Day 15

2.5K 263 14
                                    


"Morning dunia . Aku harap harini tiada lagi gangguan . " hoseok bangun dari tidurnya yang lena . Dia kemudian berdiri dan mengemas katilnya yang berselerak akibat tidur buasnya .

Selesai mengemas dia berjalan ke bilik air untuk membersihkan badannya .

Selesai membersihkan badan . Dia bersiap kemudian keluar dari bilik .

"Aik , senyap je . Mana pergi semua orang ? " hoseok melihat setiap pintu bilik rakannya . takkan ridur lagi ? Dah pukul berapa ni ?

Hoseok melihat jam di tangannya . 12 ? Takkan tak bangun lagi ? Selalunya jin yang akan awal bangun . Tak pun jungkook .

Hoseok mengangkat bahu . Malas nak peduli . Dia kemudian turun ke tingkat bawah dan membuka lampu . Asal macam gelap je ?

Hoseok kemudian melihat ke arah dapur . Asal gelap ni ? Takkan dah pukul 12 matahari tak terbit-terbit lagi ? Dia kemudian membuka lampu dapur dan mengambil makanan yang ada dalam peti sejuk .

Kemudian dia ke ruang tamu dan menghidupkan tv .

"Lahhh , cerita apa pun tak ada ke ? semua tak best . " hoseok mencebik .

"Asal harini pelik eh ? " hoseok melihat sekelilignya . Suram ..

"Woi ! " satu tepukan hinggap di bahu hoseok .

"Jangan makan aku !!!! " hoseok menutup mukanya .

"Aku tak hingin lah nak makan kau setan ! Haa , kau buat apa ni ? Dengan berbaju wangi-wangi bagai ni ? Rambut siap sikat pakai pomade ni ? " jin memegang rambut hoseok yang disikat rapi .

"Dah pukul 12 tengah hari la bongek ! korang tu yang tidur mati ! Asal lah aku boleh bangun awal dari korang . " hoseok ketawa .

"12 tengah hari bana kau ! Sekarang 12 tengah malam lah sial ! Kau tengok tingkap tu ! Gelap lagi ! Kau ni apasal ? Dah nak mati ke ? Sampai siang dengan tengah malam pun tak tahu beza ?! " jin menunjal kepala hoseok .

Hoseok ternganga . Dia melihat luar tingkap . Patutlah gelap ! Apasal aku bodoh sangat ni !!

"Tu laa ! Tidur awal lagi ! Pukul 7 petang dah tidur ! Tengok sekarang ! " jin menggeleng .

"Awalnya aku tidur ! Eh tapi yang aku ingat bukan aku tidur atas sofa ni ke ? "

"Namjoon dengan jungkook angkat kau . Berat nak mampos kau ni . "

"Kau buat apa tengah malam ni ? "

"Aku dahaga . Aku nak minum . Baru nak turun dengar bunyi tv . Takut jugak lah aku . lepastu tengok2 kau . " jin berlalu ke dapur untuk minum air .

"ok lah seok . Aku naik tidur dulu . " jin berlalu naik tangga .

"Eh . Jin ! Aku nak tidur dengan kau boleh ? " hoseok memandangnya mintak simpati .

"Nope . " jin berlalu pergi . Hoseok mencebik , kedekut betul si tua ni . Aku nak tidur je pun . Bukan gay okay !

"Apa aku nak buat eh ? " hoseok meletakkan jari telunjuknya di dagu .

"Tidur lah . " dia kemudian menutup tv , lampu dapur dan lampu tengah kemudian berlalu masuk ke dalam biliknya .

Skip

Ding...dong..

"Aishh , sapa pulak kacau ni ! " jimin terbangun kerana terdengar loceng rumah yang dibunyikan .

"kejaplah aku turun . Erghh . " jimin bangun kemudian keluar dari biliknya . Dia melihat jam di dinding . 8 pagi .

"Sapa kacau pagi-pagi ni . " jimin mengosok matanya .

[C] BTS YEOJA + BTS YEOJA 2Where stories live. Discover now