibelek depan cermin kedai gunting rambut tersebut. Bila puas hati dengan potongan rambutnya itu, dia menarik senyuman puas. Pekerja yang memotong rambutnya itu turut lakukan perkara yang sama.

" Lee Min Hoo versi Syamel."

Syamel tergelak dengan gelaran yang diberikan pekerja itu.

" Maybe? Thanks by the way."

Selepas membuat bayaran, dia keluar daripada kedai itu dan menuju ke arah Warda yang sudah lama menunggunya dalam kereta. Kini, dia rasa lebih berkeyakinan dan lebih bergaya. Tak rasa rimas macam sebelum ni. Dan dia rasa lebih bersemangat.

Be My Wife?Where stories live. Discover now