XXVII

489 33 2
                                    

Perasaan Dan Situasi Masing-Masing.

Angin yang dihembus dari mulut semakin kuat. Masing-masing dah memberi sehabis baik. Sidek berkeadaan separuh melutut bersama dadanya mengembang dan mengecil mengambil oksigen. Peluhnya pula mencurah-curah ke lantai bumi. Selepas bergelut dengan nilai persahabatan dari Khairan, dia mendongak memandang Mut kembali.

" Kau senang-senang je dapat kan?", Mut memegang kemas kolar baju Sidek. Lalu diberi berdas-das tumbukan ke muka.

Mut masih lagi tak mengenal erti penat. Masih lagi bersedia mengeluarkan kudrat.

" Aku suka dia dari kecik lagi! Kemana dia pergi semua aku ikut! Dia sekolah menengah, aku sanggup mintak jadi guard sekolah dia! Dia dapat masuk PLKN, aku kerja kantin kem sana! Dia sambung belajar kat KL, aku mintak tawaran jadi lecturer dekat kolej dia belajar!" Teriak Mut. "Sekarang aku datang Maran. Semua sebab dia! Kau tu baru kenal, tapi apesal senang-senang je dia terima?" Sambungnya masih mencederakan Sidek.

Brukk!

Khairan merempuh Mut. Cepat-cepat dia berada atas Mut dan menumbuknya berkali-kali. Mut dapat menahan dengan kedua lengan. Satu tumbukan pun tak terkena mukanya.

Mut melutut kangkang Khairan. Terjatuh ke tepi. Senak. Mut bangun dan menyepak Khairan berkali-kali.

Brukkkk! 

Mut tersembam ke tanah. Tak perasan tendangan dari Sidek. Kepalanya sakit.

Sidek sedaya upaya membetulkan posisi berdirinya. Dia lemah dan tak dapat menyerang Mut lagi.

Mut bangkit. Tak memberi respon apa-apa. Dia beredar meninggalkan Sidek dan Khairan yang dah tak bermaya.

Khairan sempat melihat Mut sampailah dia beredar dari perkarangan rumah Bunga. 

Sidek dan Khairan saling berpandangan dan saling mencari nafas. Di pintu rumah, Bunga hanya membuat tak tahu. Dia serta-merta masuk ke dalam rumah.

Khairan Bekerja.

Setelah dua jam membuat kerja daripada mengangkat stok dari lori sampailah mop seluruh level satu, Khairan akhirnya dapat duduk sebentar di sebuah kotak. Matanya terpejam menikmati rehat seketikanya dan badan menyandar di tiang bersebelahan alat pemadam api. Senak semalam masih terasa ngilu. Badan masih terasa lebam.

Ting!

Khairan membawa keluar telefon dari poket. Lalu dibuka mesej Whatsapp daripada Kristina. Sebuah gambar. Gambar candid Ramona sedang membantu Mak Sabilah di pekan sari.

Sejak memutuskan perhubungan dengan Bunga, dia terasa Ramona ni lawa betul.

Tapi situasi sekarang membuat Khairan perlu ekstra tenang. Dia risau kelakuannya terlihat tergesa-gesa. Dia hanya mahukan yang terbaik.

" Kirim salam kat sayang aku tu", Khairan membalas mesej dari kakaknya.

" Hai, Khairan ", Tegur Seroja Nurul.

" Hai, Seroja Nurul "

" Eh, janganlah panggil nama penuh. Buruk ", Seroja Nurul mengambil tempat berdekatan.

" Mana ada buruk, lawa je macam tuan dia "

" Ish, ngadalah. Em, Khairan, Habibi bila nak balik dari hospital?"

" Esok. Ayah dia bagitau semalam "

" Teruk ke? Dalam ke kena tikam?"

" Tak sangat. Lagipun pisau yang dia kena tu pisau kecik je, panjang jari telunjuk ni je ", Khairan menayangkan jari telunjuknya.

" Ohh "

" Kenapa tanya? Rindu eak? "

" Ishh takdalah! "

" Takpayah tipulah, Seroja memang suka Habibi kan? "

" Mana ada, dia tu suka Seroja. Rimas tau tak, hari-hari nak whatsapp. Hari tu Habibi buat kerja kat level satu, Seroja kat bawah pun dia nak whatsapp, entah mende mende ", Cebik Seroja Nurul.

" Habibi memang macam tu, dia jenis menggelabah sikit bila dah dapat nombor awek ", Jelas Khairan sambil mentertawakan cerita Seroja Nurul.

" Hey, melepak je! ", Jerit Kak Ad setelah menyedari Khairan dan Seroja Nurul melepak di satu ruang tersembunyi.

" Tak Kak Ad! Tak, sorry ", Seroja Nurul bangkit dan beredar dari situ sambil menunduk kepala.

" Kau? Nak duduk sampai balik ke? Susah betul kerja kau ye? ", Perli Kak Ad sambil mencekak pinggang.

" Tenang la Kak, saya baru lepas mop lantai "

" Aah, memang kau je yang penat dekat sini ", Kata Kak Ad sambil melangkah pergi.

Khairan menarik nafas dalam-dalam.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now