15

1.8K 201 9
                                    


"Hello kook ? Kau kat ne ni ? " 

"Aku jaga Taera , dia kena tahan wad . " 

"Lah kenapa pulak dengan dia ? "

"Dia tak nak makan , minum pun tak nak . aku ajak berbual lagilah dia tak nak . " Kedengaran keluhan dilepaskan dari hujung talian . 

"Petang sikit aku g sana . Jin dok paksa aku bersihkan jamban pulak . " 

Jungkook ketawa kecil . Tak habis-habis dengan masalah dalam rumah tu . 

"Ok lah , aku pergi dulu . Dengar tu ? Orang tua tu dah membebel . " Kedengaran seperti orang bercakap laju di sebelah sana . Jungkook ketawa kecil . 

"Ok Tae . nanti apa-apa hal kau call . kalau sini ada apa-apa aku call korang . " 

Talian dimatikann . Jungkook memandang pintu wad bernombor 704 . Bilik taera . Dia tak nak wad ramai-ramai , jadi terpaksa cari wad peribadi untuk Taera . Jungkook melangkah pergi ke wad tersebut . Pintu dikuak perlahan , tidak mahu mengganggu taera yang terlena selepas disuntik ubat tidur sebab Taera jarang tidur . Dia banyak menghabiskan masa dengan menangis , merenung luar tingkap dan berseorangan . Entah apa yang difikirkan pun tak tahulah . 

Jungkook melangkahkan kakinya ke katil Taera . Kelihatan taera sedang tertidur . Jungkook melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bersebelahan dengan katil . Tangan Taera dicapai perlahan takut mengejutkan taera . 

"Taera . Jujur aku cakap . Aku masih cintakan kau . Aku lepaskan kau sebab aku nak kau bahagia , tapi tak sangka jadi macam ni . Aku turut bersedih dengan pemergian jinsung yang secara tiba-tiba . Jujur aku cakap , dia dapat jaga kau dengan baik . Tapi aku lagi baik laa . huhu . Kalau diberi peluang , aku nak jaga kau dengan sebaiknya . lagi baik dari jinsung jaga kau . Tapi , kau macam tak nampak aku . Kau hanya nampak Jinsung yang dah pergi . Aku tahu dia cinta hati kau . Tapi , please beri aku peluang .  " Jungkook mengeluh perlahan . Tangan taera diletakkan kembali di atas katil . Jungkook bangun dari duduk . kakinya sudah melangkah keluar dari bilik wad tersebut . 

"Kook . Saya minta maaf kalau sakitkan hati awak . " air mata Taera turun laju . Dia hanya memandang pintu wadnya . Biliknya terasa kosong dengan ketiadaan Jungkook . Entah kenpa , hatinya pula dilanda rindu walaupun baru sesaat yang lepas Jungkook keluar . Selalunya mulut Jungkook tak pernah terlepas dari bersuara . Tetapi dia hanya mendiamkan diri atas sebab masih tak dapat terima kehilangan Jinsung . 

SKIP

"Eh , awal pulak kau balik ? Taera macam mana ? " 

"Aku dah call mom dia suruh jaga dia , aku kata aku ada hal . " Jungkook duduk di atas sofa . Bahunya diurut perlahan . Dari semalam tak tidur atas katil . 

"Aku naik dululah , penat lah . dari semalam tak tidur atas katil . Sakit bahu aku . Jimin , nanti letakkan ubat saraf dekat bilik aku boleh ? Aku nak tampal dekat bahu dengan belakang aku . lenguh gila ni . " Jungkook berkata sambil berjalan naik ke biliknya . JImin pula menganggukkan kepalanya . Memang ubat tu tak perlu dicari , memang sentiasa ada dalam peti simpanan ubat . Semua ubat ada . 

"macm pelik je Jk ni ? Tiba-tiba tak nak jaga Taera dah . " Namjoon menggaru belakang kepalanya . Yang lain mengangguk setuju dengan Namjoon . 

"Mungkin dia dah pasrah dengan Taera ? Ye lah , dia tu kan asyik menangis ratapi Jinsung . Apa boleh buat . Kalau kita jadi dia pun , kita rasa kehilangan macam Taera . Kalau jin konfem dah banjir seoul ni en ? " Hoseok ketawa . 

"Asal aku pulak yang kena sial ? Pig ! " Jin menjeling tajam ke arah Hoseok . Hoseok tersengih memandang Jinyang sudah marah dengannya . Seronok kalau usik jin . 

SKIP

"Mom . " 

"Ye sayang ? taera nak apa ? " 

"em , Jungkook .. tak datang ke ? selalunya dia yang riuh nak jaga taera ? " Taera memandang momnya yang tersenyum nipis . 

"Jungkook dah balik , mungkin dia dah tak datang kot sebab mom suruh dia balik rumah rehat . Dah lama sangat dia jaga kamu . Kesian pulak mom tengok dia , tidur atas sofa . " Mom Taera tersenyum . 

"Kalau kamu nak , mom boleh call dia ? " 

"tak pe , Taera tanya je . Dia tak dak lagi bagus , tak de la bising sangat . kerja nak bercakap je dia tu . " Taera tertawa kecil . Padahal hatinya rindukan Jungkook . 

SKIP

"Macam mana keadaan dia aunty ? Dah ok ? " 

"Dah elok sikit , aunty nampak dia dah mula bercakap . Tersenyum pun pernah . Lega hati aunty . Takde lah aunty nak risau sangat dia murung macam selalu . Kalau ditinggalkan sekejap pun dah ok . " 

"Ohh , baguslah kalau macam tu aunty . " 

"Jungkook . Terima kasih jaga anak aunty . " 

"Dia kawan saya jugak aunty . Tak de hal lah . Kecik je tu . Saya pernah jaga jin . Tiap-tiap malam meracau nak nasi ayam . Seram saya aunty . Dalam tidur pun dok fikir makanan lagi . " Jungkook ketawa kecil . 

"Hahahhaha , macam-macam betul . ok lah kook , aunty nak pergi beli makanan kejap dekat Taera . " 

"Ok aunty . bye . " 

Talian dimatikan . Jungkook mengeluh panjang . Dia memandang luar tingkap biliknya . Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya . Taera dah baik ? Tapi kenapa baik selepas aku pergi ? Kedatangan aku menyusahkan dia ? Jungkook sekali lagi mengeluh . Dia berpusing ke belakang untuk keluar dari biliknya . 

"OH MAK KAU JIN HANTU MAK LIMAH WEHHHH EWAHHH ! " 

"Siallah ! TAk pasal-pasal aku melatah tahap gaban ! Kau ni JIN ! " Jungkook mencebik . 

"JEON JUNGKOOK ! " Jin memandang tajam Jungkook yang berdiri di hadapannya . 

"APA KAU NI ? " 

"KAu cakap aku malam-malam meracau minta nasi ayam ? BIla aku masuk wad setan ?! " JIn ingin mencekik Jungkook tetapi lepas sahaja jungkook sedar yang Jin dengar apa yang dikatakan tadi terus dia melarikan diri dengan ketawa . 

"JEON JUNGKOOK ! KAU SIAP KAU ! AKU BUNUH KAU ! JATUH SAHAM AKU WOI ! " Jin menjerit kuat . 

Jungkook berlari turun ke ruang tamu kemudian menyorok di sebelah Yoongi yang sedang leka menatap telefonnya . 

"kau pahal setan ? Datang-datang mennyorok bawah ketiak aku ! Tersengih sesorang dah apasal ?! " Yoongi menyekeh kepala Jungkook . 

"Lah , ketiak kau ke ? Patutlah aku bau semacam je . Kau gosok guna sabun tak cuci ketiak kau tu ? Busuk semacam je . " JUngkook menutup hidungnya . Yoongi enatap tajam Jungkook kemudian mendekatkan ketiaknya dengan hidung Jungkook . Jungkook hendak melarikan diri tetapi Yoongi memegangnya dan memaksa masuk bawah ketiaknya . Aish , aku tak faham bebudak ni . 

SKIP

Telefon dipusing-pusingkan . fikirannya berlegar sama ada nak call atau tak . 

"Kalau aku call , dia kata aku syok sendiri lak . "

"Tapi kalau tak call , aku nak tanya khabar dia cemana ? Dah lah aku tak bercakap dengan dia . " 

"Aishhh ! Serabut !  " 

Taera mengusutkan rambutnya . pening !

...

why jalan cerita dia makin pelik ni ? HAHAHAHAH


[C] BTS YEOJA + BTS YEOJA 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora