VII

686 34 0
                                    

Sangkaan Utama.

Buku menebal di atas meja luar halaman rumah. Suasana nyaman dengan awan membiru. Ramona masih menyelak halaman demi halaman buku yang dibaca. Rama-rama yang menyinggah di buku yang lain dibiarnya dengan senyuman. Dia terus menyandar selesa dengan kaki yang disilang.

Ramona mencelik mata. Dia bangkit duduk di tepi katil dan cuba menyimpan mimpi itu.

Timbunan pakaian Sidek yang berada di dalam bakul memberi gangguan Ramona untuk bernafas. Dalam keadaan sakit kepala begini dia memerlukan udara yang segar. Dia perlu ke tandas dulu.

Khairan duduk termenung di meja makan di dapur. Nasi lebihan di periuk nasi semalam dijadikan nasi goreng tidak berhasil. Menyesal rasanya tidak menuntut ilmu dengan Kristina yang pakar dalam segala jenis masakan panas. Sambil menghadap satu pinggan besar nasi goreng yang tak menjadi, Khairan mengeluarkan telefon dan mencari jalan bagaimana untuk dia mendapatkan sarapan.

Kesalan dia tak menuntut ilmu daripada Kristina menjadi lagi kesal apabila terlupa menggunakan jalan mudah dengan membuka Google. Mencari langkah-langkah asas membuat nasi goreng.

Kesal betul yang dialami Khairan sedangkan sebelum ni selalu juga mengguna Google mencari cara-cara permakaian yang cocok untuk ke kelab malam dan risiko-risiko martubasi.

Tetapi semuanya sudah terlambat. Nasi goreng yang sudah siap dimasak ini terlebih masin.

" Hai ", sapa Ramona dari belakang.

" Hai ", balas Khairan sambil terus memerhati Ramona menuju ke tandas. Ramona masih lagi dengan pakaian barainya.

" Apa kata awak mandi dulu. Baju awak tu buang lepastu gantikan dengan baju yang saya bawakan untuk awak " Khairan membuka bicara kepada Ramona yang sudah memasuki tandas.

" Okay ", Jawab Ramona ringkas bersama sedikit senyum.

Dengan pantas Khairan menuju ke bilik Sidek mencari tuala bersih dan diberi pakai untuk Ramona. Baju Kristina dia ambil sehelai bersama seluar trek dari meja tepi katil. Berjaya merangkul persalinan untuk Ramona, Khairan sepak tunjal timbunan baju Sidek dan kembali ke dapur. Kelihatan Ramona menanti di meja makan.

" Kenapa rasa dia macam ni?", Tanya Ramona sambil meletakkan kembali sudu ke bawah. Herot-berot raut wajah Ramona menahan masin.

" Err dah basi! Dah basi! ", Khairan mencapai tudung saji lalu menutup nasi goreng masak garam dia. Khairan menghulur persalinan dan tuala kepada Ramona.

" Ini dia baju dan seluar. Awak mandi dulu okay? Tapi.." Khairan terhenti seketika. " Sebelum tu ada benda yang awak kena buat", Khairan serius.

" Apa dia? ", Ramona mula berasa takut.

" Saya fikir mungkin ada satu benda je yang jadi kat awak"

" Apa?", Ramona menyoal. Persalinannya digenggam kuat.

Khairan tak sampai hati menyebutnya.

"Apa dia?" Sial Ramona lagi.

"Ro..rogol.. Tapi jangan risau! Kita cek dulu.." Khairan memandang tepat Ramona untuk menenangkannya.

" Ehh.. awak cek dulu. Kalau okay, okaylah. " Khairan garu-garu kepala.

" Cek apa? ", Tanya Ramona dengan muka kosong.

" Aduh.. cek la ada darah ke apa ke.. " Khairan terpaksa menunding sedikit.

" Err okay ", Ramona masuk ke bilik air serta-merta.

Mempersoalkan Situasi.

Sidek menghampiri kawasan rumahnya. Kemudian, dia membelok masuk ke halaman rumah dengan penuh tatatertib. Niat mahu menegur Demila akhirnya tercapai. Respon Demila setelah ditegur Sidek pun apa kurangnya. Anggun di wajah Demila tetap terlihat walaupun dia terpaksa mengimbas kembali wajah Sidek semasa mereka pernah berada di satu kelas.

Sidek tahu Demila hanya buat-buat ingat dan berpura-pura mengenali Sidek. Tapi Sidek tak kisah. Demila yang merenung mukanya selama 5 saat itu pun sudah berbaloi dan berharga.

Sebaik sahaja mengambil segala kuih-muih yang dibeli dari bakul motor, Sidek melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menggeleng kepala melihat toto yang tidak dikemas di ruang tamu. Namun tak mengganggu perjalanan ke dapur.

" Haa, ini abang kau dah balik! Sid explain kat Bengoh ni ", Khairan kelihatan gelabah setelah Bengoh menyedari kehadiran Ramona di dalam rumah. Risau juga dianggap tak menghormati berada di rumah orang.

Sebaik saja Sidek meletak timbunan kuih-muih yang dibeli secara borong di atas meja, dia membawa Bengoh ke beranda luar rumah dan menerangkan kejadian yang terjadi kepada Khairan dan Ramona. Sidek tak risau mana. Bengoh percayakannya.

" Aku okay je long, tapi berapa lama perempuan tu stay rumah kita? Nanti apa pulak jiran kita cakap. ", Bengoh mempersoalkan situasi. Sidek pening kepala. Khairan itu kawan dia. Dalam masa yang sama dia perlu menjaga air muka ibu dan bapanya yang sekarang menjalankan umrah.

" Takpa, yang tu biar aku urus. Nanti aku bincang dengan Khairan", Sidek memegang bahu Bengoh.

Lepak Menjamah Kuih.

" Boleh saya tahu nama awak? ", Tanya Ramona. Dia mengambil tempat untuk menyertai Khairan yang sedang runsing. Rambut Ramona masih lagi lembap dan tuala mandi juga masih tergantung di leher. Ramona kelihatan selesa dengan dengan pakaian yang dikenakan.

" Nama saya Khairan Haziq. Err, awak nak makan kuih apa ya? ", Khairan membelek semua beg plastik berisi pelbagai jenis kuih. Boleh tahan nilai murni Sidek ni melayan tetamu setelah satu tahun merantau di Kuantan. Dia berasa terharu lagi-lagi kawan rapatnya itu tak berubah dan lupa diri walaupun sudah lama berada di perantauan. Persahabatannya masih kekal.

" Tak kisah kuih apa. Emm Khairan, nak bagitau something.."

" Ya? ", Khairan memasang telinga sambil membelek-belek kuih muih.

" Dah cek tadi.. "

" Okay ke? "

" Okay kot. Takda darah. Licin je..",

Kedengaran pastik kuih donut bergegar-gegar.

Tak lama selepas itu, Sidek muncul. Dia menarik kerusi di sebelah Khairan yang sedang menghulur karipap sardin kepada Ramona. Ramona mengambil pemberian Khairan walaupun masih mengunyah sandwich. Kuih pelita dan donut di depan dialih dan diganti dengan karipap sardin.

" Apa punya banyak kau beli ni?" Keluh Khairan namun teruja. "Kuih pelita, karipap sardin, popia basah, donut, pulut panggang, sandiwch pun ada haa..", Sambungnya sambil membelek lagi kuih yang selebihnya.

" Aku.. aku memang suka kuih. Kuih muih 4lyfe.. ", Jawab Sidek agak rileks. Cerita di gerai kuih, biar di gerai kuih saja. Biarlah kuih-muih, plastik, pengibas lalat dan lalat saja yang jadi saksi.

" Awak siapa nama ?", Tanya Ramona meleret matanya kepada Sidek.

" Panggil Sid je. Tu Bengoh ", Sidek menunding kepada adiknya yang menyandar di gerbang pintu dapur. Bengoh hanya memberi senyuman.

" Bengoh, aku harap kau paham la ya? ", Tegur Khairan. Bengoh mengangguk kecil dan senyum tanda memahami.

" So awak ingat nama je? Tempat tinggal awak?" Soal Sidek.

" Tak ingat.."

" Kitorang takleh buat apa-apa buat masa ni. Awak IC pun takda dalam purse.." Kata Sidek.

Ramona tersentak sikit mendapat tahu tentang barang-barangnya. Namun, takda ingatan yang muncul.

" Takpa.. buat masa ni. Kita bertenang dulu sampai awak sihat." Kata Khairan.

Mereka sambung bersarapan.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now