XI

657 32 3
                                    

Hajat Bakal Ditunaikan.

Rancangan Maharajalawak Mega tidak menarik minat Ramona menonton dengan khusyuk. Walau giliran kumpulan pistol sekalipun. Ramona asyik menjeling ke arah pintu rumah yang terbuka. Melihat keadaan diluar. Dia pernah minta Khairan keluar ambil angin di luar. Merasa udara segar dan juga cahaya matahari. Tapi Khairan melarang takut disedari jiran sebelah. Ramona hanya akur.

Khairan berada di sebelahnya, tak menghiraukan Ramona yang termenung melihat permandangan luar.

Khairan membiarkannya. Dia sambung fokus punchline-punchline kumpulan Pistol.

Sidek pula entah kemana. Sejak menghantar Shaera ke sekolah, sampai jam sembilan dia masih belum pulang ke rumah. Manakala Bengoh pula masih belum puas berjalan di dunia Narnia. Kalau bukan beradu pun dia sentiasa dalam bilik.

Ramona kembali ke kaca tv. Tampalan steril di dahi Ramona pula sudah ditanggalkan semalam dengan bantuan Khairan. Kelihatan parut segar di dahi Ramona. Namun tidak menjejaskan kecantikan dia. Parut itu juga bukanlah berada betul-betul di dahi, ia berdekatan anak-anak rambut. Ramona boleh menyembunyikan parut itu dengan menjatuhkan sedikit rambutnya. Ataupun memakai topi.

Khairan menjeling Ramona. Hari ini saja dah tiga hari dia terkurung dalam rumah. Bukan sesuatu yang normal bagi manusia.

" Esok kita keluar dari rumah ni", Khairan tiba-tiba bersuara. Ramona terus berpaling ke Khairan.

" Pergi mana? ", Riak muka Ramona sedikit berseri.

" Stay rumah saya pulak, kat sini tak boleh dah sebab minggu depan mak ayah Sid dah balik ", Terang Khairan.

" Takpa ke? Mak ayah awak? "

" Okay, macam ni. Ada something awak kena buat.. "

Khairan terus menerangkan langkah yang perlu dilakukan Ramona. Seperti idea Sidek semalam, Ramona perlu berlakon sebagai seorang traveller supaya mak dan ayah Khairan tak banyak soal untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan mempelajari kehidupan berbudaya di sini.

Ramona hanya menganggukkan kepala.

Selepas menerangkan segala yang perlu dan mencipta sebuah biodata palsu ringkas untuk diri Ramona, mereka kembali menonton Maharajalawak Mega di siaran astro warna. Butang playback ditekan Khairan menghala ke dekoder PVR. Rakaman persembahan peserta berkumpulan yang terdiri dua orang itu perlu ditonton sekali lagi. Punchline mereka yang tersembunyi perlu dibedah. Perlu dikaji. Yakni akan menghasilkan kegembiraan buat Khairan.

Ramona pula bingung. Dia menyalahkan keadaanya kerana tak memahami. Kalau bukan kerana hilang ingatan, Ramona akan terhibur dengan persembahan mereka barangkali.

Gangguan Semangat.

Punchcard Habibi bersih dari kelewatan. Dia antara pekerja yang berpengaruh kepada pekerja yang lain untuk mendapat prestasi sebegini. Attitude di tempat kerja sangat cemerlang.

Tapi cemerlang macam mana sekalipun, Habibi tetap tak boleh lari daripada segmen Melodi oleh Kak Ad dan pekerja perempuan yang lain. Menjadi topik membawang. Habibi tenang saja kerana bukan dia sahaja topik mereka. Staff lain pun kena jugak.

Daripada menunggu pekerja lain sampai, lebih baik dia pergi sarapan. Walaupun bukan kebiasaan rutin pagi, Habibi perlu juga mendapatkan sarapan yang berkualiti dimana-mana kedai yang terdekat. Habibi meletakkan kembali punchcard, kemudian menuju ke motorsikal.

Habibi menoleh ke belakang sebelum masuk jalan utama. Side mirror kanan takda hilang semasa mengisi minyak. Berdendam betul Habibi dengan pencuri miskin begitu.

Ramona Di MaranDär berättelser lever. Upptäck nu