Part 44

13.1K 1.3K 464
                                    

SUASANA di rumah Kim menjadi sunyi buat seketika. Encik Kim hanya bersandar pada sofa sambil menyilangkan tangan di dada. Langsung dia tak pandang wajah Taehyung dan Jisul yang kini sedang duduk berhadapan dengannya

Tak sangka yang Taehyung akan datang ke rumahnya hari ni bersama dengan gadis itu. Dia tau, mesti ada sesuatu yang mereka ingin bincangkan

"Kenapa datang mengejut ni, hmm? Kenapa tak bagitau omma ngan appa dulu?" tanya Puan Kim

Taehyung menarik nafas panjang. Semakin erat dia menggenggam tangan Jisul di sebelah. Dah tiba masanya untuk dia bagitau hal ini

"Mian kalo kedatangan kami ni mengejutkan omma ngan appa. Kami datang ke sini sebab nak bagitau sesuatu" jelas Taehyung

Jisul cuma mendiamkan diri. Debaran di dada sangat kuat. Serius, takut gila nak berhadapan dengan mereka. Lagi-ii Encik Kim

"Nak bagitau apa, sayang? Nampak macam serius je" tanya Puan Kim

Taehyung pandang wajah Jisul di sebelah sesaat sebelum menjawab. Dia faham, gadis itu pasti sedang nervous

"Kami akan berkahwin tak lama lagi"

Puan Kim menekup mulut. Masih tak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Betul ke Taehyung dah nak kahwin? "Omo! Jinjja? Om..omma tak salah dengar kan?"

Puan Kim tersenyum riang. Manakala Encik Kim hanya mendiamkan diri. Langsung takde reaksi daripada orang tua itu. Senyum apatah lagi. Pandangannya masih dilemparkan ke arah jendela

"Yeobo, say something. Takkan nak senyap je. Ni berita gembira untuk kita" Puan Kim memeluk lengan suaminya. Wanita itu betul-ii teruja sekarang ni

"Tae tak kisah kalo appa tak suka dengan semua ni. Tae tetap dengan keputusan Tae. Kami akan berkahwin"

Encik Kim mengetap bibir. Perlahan lahan Puan Kim melepaskan tangan suaminya. Wajah wanita tua itu kelihatan sedih apabila Encik Kim tak beri apa-ii respon. Pandang wajah mereka pon tak

Puan Kim tersenyum kelat. Pandangannya beralih pada Taehyung dan Jisul pula. "Omma gembira mendengarnya. Lagipon, omma memang sokong keputusan kamu ni. Make sure kamu dah tetapkan tarikh. Nanti omma tolong carikan wedding planner untuk korang berdua"

"Takpelah, omma. Tae dah mintak tolong P.A Tae uruskan semua tu. Kami buat kecil kecilan je. Tae cuma tak nak susahkan--"

"APPA TAK SETUJU"

Taehyung terdiam seketika. Belum sempat dia menghabiskan kata-ii nya, Encik Kim tiba-ii sahaja memotong

Jisul menggigit bibir bawah. Apabila dia mengangkat muka, Encik Kim memandang tepat ke wajahnya. Perlahan lahan dia menelan liur. Debaran di dada semakin gila lajunya. Tapak tangannya dah mula basah akibat berpeluh

"Yeobo.." Puan Kim memandang sayu wajah suaminya

Encik Kim menarik nafas panjang

"Appa tak setuju kalo majlis ni dibuat kecil kecilan"

Puan Kim, Taehyung dan Jisul ternganga. Apa mereka tak salah dengar kan?

"A..Appa.."

"Kamu tu anak appa, Taehyung. Mestilah appa nak majlis kamu ni dibuat dengan meriah. Kalo abang kamu kahwin dulu pon, appa akan buat benda yang sama. Appa akan jemput semua kawan-ii appa. Tak kisahlah apa mereka nak cakap pon. Janji kamu berdua bahagia"

Encik Kim tersenyum. Senyuman ikhlas buat mereka berdua. Dia sedar. Melihat anak-ii nya bahagia lebih penting daripada segala galanya

Dia hanya pentingkan diri sendiri selama ni. Langsung tak fikir perasaan orang. Dah terang-ii mereka mencintai antara satu sama lain. Kenapa perlu hancurkan kebahagiaan anak sendiri?

"Appa..tak main-ii kan?" tanya Taehyung. Tak percaya semua ni akan berlaku

"Tak, Tae. Appa..appa nak mintak maaf" Encik Kim menundukkan kepalanya. Dia malu dengan apa yang dia dah buat selama ni

"Appa tak sepatutnya bertindak kejam pada kamu berdua. Appa buta selama ni. Appa terlalu memikirkan duit dan orang luar. Terlalu mengejarkan kemewahan sampai sanggup menghancurkan hubungan kamu dengan Jisul, demi mendapatkan apa yang appa nak. Sekali lagi, Appa mintak maaf"

Puan Kim mencapai tangan Encik Kim lalu mengusap perlahan belakang tangan suaminya itu

Taehyung tergamam. Wajah appanya dipandang lama. Orang tua itu benar-ii ikhlas meminta maaf padanya dan Jisul

"Tae maafkan appa. Tae bersyukur appa dah berubah dan boleh terima Jisul dalam family kita" ucap Taehyung. Akhirnya, appa berubah. Dia tak tau nak cakap apa. Perasaanya terlalu gembira

"Jisul" panggil Encik Kim

Jisul memandang wajah Encik Kim. Tenang sikit hatinya bila melihat senyuman yang terukir di bibir orang tua itu

"Saya nak mintak maaf pada kamu. Kamu dah banyak terseksa disebabkan saya. Saya tau kamu masih marahkan saya. Kalolah dari dulu saya terima--"

"Takpelah, Encik. Benda dah lepas. Tak perlu nak ungkit lagi. Saya mengaku, hati saya masih sakit dengan perbuatan encik dulu. Tapi sekarang, saya dah cuba maafkan encik" Jisul tersenyum manis

"Gomawo. Kamu memang gadis yang baik. Memang tepat pilihan Taehyung. Saya tak sabar nak tunggu kamu berdua kahwin" kata Encik Kim. Tak lekang senyuman di bibirnya

"Syukurlah. Tenang sikit hati omma sekarang" Puan Kim memeluk lengan Encik Kim lalu melentokkan kepalanya di atas bahu suaminya sesaat

Bertambah sayang dia pada Encik Kim

Taehyung dan Jisul hanya ketawa kecil melihat wanita itu

"Kahwin nanti, jangan lupa jemput Jungkook sekali. Appa terhutang budi dengan dia. Kalo tak kerana dia juga, appa takkan sedar sampai sekarang" kata Encik Kim

Taehyung mengangguk. "Nae, appa. Of course Tae jemput dia nanti. Appa jangan risau"

Encik Kim tersenyum lebar. Teringat kata-ii Jungkook hari tu

'Kalo uncle terima hubungan mereka dan biarkan diorang bahagia, percayalah. Hati uncle akan tenang'

Ya. Betul cakap anak muda itu. Hatinya kini berasa sedikit lapang dan tenang. Tak perlu nak fikir macam-ii lagi

Dia sendiri berasa bahagia melihat kegembiraan isteri anak-ii  nya. Dan sekarang, Jisul dah menjadi sebahagian daripada keluarganya

Hanya gadis itu sahaja yang mampu buat Taehyung ketawa seperti sekarang

Dia benar-ii menyesal dengan perbuatannya sebelum ni

--------------------

Akhirnya kau insaf jugak wahai Yencik Kim 😊

So, macam mana part kali ni? Hope korang suka 😀 Ff ni dah nak hampir ke penghujungnya. Maybe 2 or 3 part lagi author akan tamatkan fanfic ni. huhu. Thanks for reading gais. Jangan lupa vote n comment sekali tau

Kalo ada masa, bacalah ff author yg lain;

My Secret Wife - Taehyung

Because You Are Mine! - Jimin

K bye

[C] His Little MAIDWhere stories live. Discover now