Chapter 2: Musibah melanda dunia manusia

225 8 0
                                    

Kejadian misteri yang aku alami itu amat aneh. Namun, tidak ku ceritakan kepada sesiapa termasuklah abang aku, Henri. Magecom dan magewave aku langsung tidak memberi apa-apa petanda yang dunia magik dalam bahaya. Aku menjadi semakin risau walaupun hal yang melanda aku itu sudah dua hari berlalu. Gerhana, Sylvia.... Petanda yang diberi merujuk kepada diri ku. "Emi, kau ponteng kelas lagi?" Soalan itu sudah tentu daripada Izanagi. Aku yang duduk di hadapan piano hanya mendiamkan diri. "Kau selalu berahsia dengan aku. Kau membuatkan aku merasakan diri ku tidak layak menjadi teman lelaki kau." Aku boleh mendengar nada kecewa dari luahan Izanagi.

"Aku mahu menceritakan kepada kau tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya." Jawabku serba bersalah.

"Adakah masalah itu terlalu sukar sehingga kau tidak dapat melafazkan dengan kata-kata?" Soal Izanagi. Aku hanya mengangguk. "Jika kau tidak boleh menceritakan kepada aku, aku tidak akan memaksa kau. Tetapi aku tidak suka melihat wajah kau muram dan pucat begini" Kata Izanagi sambil menyusap pipi ku. Bibir aku hanya diam. Namun, tangan ku bergerak pantas. Tanpa aku sedari, aku memeluk Izanagi dengan erat.

"Aku takut! Aku mengharapkan semua ini mimpi buruk tetapi segalanya benar." Kataku sambil memeluk Izanagi. Tangan ku menggenggam baju kemeja putih Izanagi dengan kuat. Aku boleh pastikan genggaman ku itu akan meninggal kesan kedutkan di baju kemeja Izanagi. Namun, bibir ku masih belum bisa berkata-kata tentang firasat buruk ku.

Selepas waktu persekolahan tamat, Izanagi mempelawakan aku untuk pergi ke taman sakura. Memandangkan sekarang ini musim bunga, bunga sakura pasti banyak berguguran. Idea Izanagi agak bagus. Jadi, aku menerima pelawaannya. Hubungan percintaan aku dan Izanagi bermula pada 24 Disember tahun lepas sejurus aku pulang dari Itali. Aku menyambung pendidikan aku di Milan, Itali selama setahun selepas aku tamat sekolah menengah rendah. Aku pergi ke Milan bukan kerana aku ingin menyambung pendidikan ku di sana. Tujuan aku ke Milan kerana azam aku dan Takao yang mahu menyertai pertandingan muzik di Eropah. Disebabkan muzik, aku dan Takao bersetuju untuk melanjutkan pendidikan di Milan selama setahun.

Di dalam pertandingan itu, aku berjaya menduduki posisi naib johan. Sejujurnya, aku boleh melanjutkan pendidikan ku dalam muzik tetapi aku menolak posisi ku di Milan Music Academy kerana aku ingin mengejar cita-cita ku sebagai doktor. Disebabkan itulah, aku kembali ke Jepun dan menyambung pendidikan ku dalam bidang sains. Takao pula masih dengan muziknya. Aku percaya yang dia melakukan perkara yang terbaik di Milan Music Academy.

Hubungan aku dan Izanagi pula bermula kerana janji yang aku buat. Semasa aku di sekolah menengah rendah, Izanagi pernah menyatakan yang dia suka kepada aku tetapi aku menolak perasaan Izanagi kerana aku ingin pergi ke Milan. Aku berjanji, jika perasaan Izanagi tidak berubah selepas aku kembali ke Jepun, aku akan menerima perasaan Izanagi itu. Ternyata perasaan Izanagi tidak berubah setelah setahun aku meninggalkannya. Disebabkan itulah, aku menerima Izanagi sebagai teman lelaki itu walaupun aku tidak pasti akan perasaan ku sendiri. Kira-kira sudah 5 bulan kami bercinta. Namun, perasaan aku terhadap Izanagi masih belum jelas. Tetapi jika aku mempunyai masalah, Izanagi merupakan orang pertama yang akan aku ingati.

Sekitar jam empat petang, aku dan Izanagi pun tiba di destinasi yang dituju. Taman yang Izanagi bawa itu sangat cantik. Guguran bunga sakura dapat dilihat dengan jelas. "Aku ingin sekali membawa kau ke sini." Kata Izanagi.

"Tempat ini sangat cantik. Aku rasa aku boleh menenangkan diri ku di sini." Balasku kepada Izanagi sambil berjalan menuju ke tebing tali air. Aku duduk di atas tebing itu sambil mendongak melihat guguran bunga sakura.

"Kau pasti menyukai bunga sakura." Komen Izanagi.

Aku tersenyum. "Aku suka semua perkara yang nampak nature kepada aku." Balasku dengan senyuman yang manis. Izanagi hanya ketawa kecil kepada aku. Suasana antara aku dan Izanagi kelihatan amat romantik sekali.

Namun, ketenangan itu tamat tidak berapa lama kemudian. Makhluk berasal dari dunia magik yang sepatutnya telah mati, muncul semula. Aku boleh melihatnya datang dan memusnahkan keamanan dunia manusia. Manusia berlari menuju pelbagai arah. Ada yang lari lintang-pukang demi menyelamatkan diri. Ada yang menjerit ketakutan. Aku boleh melihat suasana yang kucar-kacir di taman itu. Di saat itu, aku melihat Tadashi berusaha sedaya upaya untuk mengalih perhatian makhluk itu. Makhluk itu, iaitu Duncan (seakan-akan) mengejar Tadashi. Dengan motosikal yang berkuasa tinggi, Tadashi memberanikan dirinya untuk menjadi umpan. Akan tetapi, makhluk yang seakan-akan Duncan itu menghilang di dalam satu ruang. Manakala Tadashi pula tidak ketahui ke mana dia menuju.

"Kelihatannya ada sesuatu telah terjadi." Kata Izanagi yang berdiri di sebelah ku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tidak berani memberi komen tentang hal itu memandangkan aku sudah tahu bahawa sesuatu telah berlaku di dunia magik.

Aku meminta Izanagi menghantar aku pulang. Izanagi kelihatannya memahami aku. Sudah tentulah dia memahami aku. Reaksi wajah ku pun sudah cukup menunjukkan yang aku tidak begitu okay dengan keadaan sekarang. Sekitar jam 6 petang, aku tiba di rumah. Sejurus aku tiba di rumah, aku terus berlari ke dalam bilik. Aku ingin sekali menanyakan khabar kepada Eros. Malangnya, aku tidak dapat menghubungi Eros. Persoalan dan kegelisahan terus bermain di fikiran ku.

Mage (Nightmare) Book 2Where stories live. Discover now