Part 37

6.4K 174 7
                                    

" Selamat pagi Syira! Dah sembuh ke ni?"

Aku tunduk tengok kaki aku sekilas. Kemudian barulah aku mendongak semula ke arah Tiana yang sedang melihat ke arahnya itu. Mukanya penuh dengan keterujaan.

" Alhamdulillah. Semakin baik. Aku dah boleh jalan pun. Tak teruk sangat la."

Aku ambil tempat dekat meja kaunter. Duduk dan perhati kawasan sekeliling. Baru dua hari tak datang terus rasa rindu erk? Ceh. Poyo je kau ni Iqa.

" Syira."

Dia datang dekat dan menempek sebelah aku. Dalam banyak-banyak tempat. Sebelah aku juga la nak menempek pun. Haih minah ni.

" Asal?"

Dia menarik sengihan kecil. Ha! Dah kenapa pula ni. Macam ada sesuatu je.

" Secret admire kau tu still hantar hadiah erk? Hari ni kau akan dapat tak?"

Aku terkedu. Bila sebut fasal lelaki tu, aku teringat chat aku dengan dia semalam. Sampai akhirnya tak reply. Tak berani nak ambil risiko. Jawapan yang sangat-sangat mengejutkan dan aku tak tahu apa motif dia jawab macam tu. Entah betul entah tak.

Tapi yang pasti jawapan dia semalam sedikit sebanyak membuatkan aku berdebar. Aku pun tak faham apa yang aku sedang rasakan sekarang.

" Weh! Aku tanya kau ni kan?"

Aku Cuma menjongket bahu. Tanda tak tahu dan malas nak ambil tahu. Kalau ada sampailah jawapan tu. Kalau tiada tak sampai lah. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga. Heh! Mulut kata lain hati kata lain. Apa kau ni Iqa?

" Chill la. Baru pukul 9 pagi. Tak pukul 10 lagi. Tunggu je pukul 10 pagi nanti. Kan?"

Dia yang tanya dia juga yang jawab. Tiana. Tiana. Sabar je la dengan kau ni.

" Aku buat kerja dululah. Layan kau sampai bila kerja tak habis." Bebelku lantas mengarah ke meja yang kotor. Sebelum pelanggan datang baik buat kerja cepat.

Sedang aku fokus buat kerja sampai bersih la kedai ni. Tepat pukul 10 pagi, ada pos laju datang. Aku pun dengan wajah yang tertanya-tanya ambil bungkusan yang diberikan itu. Tiana tengok dengan wajah terujanya.

" Apa dalam tu? Bukalah. Mesti lelaki tu yang bagi lagi."

Aku hanya menurut. Bungkusan dibuka dengan perlahan-lahan. Ternyata sebuah buku. Buku yang bertajuk " La Tahzan Jangan Bersedih".

" Wah. Dia bagi kau buku. Dia memang seorang yang memahami la. Untungnya kau."

Aku tidak hiraukan kata-kata Tiana. Aku lebih tertarik pada tajuk buku yang aku baru dapat ni. Dan sinopsisnya. Memang buku ini mengenai wanita. Hati seorang perempuan yang tengah bersedih. Sesuai dengan aku sangat.

" Aku rasa dia suruh kau baca dan fahami maksud buku ni."

Buku tadi diletakkan semula dalam bungkusan yang terkoyak itu. Sungguh! Aku tak tahu apa patut aku lakukan sekarang dan apa yang aku fikirkan. Tak tahu. Tambahan pula selepas kes semalam.

" Telefon kau bunyi."

Aku kerling ke arah phone yang ada atas meja itu. Ada message. Mesti dari lelaki misteri tu. Biarlah. Malas pula aku rasa nak baca.

" Jom sambung buat kerja." Ajakku lantas mengambil bungkusan tadi lalu masukkan ke dalam beg.

Yang pasti aku kena habiskan dulu buku tu. Barulah aku boleh berdepan dengan lelaki misteri tu. Maybe?

**

Other's POV

Jauh dia mengelamun. Sehingga tidak sedar siapa yang sedang berdiri belakang dia saat itu. Sampai terdengar keluhan kecil jadinya. Memang berat apa yang sedang dia fikirkan sekarang.

Be My Wife?Where stories live. Discover now