"Aku nak bawak pulak . Pliss jin . " matanya dibulatkan ."No way ! Kau tu tak ada lesen lagi . " Jin mengrollskan matanya .
"Sejak bila kau ikut undang-undang ni ? Setahu aku kau siap pandu kereta masuk lorong pejalan kaki . " tangannya diletakkan di dagu . Keningnya diangkat sebelah .
" Sapa suruh diorang tak buat parking banyak ? Dah tahu kat seoul ni berjuta orang . Buat apa parking sikit-sikit ? Aku parking je lah dekat situ . Dah tu marah pulak aku parking situ . " Jin mencebik . Dia ingat lagi sebab terlampau geram parking tak ada jadi dia ambil keputusan parking dekat lorong pejalan kaki , nasiblah time tu dia naik kereta agak kecil jadi boleh buat kerja gila . Balik ja dari habis urusan , tayar pula kena kunci . Dan memang tuah menyebelahi dia , dia pandai bab2 kunci ni . Jadi dia lepaskan dirilah jawabnya .
"Aku nak bawak . " Jimin memegang stereng kereta .
"Kau tu pendek . Kang sekolah bapak Joon roboh pulak kau parking dalam kelas . " Jin duduk di tempat pemandu . Jangan harap nak bagi budak Jimin ni bawak .
Jimin mencebik . Kakinya dihayun masuk ke dalam perut kereta .
"Lahh , mana lagi dua orang mangkuk ni ? Tadi bukan dah siap ke ? Haihlahh . Berjanggut aku macam ni . " Jin mengeluh . Dia mengeluarkan telefon dan membuka app kamera . Senyum dan peace . Ok settle .
"Wehh , kau en . Kalau berjanggut . Mesti orang tak suka gila dekat kau en . " Jimin memandang Jin dari cermin pandang belakang .
"Asal lak ? Aku still handsome okayh . Kau je , dah tua nanti still pendek . Tangan pun ketot . " Jin galak ketawa . Pagi-pagi macam ni cukup best kalau usik orang . Selalunya dia yang kena . Sekarang biar diorang rasa pulak .
"Halahh , sejak jadi namja balik ni , mulut kau makin puaka eh . Ni mesti yoong jadi tok guru . "
"Aku tak nak anak murid macam dia . Paling kurang anak murid aku nak yang paling swag . " Yoongi yang baru masuk ke dalam kereta bersuara .
"Lah bila kau masuk ? Aku tak perasan lak . Sorry lah sengaja kutuk kau . " Jimin tersengih .
"Mana lagi sorang ni ! " Jin membenamkan mukanya di atas stereng dan terhasillah bunyi hon yang panjang .
"Bodoh diamlah . " Yoongi menyekeh kepala jin .
"Ish , tak menyabar lah kau ni . Aku seminit lambat dari yoong pun susah . " Taehyung membuka pintu kereta kemudian masuk ke dalam perut kereta .
Skip
"Hey girls . " Jimin mengenyitkan matanya membuatkan gadis2 yang berada di situ menjerit bagai nak roboh bangunan sekolah .
"Hai ? Untuk saya ? " Taehyung duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan pelajar yeoja yang sedang bersarapan . Dia menunjuk bekal yang berada di hadapannya .
"Haa , untuk oppa . Ambillah . " Mereka tersenyum .
"Thanks . Byeee .. " Taehyung tersenyum manis kemudian melambaikan tangan dan berlalu pergi .
Apalagi , mula mengediks lah .
"Nahh bekal free . " Taehyung menghulurkan bekal yang dia dapat kepada rakannya .
"Fuh , kimbap . " Namjoon tersengih . Mereka mula makan tanpa sepatah kata . Dah free kan . Makan je la 😏 .
"Ish korang ni ! Tak habis2 nak menyakat pelajar dekat sini . " satu suara menyapa mendengaran mereka bertujuh .
"Mana ada menyakat . "
"Hoseok ! Sudah lah tu ! Dah-dah lah kenyit mata dekat diorang tu . "
Hoseok mencebik tangannya disilangkan .
"Cik kim taera . Saya perlukan fans . Merekalah jiwa saya . Ke awak jeles tengok saya dok kenyit-kenyit mata ? Awak nak jugak kan ?" Hoseok mengangkat sebelah keningnya .
"Ye lah taera . Kau tu asyik membebel je . Kau tak takut ke kalau fans kitaorang kerjakan kau ? " Namjoon mengangkat sebelah keningnya . Dia senyum senget .
Taera hanya menggelengkan kepala .
"Saya dah penat kena sebulan yang lalu . Lagipun kan korang dah cakap dekat diorang semua yang saya dah jadi kawan rapat korang . " Taera mengangkat bahu kemudian dia tersenyum .
"Taera . Dah sebulan kau sekolah ni . Kau tak bosan ke asyik kena pandang semacam dengan pelajar sekolah ni . Sekolah ni pelik kau tau . " Jimin memandang Taera .
"Nope . " Taera menggelengkan kepala .
Skip
Waktu pembelajaran bermula tetapi masih tak ada yang cukup di dalam kelas .
"Mana Bts ?! " tengkingan cikgu boleh buat tahi telinga cair .
"Diorang ni tak habis-habis buat pasal ! " buku dihempas perlahan .
"Hey haiss . We are back . Maaf lah dari toilet tadi bukan buat hal . Gerak lu pape roger . " Taehyung mengenyitkan matanya kepada cikgu kemudian berlalu pergi bersama rakannya yang lain .
"Haihlah . Apa masalah lah diorang ni . " Taera menggelengkan kepala .
Pintu dibuka . Kelihatan 7 orang namja yang bermuka masam .
"Ha apasal ni ? " Cikgu itu melihat mereka bertujuh .
Tanpa sepatah kata dan dengan serentaknya mereka bertujuh memandang cikgu tersebut dengan tajam .
"Ka..kamu semua duduk . Sa..saya nak mengajar . " Tatapan mereka bertujuh buatkan cikgu nak cakap pun susah . Alahaiii .
"Saja gimik je cikgu . Janganlah gagap sangat . " Jungkook ketawa diikuti mereka yang lain .
Masing-masing melangkahkan kaki ke tempat duduk masing-masing .
"Hai taera . " Tangan dilambaikan kearah Taera .
"Weh taera , cun kan persembahan kami tadi ? " Dari arah belakang Jimin bersuara .
Taera hanya menganggukkan kepala . Malas layan budak-budak ni .
Skip
"Datang pejabat . "
"Asal bapak kau panggil sia ? Duh . Serem lak aku . " Jin mengerutkan dahi . Tahu pulak nak seram dengan bapak joon .
Mereka bertujuh menghayunkan kaki menuju ke pejabat . Pintu diketuk dan mereka bertujuh masuk ke dalam setelah dapat kebenaran untuk masuk .
"Korang tahu tak bulan ni dah 5 orang cikgu minta tukar kelas . "
"Alaaa appa . Sapa suruh diorang tak nak mengajar . Jadi cikgu ni kena kental appa . "
"Haa pandai bercakap . Kalau korang buat hal lagi . Appa akan pisahkan kamu semua kelas2 lain . " Keputusan muktamad diberikan .
Masing-masing terkejut beruk sampai tak terkata apa .
Kaki melangkah keluar dari pejabat dengan cebikan .
"Peduli apa ? Nanti kalau kena pisah , datang lah kelas kita buat pesta reunion . " Namjoon galak ketawa . Mereka jugak mudah terhibur dengan lawak Namjoon .
•••
Heyy , bye . 😂
YOU ARE READING
[C] BTS YEOJA + BTS YEOJA 2
Fanfiction× apabila bts dari Bangtan School dicabar menjadi yoeja di High Art School oleh musuh mereka - korang putus asa maknanya korang kalah dan kitaorang king . + sila meninggal . ••• WARNING ! CARUTAN BERLELUASA ! 15 KE ATAS SAHAJA • • • 2/2017 ~ 16/1...