Part 44

7.3K 203 8
                                    

Wish me luck

Bibirku menarik senyuman panjang saat mendapat pesanan ringkas daripada orang yang tersayang. Ringan tangan aku membalas pesanan ringkas tersebut.

Satu kali je ye. Jangan nervous okay?

I'm promises!

Aku tersengih panjang. Kata dekat orang tak nervous, aku ni pun sama. Nervous tahap apa dah aku pun tak tau. Haha. Hari penting kot. Bersejarah buat aku dengan si dia.

Selepas itu aku fokus diriku pada cermin meja solek. Aku menghembus nafas perlahan. Bagi membuang segala rasa gundah-gulana yang aku rasai ini. Ada lagi sejam sebelum aku dibawa keluar dari bilik ini.

Aku tersenyum bila mengingatkan diriku yang bakal menjadi isteri orang kejap lagi. Macam tak percaya je aku akan jadi isteri dia. Cinta yang selama ini aku sangka tidak akan menjadi kenyataan. Tapi sekarang? Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Aku berharap jodoh aku dengan dia akan berpanjangan sehingga ke Jannah.

Aku tatap sekali lagi skrin phone. Aku balas chat dia tadi dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Terima kasih sebab sudi pilih saya sebagai suri hati awak.

Terima kasih juga sebab sudi tunggu saya sehingga ke saat ini. I love you.

Aku tersenyum dan meletakkan phone dekat tepi. Aku kemaskan selendang yang aku pakai ni buat kali terakhir. Nampak lain sangat aku pagi ni. Sebab makeup la katakan.

" Akak!"

Muncul Warda dengan senyuman lebarnya. Kalau Warda dah sampai ni bermakna dia pun dah sampai la. Oh My! Makin mendebarkan aku rasa.

" Warda."

Warda tengok aku dari atas ke bawah. Aku sendiri jadi pelik. Pelik sangat ke aku ni?

" Ya Allah kak! Cantiknya! Memang terpegun habis abang jap lagi."

Aku tersengih. Ye la tu. Jangan sampai kena repeat akad tu sudah. Orang dah lah nervous.

" Akak dah ready?"

Aku terteguk air liur. Dah bersediakah aku? InsyaAllah.

" Jom. Semua orang dah tunggu."

Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Aminn.

**

Merah pipi aku saat pembatalan air sembahyang sudah selesai sebentar tadi. Malu beb! Semua orang tengok pula tu. Dan sekarang dia pula tak mahu lepaskan genggaman tangan aku even sesaat. Aku pula jadi rimas dan lebih malu.

" Tahniah abang! Akhirnya!"

Warda memeluk aku sesaat and then menumbuk bahu abangnya pula. Tapi perlahan je. Suami dekat sebelah dah tarik sengihan panjang melihat reaksi Warda.

" Kalau abang buat akak nangis lagi. Tunggu lah. Adik takkan lepaskan abang."

Aku tarik senyuman sinis. Bagus Warda. Basuh je abang kamu ni. Dan dia pun tarik sengihan panjang lagi.

" I wont!"

" Jom sayang. Mama dah tunggu dalam kereta." Suami Warda bersuara. Aku tak tahu nama dia sebenarnya. Haha. Kejam kau Iqa.

" Okay abang. See you tomorrow. Jangan lewat pula. Nanti mama kecewa pula."

" InsyaAllah. Take care."

Selepas kelibat semua orang pergi, tinggallah aku dengan Syamel bersama ahli keluarga aku yang lain. Masing-masing nampak keletihan tapi sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Kami buat majlis kecil-kecil je sebab masing-masing busy dan secara mengejut pula tu.

Be My Wife?Where stories live. Discover now