Part 34

5.8K 199 6
                                    

Hai guys. Sorry banyak-banyak guys. Sis minta maaf banyak-banyak sebab lambat update. Bukan apa, memang ikutkan Isnin lepas nak update. Tapi, sis tak sihat pula. Sakit tekak+demam+pening kepala. Cukup pakej la katakan. Alhamdulillah ini pun dah baik sikit. Cuma batuk pula datang menghampiri. Letih sis. Huhu. Doakan sis cepat sembuh ye. :) 

Laju saja langkah aku aturkan ke dalam kedai. Tempat kaunter dituju. Aku cuba cari sesuatu yang aku tunggu-tunggu dari semalam lagi. Tapi tak ada. Sedangkan dah pukul 10 pagi. Saja pagi ni aku masuk lambat sikit sebab tak nak tertunggu-tunggu sangat. But, masalahnya aku masih tak dapat apa-apa.

Aku kerling pula ke arah Tiana. Dia kelihatan tenang membuat kerja. Aku pula nampak tak tentu arah dekat sini. Haish. Patut ke aku tanya or berdiam diri? Kang kantoi pula kalau aku tanya. Diam dan tunggu je la Iqa. Yang kau jadi tak sabar dah kenapa?

" Syira!"

Elok je aku nak focus dekat kerja. Si Tiana ni pula memanggil. Aku tahan diri daripada tersenyum. Kang dia hairan pula.

" Ya. Kenapa?" Aku buat-buat tanya tanpa menoleh ke arahnya.

" Bawah meja kaunter tu ada satu kotak kecil. Untuk kau. Posmen hantar tadi."

Dengar je Tiana kata macam tu. Aku tak tunggu lagi. Terus tunduk tengok ke bawah. Memang betul. Ada bungkusan kecil untuk aku. Aku pun apa lagi ambil dan tengok bungkusan tersebut. Dan tanpa pengetahuan Tiana, aku gerak ke bilik store.

Alang-alang tengah tak ada pelanggan ni. Bolehlah buka dan tengok. Aku tutup pintu store dan duduk belakang pintu. Bungkusan yang aku dapat tadi aku buka dengan rasa berdebar-debar. Rasa ingin tahu sungguh kuat.

Apa yang aku dapat? Sebuah kotak kecil yang berisi sapu tangan. Dan ada bunga ros putih di atas kotak tersebut. Kotak besar ni hanya sebagai pelindung je kot. Haha. Tapi ros putih ni wangi. Cuma sapu tangan? Apa maksud lelaki ni?

Aku buka kotak kecil tu dan keluarkan sapu tangan yang berwarna biru tua itu. Dan di dalamnya ada kertas kecil. Maybe kata-kata lelaki tu.

I will never make you cry again. If you cry, just take this handkerchief and wipe your tears. Okay?

Entah mengapa, hati aku terasa sebak saat baca ucapan kecil dia tu. Dah lama orang tak kisah fasal aku. Tambahan pula aku duduk jauh sekarang ni. Nak menangis tu maybe perlu fikir banyak kali sebab tak nak orang perasan. Tapi lelaki misteri ni buatkan aku nak menangis. Arh! Benci!

Tut! Tut!

Phone aku yang berbunyi dikeluarkan daripada kocek seluar. Aku baca message yang dihantar itu dengan senyuman kecil.

I hope you like it. This secret will not be secret anymore. Just wait for that day.

Aku terdiam. Apa maksud dia? Kira suatu hari nanti dia akan muncul depan aku dan beritahu sebab dia buat semua ni? Kan? Okay. Aku tak sabar nak tunggu saat itu. Agaknya bila ye? Aku dah makin tak sabar ni.

Tapi kenapa aku jadi macam ni? Alangkah bagusnya orang yang buat semua ni Syamel. Hurm. Rindu dia. Di mana dia sekarang erk? Apa khabar dia agaknya. Dia langsung tak ingat aku ke? Sabar Iqa. Sekarang ni tak perlu kau fikir tentang dia. Fikir tentang diri kau pun dah cukup.

" Syira! Syira! Kau dekat mana?"

Alamak! Tiana dah memanggil. Aku simpan semula barang tadi ke dalam kotak dan diletakkan di tepi. Aku buka pintu store dan keluar daripada situ. Langkah diatur menuju ke arah Tiana.

" Ya saya."

Tiana mengerling aku sekilas lantas kembali melayan tetamu. Selesai tetamu buat pesanan. Dia mendekati aku yang berada di meja kaunter.

Be My Wife?Where stories live. Discover now