10

1.9K 214 46
                                    


"Sakitlah . " Taera ingin melepaskan pegangan namjoon tetapi apakan daya . Daya seorang namja lagi kuat dari dirinya .

"Kenapa awak ni joon ? " Taera memandang Namjoon yang berada di hadapannya tetapi pegangan pada pergelangan tangan Taera masih tidak dilepaskan .

"Kau ... Kau buat aku lemah . Kau tahu sebab apa aku suruh budak-budak tu tak membuli lagi ? Sebab kau Taera . Aku nak kau lihat sisi lain aku . Tapi .. Sikit pun kau tak pandang aku . " Namjoon mendengus kecil . Pegangan pada pergelangan tangan Taera dilepaskan .

"Apa awak cakap ni ? Saya tak faham .. " Taera mengerutkan dahi .

"Aku .. Sukakan kau Taera . " Namjoon memandang Taera . Taera pula sudah terkelu . Mulutnya bagai digam .

"Aku tahu kau tak suka aku . Aku tahu aku ni kasar , suka membuli orang , jahat . Yes i know . But , kau boleh ubah aku kan ? " namjoon memandang taera dengan pandangan mengharap .

"Joon . I'm sorry . But .. I can't . Saya ... Suka awak sebagai kawan . Tak lebih dari tu . Saya .. "

"Aku dah agak . Kau suka dekat kawan kau tu kan ? Apa sung tu tah aku tak ingat nama dia apa . Sokey . " namjoon berlalu pergi meninggalkan Taera . Taera mengeluh panjang . Bukan dia nak sakitkan hati joon , tapi perasaan dia hanya sebagai kawan . Tak lebih dari tu .

Skip

"Joon . Kau g ne ? Puas kitaorang cari . " Jimin memandang Namjoon yang duduk di tempatnya .

"Pergi bumbung . Nak bunuh diri tapi tak jadi sebab aku lupa yang aku yang bijak pun dalam geng ni . Kang aku bunuh diri geng ni jadi geng tak bijak pulak sebab aku tak de . " Namjoon bersuara malas .

"Elehhh , macam dia je yang bagi sumbangan otak . Aku pun ada okayyyy . " Taehyung mencebik .

"Kau sumbang otak kau kat sape ? Sapa lah nak ambik otak tingtong kau tu ? Otak kau tu banjir kau tau . " Jimin menunjal kepala Taehyung . Taehyung membuat ingin menumbuk Jimin .

"Hai Taera . " Jin tersenyum melihat Taera duduk di tempatnya . Taera hanya tersenyum , kemudian dia memandang Namjoon yang masih bermasam muka . Namjoon marah ke ?

"Aku blah dulu . Nanti lepas balik sekolah cari ah aku kat mana-mana aku ada . " Namjoon berdiri kemudian berlalu keluar dengan beg sekolahnya .

"Woihhhh ! Jooon !!!!! " mereka berlima menjerit memanggil Namjoon tetapi tidak diendahkan .

Taera hanya memandang Namjoon keluar dari kelas . Perasaan bersalahnya kuat .

"Taera . Nak tanya sikit . " Yoongi mencelah .

"Apa ? "

"Ginseng tu perlu ke cium pipi kau tadi ? Tak tahu ke kita dekat sekolah ? Bukan dekat rumah . Nak buat maksiat , jauh-jauh . " Yoongi memandang Taera tajam .

Taera terpaku . Patutlah Namjoon tarik dia . Cakap suka dia . Kiranya diorang nampaklah ? Aduhhhh malunya .

"Ginseng ? Sapa cium kau ? " jungkook menyoal .

"Kawan dia tu lah . Aku dengan joon nak pergi tandas tadi . Ternampak diorang ni berasmara dana pulak . " Yoongi mengrollskan matanya .

Tanpa disangka jungkook mengambil begnya dan berlalu keluar dari kelas . Diikuti taehyung , jimin dan hoseok .

"Kenapa diorang ... " Taera terhenti apabila Jin memandangnya dengan senyuman sinis .

"Kau tak tahu atau kau buat-buat tak tahu ? " Jin tersenyum senget .

"Sayaa .. Tak faham . "

"Kau tak perasan ke ? Namjoon , hoseok , jimin , taehyung dan jungkook tu suka kau ? Semua pickup line tu dari hati diorang . Bukan main-main . Kau tahu kan diorang tu gangster , takkan nak luahkan dekat kau ? Diorang buat cara kasar . Kau tak tahu ? Yoongi ni care pasal kau diam-diam . Semua fans yang serang kau bulan kau baru masuk , dia yang pergi cari fans tu agar tak serang kau . Kau tak tahu ? Aku suka kau ? Huh . Taera .. Taera . Kau tahu orang dalam school ni pernah kena buli dengan kitaorang kan ? Kitaorang ni yeoja pun kitaorang buli . Tapi sebab kau , kitaorang dah tak membuli . Kalau tak sebab kitaorang ni suka kau dan berkawan dengan kau . Aku tak rasa kau tahan dekat school ni . " Jin menggelengkan kepala . Dia mengambil beg sekolahnya dan berlalu keluar dari kelas . Kini hanya tinggal yoongi dan taera .

Taera memandang lantai . Matanya berkaca . Salahkah dia ?

"Woih . " Yoongi memanggil . Taera tidak pedulikan panggilan Yoongi . Yoongi beralih tempat ke tempat dudum Jin iaitu belakang Taera .

"Tengok sini woi . " Yoongi mengangkat dagu Taera supaya memandangnya .

"Aku suka kau sebagai kawan . Jangan risau . Aku faham apa perasaan kau . " Yoongi buat kali pertamanya dia tersenyum ikhlas kepada Taera .

"Dahh jangan nangis . Kau tahu muka kau macam mak nenek . Berkedut je aku tengok . " Yoongi berkata selamba membuatkan Taera tertawa kecil .

Skip

"Paiti dia ! " Jimin meraung bagai nak gila .

"Bodoh diam lah ! " Taehyung menunjal kepala Jimin . Badannya disandarkan di dinding .

"Patutlah kau keluar kelas Joon . " Jin memandang Namjoon yang menatap hpnya dari awal diorang datang ke sini .

"Aku malas nak cakap . "

Jin mencebik .

"Yoong mana ? Takkan kebas Taera ? " Hoseok mencari sekeliling mereka .

"Haah lah . Aku tak nampak pulak budak tu . " Jungkook bersuara .

"Ada nih ha . " Yoongi yang entah dari mana datang bersuara . Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Taehyung .

"Kau g mana sial ? Asal lambat ? " Taehyung merangkul leher Yoongi .

"Dari kelas lah bodoh . Kan kita duduk kat kelas tadi . Duh kau ni . " Yoongi menunjal dahi Taehyung .

Taehyung menjeling . Tanya sikit nak marah .

"Gais . Nak tanya . " Yoongi memandang mereka berenam .

"Hm apa ? "

"Kalau lah Taera pilih antara kita . Korang yang tak terpilih akan buat apa ? "

"Aku akan usaha sampai dapat . "

"Aku lepaskan je kat dia . Tapi aku akan bunuh dia senyap-senyap . Muahahahahahaha . "

"Bodoh ! "

"Asal kau ni ?! "

"Nak bunuh agak-agak hanya sebab pompuan ! "

"Duhhh ! Aku melawak je pun . Ambik srs sngt asal kau ni ?! "

Yoongi mula mengeluh panjang . Tanya sikit jawapan tah apa-apa . Bergaduh pulak tu . Tak boleh bagi soalan kbat langsung .

"Asal kau tanya ? Dia kata nak terima salah seorang ke ? " Jin memandang Yoongi .

"Tak ah . Aku saja je tanya . Hoho . " Yoongi tersengih .

Mereka berlima menendang menampar menumbuk manja yoongi kecuali namjoon yang malas nak join pergaduhan sahabat itu .

Skip

"Taera ... "

"Ye ? Nak apa ? Nak suruh saya belanja ice cream lah tu kan ? " Taera mengecilkan matanya . Kakinya digerakkan untuk menggerakkan buaian yang dinaiknya .

"Tak lahh . Awak niii . "

"Ok.  Lepastu awak nak apa ? Manja sangat cara panggilan awak ni . " Taera tertawa kecil .

"Will u marry me ? "

Kaki Taera terhenti . Matanya tidak berkedip melihat dia yang tiba-tiba melutut di hadapannya dan tangannya memegang sebentuk cincin .

"Jinsung .... "

•••

Hahahahahaha , jangan kecam 😂 aku tak reti buat love2 ni . Duhhhhhh . Korang rasa Taera nak sapa ?

Jin ?
Namjoon ?
Yoongi ?
Hoseok ?
Jimin ?
Taehyung ?
Jungkook ?
Atau...
Jinsung ?

[C] BTS YEOJA + BTS YEOJA 2Where stories live. Discover now