Part 5

19.6K 1.9K 161
                                    

TAEHYUNG tak senang duduk. Dah hampir satu jam Jisul berada di dalam bilik Jin. Matanya cuba untuk fokus pada kaca tv tapi masih tak boleh. Fikirannya masih pada Jisul

Apa yang diorang buat kat dalam tu? Kenapa lama sangat?

Soalan itu tiba-ii sahaja bermain dalam fikirannya. Cepat-ii dia menggeleng. Argh! Lantaklah! Aku peduli apa. Biarlah diorang nak buat apa pon. Bukan hal aku

Dia mencapai remote tv di atas meja dengan kasar lalu menekan punat off. Takde mood dia nak tengok tv sekarang ni

Perlahan lahan Taehyung bersandar pada sofa. Wajah cantik Jisul masih terbayang bayang di depannya

Aish! Apa tak kena dengan aku ni? Wajahnya diraup kasar. Kenapalah dia masih terbayang bayangkan wajah perempuan tu

Takkanlah..No! Tak mungkin aku dah jatuh suka kat maid aku sendiri. Tak mungkin

---------------

"JADI selama ni awak tinggal berdua dengan nenek awak?" soal Jin

Jisul mengangguk

"Parents awak mana?" soal Jin lagi. Dia sememangnya berminat nak tau tentang kehidupan Jisul

Jisul menggeleng lemah. "Saya tak tau ke mana diorang menghilang. Yang saya tau, nenek saya yang membesarkan saya sejak kecil lagi. Sejak saya berumur 8 bulan. Bila saya tanya pasal omma ngan appa saya, nenek saya hanya mendiamkan diri"

Jin memandang sayu wajah Jisul. Kesian Jisul. Terpaksa membesar tanpa kasih sayang omma ngan appanya

"Nenek awak sekarang kat mana?" soal Jin lagi

"Dia dah takde. Dah tiga bulan dia pergi"

Jisul tersenyum tawar

"Semenjak nenek pergi, saya mengambil keputusan mencari kerja untuk menampung hidup saya. Yelah. Kalo saya tak kerja, macam mana saya nak makan? Lagipon, saya dah takde sapa-ii kat sini" sambung Jisul. Hampir gugur air matanya apabila teringatkan neneknya. Dia sangat-ii rindukan orang tua itu

Jin mengatur langkah ke arah Jisul. Perlahan lahan dia melabuhkan punggung di atas katil

"Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya tanya awak semua ni" Jin memegang bahu Jisul

"Takpe. Encik jangan risau. Saya dah biasa dah dengan semua ni"

Jisul cuba mengukir senyum. Kemudian, anak matanya turun pada kaki Jin

Baru je dia nak membuka mulut, pintu bilik diketuk seseorang. Terbantut niatnya untuk menanya Jin tentang kakinya. Kacau betul!

"Ha. Ada apa?" tanya Jin sebaik melihat Taehyung yang sedang bersandar pada frame pintu biliknya

"Asal lama sangat Jisul kat dalam ni?" Taehyung pula bertanya. Tajam matanya menjeling ke arah Jisul

Jisul apa lagi. Cepat-ii dia bangun dari katil

Jin tersenyum sinis. Apa masalahnya kalo Jisul nak lama-ii dalam ni pon. "Asal? Kau jeles tengok aku berdua duaan dengan dia dalam bilik ni?"

Taehyung mengetap bibir. Dia sendiri pon tak tau kenapa dia tergerak untuk ke sini. Takkan jeles? Eh! Tak mungkin

"Jeles? Huh! Buat apa aku nak jeles ngan perempuan ni!" Taehyung berlagak selamba

Jin menjongket kening. "Habis tu kenapa kau datang sini?"

"Aku..nak guna Jisul" kata Taehyung. Jujur! Sakit mata dia tengok Jisul tayang muka mesra kat depan abangnya tadi

Dengan dia takde pulak macam ni!

"Tapi aku belum habis cakap dengan dia lagi" Jin pula berkata

Jisul hanya memandang dua beradik itu. Apalah masalah diorang ni. Dah macan berebut mainan je tengok

Tapi..aku ni bukannya mainan nak direbutkan

"Hyung, please. Tae nak guna Jisul sekarang ni" Taehyung bersuara lagi

Jin mengeluh berat. Belum sempat dia bersuara, Taehyung sudahpon masuk dan menarik Jisul keluar dari bilik itu

Terkejut besar Jin melihat aksi pantas Taehyung tadi. Dia belum cakap apa-ii lagi Taehyung dah bawak lari perempuan tu. Bertuah punya budak!

--------------

TAEHYUNG membawa Jisul ke dapur. Dia langsung tak sedar yang tangannya masih menggenggam kemas tangan Jisul

"Err..encik?" panggil Jisul

Taehyung memandang Jisul yang masih berdiri di belakangnya

"Boleh lepaskan tangan saya?" perlahan Jisul bertanya. Yelah. Dahlah jantung rasa macam nak meletop sekarang ni. Boleh pulak dia pegang tangan aku lama-ii. Boleh melompat keluar terus jantung ni nanti

Cepat-ii Taehyung melepaskan tangan Jisul. Sekali lagi dia cuba berlagak selamba walaupun degupan jantungnya kini laju seperti kereta lumba. Aishh. Macam mana dia boleh tak perasan?

"Kita nak buat apa kat sini?" tanya Jisul. Mukanya masih merah menahan rasa malu

"Aku haus. Tolong buatkan aku hot chocolate" arah Taehyung. Langsung dia tak pandang wajah Jisul. Tapi dia still tayang muka beku dia tu

"Tapi encik kan boleh buat sendiri..", lembut je suara Jisul berkata

Ikutkan hati, nak je dia tengking Taehyung sekarang ni. Tapi ditahan. Sapa yang tak sakit hati. Orang tengah sibuk berbual, boleh pulak dia kacau

Lepastu sesuka hati nenek dia je nak tarik aku keluar dari bilik tu. Ingatkan ada benda penting yang dia nak suruh aku buat. Rupa rupanya nak suruh aku buat air je?

Hmm..Nasib baiklah Taehyung tu majikan aku. Kalo tak..memang pekaklah telinga dia kena bebel ngan aku

"Apa gunanya kau sebagai maid dalam rumah ni? Bila aku suruh buat, buat jelah!" Tajam mata Taehyung memandang Jisul. Wajahnya sedikit bengis. Langsung tiada senyuman di bibir

Jisul mencebik. Huh! Nak suruh orang buatkan air, tapi marah-ii. Cuba mintak elok-ii sikit. Senyum ke. Sikit pon jadilah

"Cuba encik senyum sikit. Saya rasa kalo encik senyum, makin hensem" Jisul memberanikan diri untuk berkata begitu

Taehyung menjongket sebelah kening. Berani betul Jisul sekarang ni. Masa mula-ii kerja hari tu malu mengalahkan kucing! "What did you say? Ulang sekali lagi"

Jisul mengundur ke belakang sebaik sahaja Taehyung mendekatinya. Sumpah! Menyesal pulak dia cakap macam tu tadi

"Err..sa..saya cuma mintak encik senyum je. Tak susah pon kan?" tergagap gagap Jisul mengeluarkan kata katanya

Jisul mengundur lagi. Lagi dan lagi sehingga belakangnya tersandar pada peti sejuk

Taehyung merapati tubuh Jisul. Sebelah tangannya dilekapkan ke peti sejuk. Mengunci tubuh Jisul supaya dia tak dapat lari ke mana-ii

"Kau nak aku senyum?" soal Taehyung sambil tayang muka tak berperasaannya tu

Laju Jisul mengangguk

Perlahan lahan Taehyung merapatkan bibirnya pada telinga Jisul. "Make me, Park Jisul"

Dapat dia rasa kehangatan nafas Taehyung di wajahnya sekarang ni

Jisul mengetap bibir. Nafasnya seakan akan terhenti apabila pandangan mereka bersatu buat seketika

Taehyung merenung mata cantik Jisul sedalam dalamnya. Dia semakin tertarik dengan perempuan di depannya itu

"Make me if you can.."

TBC

--------------

VOTE ✔
KOMEN ✔

[C] His Little MAIDWhere stories live. Discover now