Bab 21

2K 117 0
                                    

Isyraf masuk ke dalam wad tersebut. Itupun selepas Tuan Hussin memberi dia kebenaran. Kalau bukan Tuan Hussin, tentu dia tidak berada di sini. Syukur juga Puan Rubiah tidak ada di situ. Dia tidak mahu membuat Puan Rubiah marah lagi.

"Atisya...kamu sedarlah...saya datang nak luahkan perasaan saya pada awak. Selama ini saya mencintai awak sangat-sangat. Setiap hari di sekolah saya perhatikan gerak-geri awak tapi saya tengok awak tak pernah sedar kalau saya ada di situ walaupun saya berada jarak yang dekat dengan awak. Atisya, saya tak mengharap awak balas cinta saya...Tapi saya tetap mencintai awak seperti sebelum ni sampailah saya serik untuk mencintai awak," ungkap Isyraf sambil memandang pada Atisya.

Mula-mula dia teragak-agak. Namun tangannya perlahan-lahan mencapai tangan kanan gadis itu.

"Atisya, izinkan saya buat begini...lepas ni saya tak akan ganggu awak lagi,"

Atisya masih kaku. Dia tahu gadis itu tidak akan memberi sebarang  respon sama sekali. Dia perlahan-lahan mendekatkan bibirnya pada tangan gadis itu lalu dikucup penuh kasih.

Isyraf tersedar dengan tindakannya itu. Dia tidak patut buat begitu. Dia melepaskan tangan Atisya lalu dia menjauhkan diri sedikit. Dia serba salah lalu pantas keluar dari situ. Apa kata Tuan Hussin nanti kalau dia dah menyentuh aurat anaknya?

.....

Tuan Hussin menegur Isyraf yang baru keluar dari wad anaknya. Isyraf gelisah.

"Isyraf, kamu jangan risau. Pakcik tahu kamu takut dengan isteri pakcik tapi hari ni pakcik suruh dia berehat di rumah saja. Bila kamu nak jenguk anak pakcik, bagitahu je pada pakcik. Senang pakcik nak berbincang dengan isteri pakcik,"

"Tak apalah, pakcik. Saya tak mahu makcik marah lagi. Lagipula saya salah. Cukuplah hari ni saya jenguk anak pakcik. Terima kasih, pakcik sebab izinkan saya jenguk anak pakcik hari ni. Kalau begitu saya pergi dulu,"

Sebaik sahaja menyalam tangan Tuan Hussin, Isyraf terus melangkah pergi. Tuan Hussin mengaku Isyraf masih ada tatasila yang dijaga baik. Hormat pada dirinya. Dia akhirnya melangkah masuk. Namun kala itu dia ternampak tangan anaknya bergerak-gerak perlahan. Dia laju menghampiri.

"Atisya...anak ayah," panggil Tuan Hussin dengan perasaan syukur yang tidak terhingga.

Dia menangis lagi bila mata anaknya terbuka akhirnya. Ya Allah terima kasih Engkau beri peluang untuk anak aku hidup sekali lagi di dunia ini.

"Ayah..." panggil Atisya begitu lemah.

"Atisya....ayah rindu anak ayah. Syukur Alhamdulillah..."

"Ayah...Isy....raf ma...na?"

Tuan Hussin menangis lagi. Ya Allah terima kasih Engkau pertemukan jodoh yang baik untuk anakku. Tuan Hussin cuba senyum depan anaknya.

.....

SEMINGGU SUDAH BERLALU...

Atisya berjaya berjalan seperti biasa itupun selepas dia menjalani fisioterapi yang dicadangkan oleh doktor Ahmad. Atisya senyum lebar pada ayahnya yang berdiri di tepinya.

"Ayah bertuah ada anak macam Atisya. Cepat sembuh sebab ayah dah tak larat nak ulang-alik dari kerja ayah ke hospital,"

"Apalah ayah ni...tak ikhlas! Allah kata bila kita melakukan sesuatu kita kena keikhlasan. Ayah tak ikhlas sebab tu lah Atisya lambat nak berjalan kembali. Yalah kan Atisya dah lama tidur di atas katil," rajuk Atisya namun diselitkan pengajaran di situ.

Tuan Hussin hampir nak tergelak. Bukan dia tidak ikhlas. Dia ikhlas cuma siapa tak letih asyik nak ulang-alik untuk menjenguk anaknya di hospital. Tambahan pula tempat kerjanya bukannya dekat.

"Ayah ikhlas tapi tolonglah ayah tak berdaya lagi, Atisya..." balas Tuan Hussin sambil membuat lagak sakit di tulang belakangnya.

Atisya tergelak akhirnya.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now