"Okaylah Abang Ace dan Abang Edward. Fea dah nak pergi ni."

"Okay." Balas mereka berdua.

"Jumpa lagi." Fea memeluk mereka berdua lalu beredar sambil melambai tangan.

Ace dan Edward hanya membalas lambaian itu.

"Ace.. Aku rasa kita patut pulang." Cadang Edward.

"Kenapa pula?" Soal Ace.

"Ntahlah... Aku rasa aku ternampak Luna tadi masa kita bersembang dengan Fea."

"Aku rasa begitu. Tak pe lah.. Kita pulang dulu. Nanti aku jumpa Luna dan bagi dia ni..." Ace menunjukkan seutas rantai kepada Edward.

"Seriouly??" Edward terkejut.

"Yup." Kata Ace sambil tersenyum gembira.

"Haha..Okay! Jom aku pun nak jumpa Fiona juga." Edward mengekori Ace.

"Amboi...Tak sabar nak jumpa Fiona ye...?" Soal Ace sinis.

"Mestilah..Awek aku kot.." Balas Edward.

Lalu mereka berdua ketawa sambil menuju ke istana.

-----------------------------------------

"Heyy...Luna kenapa ni?" Soal Fiona apabila melihat Luna menangis.

Luna hanya menggelengkan kepala dan terus menangis.

"Haih..Cakaplah kenapa ni?? Mana tahu saya boleh tolong." Fiona ingin membantu Luna.

Tetiba terdengar bunyi ketukan dari pintu bilik Luna.

"Ace?? Edward??" Soal Fiona apabila melihat Ace dan Edward berada di hadapan muka pintu.

"Luna ada?? Saya nak jumpa dia.." Pinta Ace.

Fiona tanpa sebarang bicara terus sahaja menolak mereka berdua keluar.

"Hey.. Kenapa ni?" Soal Edward.

"Lebih baik beritahu saya...Apa yang kamu berdua buat sehingga Luna menangis." Fiona mencekak pinggangnya.

"Mana ada kami buat apa-apa.." Bidas Edward.

"Haih..Kalau macam tu kenapa dia menangis??" Soal Fiona.

"Kami tak tahu.. Tak pe lah biar saya masuk pujuk dia." Ace meminta kebenaran.

Fiona mengangguk lalu memberi ruang kepada Ace untuk masuk ke bilik Luna.

"Awak rasa Ace boleh pujuk??" Soal Fiona apabila melihat Ace memasuki bilik Luna.

"Jangan risaulah..Saya yakin Ace boleh pujuk." Jawab Edward sambil mengusap kepala Fiona.

Manakala Ace ketika itu berada di bilik Luna hanya memerhati gadis kesayangannya ini menangis. Lalu dia mengambil tempat di sebelah Luna.

"Luna..." Ace menegur.

"Pergi dari sini!!" Tengking Luna tetiba.

"H..Hey Luna kenapa ni?"

"Pergi dari sini tak guna!! Semua lelaki sama saja!!" Tengking Luna lagi.

"Beritahu saya kenapa awak marah ni??" Ace menyoal Luna.

"Saya nampak ada perempuan peluk awak..Siapa perempuan tuu!!??"

Ace tergamam. Dia tidak menyangka Luna nampak Fea memeluk dia tadi.

"Luna...I can explain.."

"No!! Get out!!" Luna menghalau Ace.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now