XXIV

493 29 19
                                    

Terharu Apabila Sahabat Handai Datang Melawat.

Setelah satu jam lebih perjalanan dari Maran, mereka berempat sampai jua di perkarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Sidek melilau matanya mencari parking. Penuh. Jam menunjukkan pukul 2.22 petang, waktu melawat. Jadi tak hairan kenapa parking disini semuanya penuh.

Dekat tiga minit juga Sidek mencari parking. Dan tiga minit jugalah dia mencarut kerana tertipu dek kedudukan kereta kancil di kotak parking yang agak ke dalam.

Akhirnya, dia mendapat parking berdekatan dengan sebuah pokok. Agak strategik.

Kemudian, tanpa berlengah lagi mereka terus menuju ke ruang legar hospital dan mendapatkan lif. Butang tingkat 7 ditekan, tempat Habibi.

Khairan tenang saja berada dibelakang Sidek dan Ramona pula disebelahnya. Sidek tersenyum-senyum saja bersebelahan Demila.

Sampai saja di tingkat 7, Sidek menekan lama butang buka dan memberi laluan keluar kepada orang yang lebih tua dahulu. Seorang pakcik dan cucu lelakinya memandang Sidek dengan satu pandangan sebak. Tak gaya ganas tapi beradab.

Sidek membalas dengan senyuman. Memahami apa terbuku di hati seorang tua itu.

Kemudian mereka meluru ke pintu Wad Kenanga dan mencari katil Habibi.

" Korang datang? ", Habibi agak terkejut melihat mereka menghampiri katil.

" Mestilah, bro ", Sidek bersalaman dengan Habibi selepas bersalam dengan ayah Habibi. Khairan juga turut bersalaman. Mak dan ayah Habibi beredar dari situ memberi ruang kepada mereka.

" Aku ingat korang taknak datang dah "

" Lu kan operate semalam. Takkan nak lawat terus "

" Jahit luka je. Bukan teruk sangat "

" Kau apa macam okay tak? ", Soal Khairan.

" Boleh la ni. Tak boleh banyak bergerak sangat. Wah, masing-masing bawak makwe. Siot! ", Habibi menjeling Ramona dan Demila.

" Ehh, kau dengan Demila ke Sid? Melepas la aku woi. Sia-sia la aku pergi beli kuih dia setiap pagi ", Tangan Habibi diletak ke dahi. Mereka mengetawakan dia.

" Itu lah. Lain kali datang awal sikit beli kuih ", Kata Sidek sambil sambung ketawa.

Khairan dah faham. Sebagai tanda mengagumi cara Sidek, dia mengangkat ibu jari.

" Lu pehal ni? ", Tegur Sidek melihatkan perlakuan Khairan yang tiba-tiba saja tangan diudara.

" Haha takda apa "

Medan Selera di Hospital.

Khairan membawa dulang yang berisi air teh o ais dua, dan sirap bandung. Lalu diagihkan ke atas meja. Waktu melawat dah habis dan kini mereka singgah sebentar di medan selera. Ramona dan Demila awal-awal lagi dah pergi ke tandas bersama. Tinggal Sidek dan Khairan saja dimana sekarang merenung antara satu sama lain.

" Lu pehal? "

" Rupanya kau dah lama usha Demila ea ", Khairan tersenyum-senyum.

Sidek buat tak tahu sambil menyedut sirap bandung. Nampak agak tak sesuai orang macam Sidek ini minum sirap bandung. Tapi nak buat macam mana. Benda sedap.

" Lu power ah Sid. Diam-diam je buat kerja. Wa caya sama luuu ", Khairan memberi simbol rock.

" Diam la. Gua tengah marah ni. Lunyai Ramdan tu gua pijak balik ni "

" Woo rilekss. Dia dah kena tahan polis dah. Kita nak buat apa lagi"

" Lu tau tak dia tu ada kad merah? Kalau kena tangkap, polis lepas balik "

" Kad merah tu apa? "

" Kad gila. Dia tu gila "

" Ramdan tu gila? Menipu la kau. Takda gaya gila pun "

" Habis ingat orang gila ni macam mana? Berjalan kaki lepastu menjerit 'aku gila' macam tu?"

Khairan garu-garu kepala sambil mata beralih kepada Ramona yang dalam perjalanan menuju ke meja mereka bersama Demila.

Mereka berdua mengambil jalan melintasi taman permainan di luar. Sinaran mentari menembak-nembak wajah Ramona dan refleksinya memantul ke Khairan.

" Woii!", Sidek menampar meja.

" Mende? Terkejut aku "

" Lu suka Ramona kan? Perati je.."

" Ahh takda la ", Khairan bermain ais di dalam cawan.

Demila dan Ramona sampai dan mengambil tempat masing-masing. Ramona disebelah Khairan dan Demila disebelah Sidek. Sidek mengangguk tiga kali. Khairan sedar tu tapi tak amik kisah.

" Kenapa tak Demila tak minum?" Tanya Khairan.

" Taknak la. Saya cerewet sikit. Kalau tak sedap Demila takkan habiskan. Membazir." Jawab Demila.

Sidek mendengar saja. Tak tahu pula dia perincian personaliti ini.

" Kita ada nak pergi mana-mana ke lepas ni? ", Tanya Ramona.

" Starmall jom. Jalan-jalan tengok wayang ke ", Jawab Khairan sambil mendapatkan persetujuan Sidek.

Sidek melihat jam tangannya. Dah pukul dua lebih. Ayahnya, Pak Baba berpesan pulang ke rumah sebelum waktu maghrib. Pulang dengan kereta dalam keadaan baik. Tiada calar. Tiada sebarang kesan kemek.

Masa tu Sidek bersetuju saja apa yang diminta Pak Baba. Kalau tidak melepas la jawabnya bawak Demila berjalan-jalan.

" Starmall dekat area Mentakab. Lepas pada bandar. Jauh beb "

" Jalan-jalan je. Tak payah tengok wayang "

" Aduh, aku ada hal petang ni. Abang Bede mintak apa entah tadi tu semalam.. "

" Alaa, jom la. Demila teringin musing mall tu " Demila bersuara.

" Orait let's go!! ", Sidek berdiri dan menyentap kunci keretanya pantas.

Ramona Di Starmall.

Mereka berempat memasuki mall yang menjadi kebanggaan penduduk Temerloh. Pengunjung tak berapa ramai hari ni. Hanya kelihatan budak-budak sekolah melepak di pintu depan Starmall bersama keinginan menjadi orang yang dihormati kepada orang yang lalu-lalang. Motorsikal masing-masing menjadi tempat mereka duduk dengan gaya yang luarbiasa.

Dan di satu kawasan perjalan kaki berhadapan dengan kedai yang belum dibuka pula, kelihatan budak sekolah yang lebih tinggi darjatnya berbanding tadi. Dimana mereka sedang menghisap rokok dan sudah menanggalkan baju sekolah dan mengenakan baju tshirt bertulisan Police di dada. Salah satu baju kebanggaan untuk budak-budak yang gemar duduk berkumpulan.

Khairan mahu ketawa dengan budaya remaja disini. Tapi ketawanya singkat. Barangkali budaya ini akan merebak ke bandar Maran jika sebuah Mall ditubuh.

Sidek pula merenung satu satu. Kalau dengar saja bunyi tikus, dia serang dan meninggalkan satu kenangan pahit.

Budak-budak disitu kembali berbual sesama mereka dan memandang ke tempat lain.

Sebaik saja melangkah masuk, kedinginan mula dirasai apabila angin aircond menyentuh kulit. Mereka berempat pun memulakan perjalanan. Ramona dan Demila kelihatan akrab. Mereka berjalan berpegangan tangan membelakangi Sidek dan Khairan.

" Ramona kenal ke Demila? ", Tanya Sidek.

" Entah ", Khairan dan Sidek terus berkerut dahi. Ramona nampak biasa tetapi Demila seakan beriya. Takkan tak pernah masuk mall?

" Ramona! Demila! tunggu kejap tau, kami nak pergi tandas", Teriak Khairan lantas terus melangkah bersama Sidek.

Masuk saja di dalam tandas, Khairan menyerang tempat membuang air kecil dan Sidek mendapatkan cermin. Membela apa yang patut. Dari kening, misai yang nipis dan rambut.

Sidek keluar dulu meninggalkan Khairan dan menunggu di luar.

Ramona dan Demila kelihatan terlindung di pintu. Membikin mereka tak perasan kehadiran Sidek.

Sidek terdengar perbualan Demila kepada Ramona. Dia menyorok sedikit dari pintu dan memasang telinga.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now