Bab 26

3.8K 182 5
                                    

"Atisya..."

Atisya mengenyehkan matanya berkali-kali. Suara itu begitu amat dikenalinya. Dia membuka matanya namun silauan cahaya yang entah dari mana membuat dia menutup matanya semula. Matanya tidak mampu melawan cahaya itu.

"Atisya..." panggil suara itu lagi.

Atisya menguatkan hatinya. Dia membuka kembali matanya. Saat matanya terbuka kecil, dia perhati keadaan di sekelilingnya begitu gelap. Suram.

"Atisya, kamu sudah sedar," suara itu kedengaran lagi. Lantas dia mencari dari mana datangnya suara itu.

"Aurora?!" Matanya tertancap pada susuk tubuh Puteri Aurora yang berdiri tidak jauh darinya.

Aurora menguntum senyuman paling manis. Di sisinya berdiri seorang lelaki yang dikenalinya. Putera Luther!

"Hamba gembira sekali dapat bertemu kamu lagi. Atisya, hamba sudah kahwin dengan cinta sejati hamba. Tidak lama lagi hamba akan melahirkan anak pertama hasil cinta kami berdua," jelas Aurora begitu gembira sekali.

Atisya memandang pada perut Aurora. Baru dia perasan perut gadis itu memboyot ke depan. Dia menghulurkan senyuman senang. Dia turut merasa gembira dengan perkhabaran itu.

"Tahniah, Aurora! Hamba gembira mendengarnya," balas Atisya, begitu gembira.

Namun keadaan kembali sunyi.  Hilang bayangan Aurora bersama putera Luther. Suram. Atisya kehairanan lalu memandang sekelilingnya.

"Atisya..."

Atisya menoleh ke belakang. Senyumannya melebar bila terpandangkan Mack. Lelaki yang sangat dicintainya dan dirinduinya. Tapi mereka berbeza dunia.

"Mack...hamba rindu sangat dengan kamu,"

"Hamba juga rindu dengan kamu. Selepas apa yang terjadi di antara kita, hamba jadikannya sebuah kenangan yang hamba tidak dapat lupakan. Atisya, pergilah...Hamba tahu kamu sudah menemui cinta sejati kamu. Pergilah bersama dia..."

Atisya terharu terasa mahu menangis. Namun cepat sahaja Mack mendakap tubuhnya dengan erat. Ya, Mack dan Isyraf adalah orang yang sama. Tapi bezanya mereka hanya berbeza dunia. Merekalah cinta sejatiku untuk selamanya.

Atisya tersedar. Matanya liar memandang keadaan di sekelilingnya. Rupanya dia masih berada di hospital. Dia memandang ke sisi. Isyraf masih terlena di tempatnya. Dia mengukir senyum. Bahagia.

"Isyraf, terima kasih sebab setia menunggu saya. Terima kasih juga kerna mencintai saya. Saya tak akan sia-siakan cinta kita berdua," luah Atisya dengan senyuman bahagia.

                  ~THE END~

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now