IV

838 39 9
                                    

Cerita Sementara Di Pondok Bas Usang.

Sidek menongkat motorsikalnya lalu berjalan beberapa langkah ke pondok bas sekolah. Dia berteduh di situ memandangkan cuaca masih terik. Pondok bas kelihatan sangat usang walaupun keseluruhannya besi. Tempat duduk pula membuat Sidek tiada selera nak duduk. Tahi kelawar, tahi burung dan pelbagai lagi tahi terkumpul setempat. Sidek memilih untuk berdiri sahaja. Jam baru pukul 1.45. Lagi 15 minit Shaera akan keluar dari perkarangan sekolah. Jadi, Sidek menjadi tepu menunggu waktu balik Shaera. Nak main telefon, telefon pula tertinggal di rumah. Sidek pun duduk melongok di pondok bas sambil membayangkan lagu Rancid- Collision Course di kepalanya.

" Hai ", Tegur seorang lelaki yang mengambil tempat bersebelahan dengan Sidek.

Bagi Sidek hai itu lembut. Ianya bertambah lembut jika dia membalas dengan ucapan hai juga. Jadi, Sidek hanya mengangkat kepala sebagai respon. Lelaki itu senyum. Sidek pula melihat atas bawah. Tak pernah nampak. Mungkin bukan orang Maran.

" Ambil anak ke bro? ", Soal Sidek.

" Tak lah. Ambil anak buah. Kakak aku mintak tolong tadi ", balas lelaki itu. Matanya mengecil menahan panas dari tadi. Sesekali dia mengipas mukanya menggunakan surat khabar yang dibawa tadi.

Sidek dapat meneka dia ini asal dari bandar ataupun bekerja di tempat yang beraircond. Badan menjadi manja, lembut dan berkira-kira.

" Kau tunggu siapa? ", soal lelaki itu balik.

" Ambil adik aku." Jawab masih melihat lelaki itu. " Tak lama keluar la ni", Sidek cuba menenangkannya. .

" Aku tengok kau ni macam legend punk tu la.. siapa eak? "

" Sid Vicious ", Sidek jawab pantas. Hidungnya kembang kempis. Rupa-rupanya lelaki kepanasan ini tahu juga pasal punk. Sidek menjadi teruja dan mula bersemangat untuk berbual dengan lelaki yang tak dikenali.

" Haa, Sid Vicious rambut kau pacak-pacak ni macam dia la lebih kurang ", Dia menegur rambut Sidek.

Selepas itu, Sidek berbual panjang mengenai punk. Bagaiman dia boleh berminat dan pengaruh besarnya. Lelaki kepanasan itu menjadi pendengar yang bagus dan wajahnya bersungguh berminat mendengar topik ini. Sedang rancak berbual, telefon lelaki kepanasan itu berbunyi tanda panggilan dari seseorang.

Jam di dinding terus berdetak ahhhh..

" Hello..", Lelaki itu berjauhan sedikit daripada Sidek untuk menerima panggilan dari tempat kerjanya.

Sidek terasa disiat-siat organ dalamannya. Cuaca panas mula terasa makin panas. Kepalanya terasa senak memikirkan mengapa berbual pasal Punk sedangkan ringtone disetup Ayda Jebat. Apa yang dia mahu? Mahu penerajangkah?

Shaera muncul menghampiri abangnya. Sidek perasan dan membuang terus niat membuat aksi gusti di sini. Dia membawa Shaera bergegas meninggalkan pondok bas usang itu menuju ke motorsikal dan gerak pulang.

" Eh bro bro! budak tingkatan 4 dah keluar ke belum?", Lelaki itu bertanya kepada Sidek yang dah bersedia untuk memulas throttle.

" Sini sekolah rendah. Sekolah menengah 1km straight dekat sana", Sidek menunding ke arah barat. Kemudian, lelaki itu garu-garu kepala. Sidek ketawa kecil dan memulakan perjalanannya.

Kekalutan Di Teladas.

Sepanjang hidup Khairan, dia belum pernah lagi menyentuh perempuan yang bukan mahram. Tetapi memandangkan Khairan berada di situasi darurat, dia perlu juga menyentuh gadis di depannya.

Dia perlu buat sesuatu pada luka di kepala gadis ini.

Khairan amati wajah gadis itu. Kejelitaannya menarik Khairan jauh ke lubuk hati. Khairan geleng kepala keluar dari lamunan. Dia mengambil sentuh nadi. Gadis ni masih bernafas.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now