PROLOGUE

20.9K 457 11
                                    

SATU tumbukan hinggap di pipinya sehingga membuatkan matanya berpinar. Terasa seperti ada cecair hangat mengalir di tepi bibirnya.

"Apa yang kau nak, hah!?" Tengking Rafique Amsyar seraya mengelap darah pekat di tepi bibirnya.

"Hutang abang kau, dah dua tahun tak bayar. Apa ni?" Lelaki yang bertatu pada lengan kanan dan kirinya bersuara. Lelaki itu kelihatan bengis sekali.

"Joe, abang aku yang hutang dengan kau. Asal kau cari aku? Aku tak de duit!" Rafique cuba mempertahankan dirinya. Terasa perih di bibirnya apabila dia cuba untuk menengking.

"Abang kau dah lari. Hutang pandai, tapi bila masa bayar lari. Dan sekarang, kau yang bertanggungjawab. Bayar hutang dia," Joe bersuara seraya mencekak kolar baju Rafique.

"Aku tak de duit! Kau pergi lah cari dia!" Balas Rafique lagi.

Kalau bukan kerana abangnya, dia tidak akan jadi begini. Kalau bukan kerana semua harta arwah ibu bapa mereka dirampas abangnya, kehidupannya tidak begini. Kalau abangnya tidak berhutang, dia tidak akan diburu oleh samseng-samseng ini. Semua ini salah abangnya. Sekarang, dia pula yang terjebak dengan kehidupan kotor abangnya. Habis kacau-bilau kehidupannya sekarang.

"Aku bagi kau peluang. Dalam masa tiga hari, aku nak kau langsaikan setengah daripada hutang tu. Kalau tak, sampai lubang cacing aku cari kau," ugut Joe sebelum melepaskan satu tumbukan pada perut Rafique.

Terasa senak di perut. Kepalanya mulai pusing akibat menahan sakit itu. Pandangannya mulai kelam. Dan akhirnya, dia terkulai di atas tar jalan.


SEKALI lagi hatinya dilukai. Huh, hari-hari dia memang macam ni. Mudah ditipu oleh insan-insan yang bernama kawan. Selama 3 semester dia menuntut di kolej ini, tidak pernah ada seorang pun yang ikhlas apabila berkawan dengannya. Semuanya berkawan hanya kerana duit dan harta yang dia ada.

Biasanya, kalau dia ada masalah seperti ini, mama lah orang yang pertama dicari. Luahkan semua. Tapi, semua itu sudah lenyap sekarang apabila mamanya sudah pergi meninggalkannya enam bulan lalu. Mungkin kerana Allah lebih sayangkan mamanya. Kasya Amira redha. Ye, dia redha.

Sekarang, tiada siapa yang mahu mendengar luahannya. Papanya? Jangan harap. Sibuk sahaja dengan kerja di pejabat sampaikan tiada masa untuk dirinya.

Langkah terus diatur. Menuju entah kemana. Hari ni, dia melarang driver papanya datang untuk mengambilnya. Dia mahu bersendiri. Dia mahukan ruang dan waktu untuk menenangkan fikirannya kala itu.

RAFIQUE AMSYAR ✔ Where stories live. Discover now