Chapter 11: Kelas pertama di The School of Magic

141 2 0
                                    

Kelas pertama di The School of Magic merupakan kelas Professor McGarret. Professor itu mengajar mata pelajaran geografi. Kami mempelajari keadaan muka bumi dunia mage. Memandangkan pendidikan di dunia mage agak berlainan daripada pendidikan dunia manusia, jadi agak sukar untuk aku memahami sistem pendidikan. Tambahan bahasa yang digunakan di dunia mage lebih kepada bahasa inggeris. Aku percaya kesukaran yang aku alami bukan hanya aku yang rasai tetapi sahabat-sahabat ku juga.

"Oh my god, I could died!" rungut Takao.

"Bahasa Inggeris membuatkan aku lemah. Aku tidak faham satu pun yang dikatakan oleh Proffesor McGarret. Nama macam watak Hawaii Five-O." Rungut Tadashi.

"Di dunia magik, mereka lebih menggunakan bahasa Inggeris. Kamu rasa semua buku yang aku dapat pada 6 tahun lalu tulis dalam bahasa Jepun?" Soalku sambil melonggarkan tali leher.

"Tetapi kau mahir berbahasa Inggeris. Berbeza daripada aku." Balas Tadashi.

"However, it is not bad." Kata Kiyoko.

"Wah, Kiyoko sudah pandai berbicara inggeris." Ejek Tadashi.

"Aku sudah lama tahu berbahasa Inggeris." Bias Kiyoko.

"Selepas ini kita tiada kelas, kan?" Tanya Izanagi.

"Ada. Kelas memantapkan kuasa tongkat sakti, Professor Parkin" Jawab Takao.

"Let's go before we're late." Ajak Izanagi. Aku hanya ikut mereka semua.

Lima orang kami bergegas ke kelas Professor Parkin. Nasib kami sangat baik kerana tiba tepat pada masa. "Welcome new students." Ucap Professor Parkin. Lima orang kami hanya memberi tunduk hormat sahaja. Namun, ada sesuatu yang membuatkan aku kurang selesa. Professor Parkin terus melihat mataku. Pandangannya membuatkan aku kurang selesa.

"Miss Yoshimura, don't look at me like that. Please sit so I can start my lesson." Kata Professor Parkin. Aku hanya mengangguk dan duduk di sebelah Izanagi.

"Today, we will study how to use Ligtenning spell. Everyone has ward. Try your best to pronounce Cross Lightenning. Make sure your pronouns correct. If not, you will get a bad effect." Kata Professor Parkin. Clap! Clap! Clap! Beliau menepuk tangan. "Let's start." Pinta Professor Parkin.

"Apa benda dia cakap?" Soal Tadashi.

Takao tersenyum. "Dia minta kita cuba menggunakan sihir kilat. Kau harus sebut Cross Lightening dengan sebutan yang betul. Jika tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku." Takao menterjemahkan arahan Professor Parkin kepada Tadashi.

"Nampak macam senang." Kata Tadashi. Aku menggelengkan kepala ku. "Cross Light-ten-ning!" tiada tindak balas dari tongkat. "Cross light-tan-ning" masih tiada tindak balas dari tongkat Tadashi. "Cross Light-tin-ning." Tetap tiada respon.

"Tadashi, bukan begitu." Kiyoko menghentikan Tadashi.

"Jadi macam mana?" Pertanyaan Tadashi seperti mencabar.

"CROSS LIGHTENNING! Sebutan yang betul." Tegur Kiyoko.

"Kalau kau pandai, cubalah. Aku nak tengok." Cabar Tadashi.

"Lihat ini. CROSS LIGHTENNING!" Sekali sebutan, Kiyoko sudah berjaya menghasilkan kilat. Tadashi hanya membuat muka menyampah lalu meletakkan dagu di atas buku.

"Good job, Miss Kaeda." Ucap Professor Parkin. Kaeda tersenyum lebar mendengar pujian. Aku boleh tahu betapa gembiranya Kiyoko. Aku mengangkat kedua-dua belah bahu ku kepada Kiyoko menandakan yang aku tidak kisah.

"CROSS LIGHTENNING!" aku menyebut kalimah itu dan kilat silang pangkah pun terhasil. Itu membuktikan yang aku juga boleh melakukannya.

Selepas kelas Professor Parkin, semua pelajar diarahkan untuk ke dewan makan. Makan tengahari hari kami bersama. Setiap hari hidangan untuk makan tengahari dan makan malam berbeza. Makanan yang disediakan sungguh enak. Aku amat menyukainya. Tambahan spaghetti Carbonara dan chicken wing. Memang makanan kesukaan ku. Rasanya, tinggal di The School of Magic tidaklah seteruk mana. Semuanya okay sahaja. Sesudah sahaja makan tengahari, sebelas orang kami tiada kelas. Itu sangat bertuah kerana akhirnya kami boleh berkumpul.

Keadaan di dunia magik bukan seperti dunia manusia yang boleh berkomunikasi menggunakan telefon bimbit. Sebelas orang kami sangat beruntung kerana masih boleh menggunakan magecom. Sejujurnya, mage berkomunikasi dengan menggunakan surat ataupun burung. Tetapi arus pemodenan di dunia manusia membuatkan sebelas orang kami tidak tahu menggunakan kaedah menghantar surat dengan menggunakan burung. Nampak sangat yang kehidupan kami berbeza. Izumi hadir ke perpustakaan dengan membawa beberapa buah majalah lama. Izumi memaklumkan kepada kami bahawa ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dia kata di dalam majalah ini juga terdapat gambar ibu bapanya. Bukan sekadar ibu bapa Izumi tetapi ibu bapa Tadashi, Izanagi, Kiyoko, Erna, Joe dan aku juga ada. Namun, nama yang dicatit di dalam majalah itu berbeza. Semuanya bernama Inggeris. Aku juga merasakan misteri tentang hal itu. Disebabkan persoalan itu penuh misteri, Izumi cuba untuk meminjam majalah lama. Namun, bahan bacaan itu merupakan bahan larangan. Bahan bacaan yang dilarang keluar dari perpustakaan. Itu menyukarkan kami untuk melakukan siasatan.

Kami pulang ke bilik asrama dengan penuh rasa hampa. Tetapi di dalam perjalanan pulang ke asrama, aku mengingati akan sesuatu. Jika majalah sekolah mempunyai gambar pelajar, itu bermaksud aku boleh mencari gambar Ken. Dari majalah sekolah, aku boleh mengetahui bilakah Ken menuntut di The School of Magic. Aku berlari meninggalkan kumpulan ku. "Emi!" Aku dengar Izanagi menjerit nama ku. Tetapi aku langsung tidak mempedulikan jeritan itu. Aku terus berlari ke perpustakaan. Izanagi pula mengekori ku dari belakang.

Sejurus tiba di perpustakaan, aku mencari majalah sekolah sekitar enam tahun lalu. "What are you doing?" Soal Izanagi.

"To find something." Balasku.

"What are you finding?" Tanya Izanagi.

"Don't forget our main purpose to come here. We need to do something. To stop him from destroy this world." Jawabku. Izanagi terdiam sejenak.

"Are you mean, Minami Ken?" Bisik Izanagi.

"Yes." Balasku sambil membaca majalah sekolah pada enam tahun lalu. Aku membuka majalah itu dan aku mendapati yang Minami Ken memasuki The School of Magic ketika usianya 13 tahun. Yang menjadi persoalannya, siapa yang membenarkan dia mempelajari di kolej ini. "Dia mula belajar di The School of Magic sejak usianya 13 tahun dan dia berhenti belajar pada usianya 15 tahun. Maknanya, Minami Ken menjadi pelajar The School of Magic tidak begitu lama. Adakah dia meninggalkan The School of Magic atau dia dibuang sekolah? Aku perlu tahu." Kata ku kepada Izanagi.

"Ya. Masih ada yang aneh dan pelik." Tambah Izanagi. Kami berdua saling berpandangan antara satu sama lain. itu menunjukkan ada sesuatu yang kami ketahui. 

Mage (Nightmare) Book 2Where stories live. Discover now