Prolog

312 23 2
                                    

Dunia ini penuh rahsia. Rahsia kecil dan besar. Rahsia persoalan baharu mahupun jawapan yang dicari-cari.

   Aku tahu. Sejak kecil lagi aku diajar begini, supaya aku terus berahsia dan membiarkan sesuatu menjadi rahsia.

  Tapi-

  "Haizat!!"

  Terpelanting pennya dek terkejut. Bukunya pula entah ke mana. Namun Harvin tidak rasa bersalah sikit pun; lagi dia ketawa adalah.

  "Hai, Harvin..."

  "Buat apa tadi?"

  "Homework. Kau tak ada homework ke nak kena buat? Asyik nak mengganggu orang je kerja kau." Haizat menolak Harvin, namun dia menyangkut lagi sikunya di bahu Haizat.

  "Nope. Kau mesti tak percaya kalau aku kata : aku dah siap semua homework! YEAH!"

  "Semua?"

  "Ya, semua!"

  "Ha bagus bagus. Pergilah tolong Joshua. Kasihan dia-"

  "I don't need your help, thanks."

  "Ow, kejamnya~!"

  Joshua menanggalkan cermin matanya, terus menyandar di kerusi setelah beberapa lama menunduk di meja, cuba menyelesaikan soalan Kimia.

  "Oh yes. I need your help to SHUT UP. Thank you."

  "Hahaha! You know I won't!" Harvin duduk di kerusi kosong sebelah Joshua, hendak mengganggu lagi rakan cinanya itu. Namun belum sentuh pun tekstil seluar slacknya pada kerusi, ada yang mengganggu.

  "Harvin! Miss Lela panggil!!"

  "K-Kenapa?"

  Ling mengangkat bahu. Harvin menggaruk kepala. Pantas dia ke luar kelas tanpa rela. Haizat mengambil balik buku jurnalnya jatuh di bawah meja.

  Tapi... bukankah lebih bagus jika tiada kerahsiaan di dunia ini? Bukankah rahsia itu seperti penipuan?

  Jujurnya... aku sudah penat.

  Penat aku semua penipuan, juga dengan dunia yang membinasakan ini.

  "Thank God he left." keluh Joshua.

  "No! Kau patut berterima kasih kepada aku! Aku yang panggil Harvin tadi!"

  Ling buat-buat ketawa bangga. Tergelak Haizat memandang Joshua yang hanya menggeleng lemah. Tertanya-tanya, kenapa begitu ramai manusia di sekelilingnya begitu menjengkelkan.

   Aku mahu beritahu semua orang. Aku mahu beritahu mereka semuanya tentang dunia ini, dunia yang membinasakan ini.

  "Ling! Jom turun kantin. Lapar."

  Jeritan Vaani memanggil Ling ke tempatnya semula, di bahagian belakang kelas bersama rakan-rakan baiknya.

  "Tak nak. Malas."

  "Ala... Amalia tak nak, Nur pun tak nak. Siapa nak teman aku ni...?"

  "Pergi saja... bukannya akak kantin tu nak makan kau pun." kata Amalia di meja hadapannya.

  Remaja perempuan India itu memuncung. Dia melihat-lihat sahaja tiga rakannya bertungkus lumus menyiapkan kerja sekolah. Dia sebenarnya menunggu mereka menukar fikiran sebenarnya.

  "Hmm, jomlah." Buku ditutup.

  "Ha? Really? Homework kau...-"

  "Ah, biarlah. Saya tak tahu yang itu, nanti-nanti saya tanya Miss Lela."

  "Berani betul?" ujar Amalia. Nur hanya tersengih. Risau sebenarnya kerana Miss Lela tu pemarah betul. Tapi nak buat macam mana; kimia organik menyakitkan otaknya.

  "T-T-Tak apa kut... Haha! Jom, Vaani!"

  "Jom!"

  Haizat merenung sahaja mereka berdua. Terpaku matanya pada Nur si bertudung hitam, yang berlari kembali masuk ke kelas kerana terlupa beg duitnya.

  "Jaga phone aku tau, Amalia!"

  "Yalah."

  Nur berlari semula kepada Vaani yang sudah menunggu di tangga.

  Aku... hendak beritahu dia juga.

  Joshua sudah pun siap segala kerja sekolahnya apabila Harvin melangkah masuk kelas... dengan muka masam.

  "What's up?"

  "Miss Lela tak masuk kelas hari ni-"

  "YEY!" Serentak satu kelas menjerit.

  "Tapi 'sempena' ujian percubaan STPM bulan Julai nanti, dia bagi homework setebal ini, dan dia suruh hantar sebelum balik."

  Kertas modul berisi tiga set soalan Kimia ditenung mereka semua dengan penuh rasa tidak percaya. Hanya Haizat terkecuali.

  Aku hendak beritahu dia dan mereka rahsia, bahawa di dunia membinasakan ini,

aku jualah pembinasa.

HAIZATWhere stories live. Discover now