Prolog

45 2 0
                                        

Siapa kau?"Jeritan Tan menggegar gudang lama yang berusia hampir 100 tahun.Muka dan badannya berlumuran darah akibat bergelut dengan musuh berpakaian serba hitam..Mayat pengikut-pengikutnya bergelimpangan di sekeliling gudang tersebut.Pistol jenis Walther P99 dihalakan tepat
ke kepalanya.Di saat ini,badannya kaku tatkala menyedari ajal semakin hampir menjemputnya.

"Tolong,jangan bunuh aku!Tolong kasihankan aku.Aku boleh bayar kau berapa banyak kau nak.Sebut je berapa kau nak.Aku boleh bayar,tapi jangan bunuh aku."Rayu tokan dadah tersebut sambil melutut ke lantai.Dia terlalu takut untuk menghadapi maut sehingga tidak mampu berdiri dan tidak mampu mengawal badannya yang sedang terketar-ketar.Lelaki itu memandang dengan perasaan jijik dan menjengkelkan.
"Sampah.."tanpa sekelumit belas kasihan,lelaki bertopeng tersebut menarik picu pistol dengan yakin.Sebutir peluru tepat menembusi tempurung kepalanya.Bunyi tembakan hanya kedengaran perlahan kerana penyenyap pistol bagi mematikan bunyi tembakan.Seterusnya,Dia mengeluarkan sekeping daun terup Ace berlambang "spade" lalu disisipkan di poket baju kemeja lelaki bernama Tan.

Kedengaran sayup-sayup siren polis yang berbunyi manandakan kehadiran polis di kawasan gudang lama tersebut.Lelaki bertopeng tersebut terus keluar dari gudang usang menuju ke kereta yang diletakkan tidak jauh daripada gudang berkenaan lalu berlalu pergi.

A.C.E(On Going)Stories to obsess over. Discover now