Chapter 22: Bilik Air berhantu dan keluarga Yoshiro

147 3 0
                                    

"They already come back. That's girl already come back. I don't know what Fergusson plan. But I need to kill that girl. If she still alive, my life will stay in dangerous." Di dalam mimpi, aku melihat Minami Ken berdiri menghadap tingkap. Namun, cara dia berkata-kata tidak seperti dirinya.

"My Lord, let's me be the one who is kill her." Seorang lelaki yang tidak dikenali bercakap dengan Ken.

"No. I will kill her. I know that I get some complicated. But that is my mistake. If I kill her 17 years ago, maybe I will be powerful person. I cannot let that girl alive. I will kill her throught this boy body." Aku terjaga dari tidur ku. Seluruh tubuhku berpeluh ketakutan.

Aku bangun dari katil ku. Aku melihat semua sahabat ku sedang tidur nyenyak. Di saat itu, aku mencapai jubbah tidur ku untuk membalut tubuhku yang berpakaian gaun tidur. Aku keluar dari bilik dan pergi ke sebuah tempat yang membolehkan aku menenangkan diri. Mataku melihat bulan yang mengambang.

"Kau tidak sepatutnya berada di sini pada waktu sebegini." Kata Roosevelt Evan yang hadir bersama lampu suluh.

"Professor Roosevelt Evan, sebenarnya Professor sudah tahu yang Ken dikuasai oleh The Dark Lord." Professor Roosevelt Evan tersenyum kepada ku.

"Sejujurnya, pada usianya 13 tahun, dia datang ke The School of Magic sebagai Minami Ken. Tetapi setelah dua tahun dia di The School of Magic, saya perasan akan perubahannya. Hanya jasad sahaja Minami Ken tetapi bukannya roh. Jika rohnya ialah Minami Ken, dia tidak akan berani menentang saya. Namun, ada sesuatu yang Ken pernah katakan kepada saya sebelum dia dikuasai oleh The Dark Lord. Dia kata walaupun dia mempelajari magik, tiada apa yang boleh menandingi kau. Dia lebih sanggup mencapai bulan di langit berbanding kepercayaan kau. Walaupun dia tidak menyebut nama kau, tetapi saya tahu orang yang disebutnya ialah kau. Ken amat menyukai kau. Jika tidak, gambar kau tiada pada Ziel Darco."

"Jadi yang membawa gambar saya di sekolah ini adalah Ken?" Sekali lagi Professor Roosevelt Evan mengangguk.

"Ken amat menyukai kamu. Dia menyukai kamu dari kamu kecil lagi. Namun kerana keangkuhannya, kau membencinya. Ken juga pernah memberitahu saya yang dia mencemburi Takao kerana Takao dan kamu mempunyai keistimewaan yang sama. Saya rasa Ken sudah tahu yang kamu berdua merupakan mage."

"Mungkin dia perasan tentang hal itu memandangkan Takao selalu sahaja menggunakan sihir tanpa dia sedari."

"Pada masa itu, Takao tidak tahu yang dia mage. Apabila dia marah dan sedih, kuasa magik akan keluar secara automatik memandangkan keluarganya juga mage. Lucinda, hanya kau sahaja yang boleh menyelamatkan Ken. Selamatkan Ken daripada The Dark Lord. Walaupun dia manusia tetapi Minami Ken masih lagi seorang pelajar yang saya sayang." Kata Professor Roosevelt sambil memegang tangan ku. Aku membisu. Kemudian, Professor Roosevelt Evan pergi meninggalkan aku seorang diri.

Pada pagi itu, sekitar jam 9, dalam perjalanan hendak ke kelas, Izanagi menarik tangan ku. Tanpa berkata apa-apa, Izanagi membawa aku ke suatu tempat. You must be come meet me if you want one life save.-Lucinda Fergusson- Tulisan berdarah di dinding. "Abang kau sudah menceritakan kepada kami semua tentang keluarga kau. Nama sebenar kau ialah Lucinda Fergusson. Sebab itulah aku membawa kau ke sini." Kata Izanagi. Kemudian, aku melihat magewave Hikari berada berhampiran dengan dinding yang terdapat tulisan berdarah.

"Izanagi, kau ada nampak Hikari?" Soalku.

"Ada. Tetapi dia kelihatan pelik. Dia tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku fikir mungkin dia datang bulan." Jawab Izanagi.

"Rahsiakan daripada semua orang, terutama Tadashi dan Takeru. Ada sesuatu yang berlaku kepada Hikari." Kataku sambil menggenggamkan magewave Hikari.

Mage (Nightmare) Book 2Where stories live. Discover now