Bab 14

2K 117 0
                                    

"Selamat pagi!" Sapa Atisya begitu gembira.

"Selamat pagi..." balas Aurora begitu gembira sekali sambil menghalakan pandangannya pada Atisya.

Atisya duduk di tempatnya seperti biasa. Dia mencapai sudu. Bubur kacang di hadapan begitu menyelerakan. Dia tahu ibu-ibu pari itu berusaha untuk memasak bubur tersebut untuk Aurora. Aurora pula tidak pernah mengeluh. Atisya tersenyum.

"Kenapa tidak makan, Atisya? Tidak sedapkah?" Tegur ibu pari yang memakai pakaian berwarna oren kekuningan.

"Sedap, ibu! Hamba rasa nak tambah lagi lepas ini!" Kata Atisya dengan wajah ceria lalu menyuapkan sesudu bubur kacang itu ke dalam mulutnya.

Selesai makan, Aurora mengajaknya mencari kayu rotan. Itu pun disebabkan ibu-ibu pari menyuruh mereka. Mereka sengaja berbuat begitu lagipula Atisya dah tahu rancangan mereka.

......

Atisya sentiasa senyum. Entah dia rasa gembira sekali hari ini. Dia hanya mengekori Aurora dari belakang. Setiap perjalanan, mereka mengutip kayu yang sudah remuk dimakan anai-anai.

"Selepas ini kita pergi main...ibu tidak akan marah dengan kita," cadang Aurora begitu teruja sambil memerhatikan Atisya yang sedang mengutip tiga batang kayu rotan.

"Baiklah..." balas Atisya bersama senyuman di bibir.

Mereka meneruskan perjalanan mereka. Atisya sebenarnya tidak sabar untuk bertemu dengan Mack. Entah seolah sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu sedangkan baru kemarin mereka bertemu empat mata. Itupun dia sudah salah faham tentang lelaki itu.

"Atisya!!!" Jerit Aurora tiba-tiba di hadapan.

Aurora tercenggang. Dia terpandangkan perangkap kayu yang terlepas menghala padanya. Saat itulah seseorang telah menolak tubuhnya begitu kasar sekali. Mereka tergolek jatuh ke bumi. Atisya ingin marah namun bila terpandangkan Mack dia terus terdiam. Lidahnya kelu secara tiba-tiba.

"Atisya, kamu tidak apa-apa?" Laju Aurora bertanya.

Atisya bangun lalu menjawab," Hamba baik-baik sahaja"

Namum tika itu Atisya terpandang pada tangan kanan lelaki itu yang tercedera. Atisya pantas memeriksa tangan lelaki itu namun Mack pantas melarikannya. Dia tidak mahu Atisya risau tentang keadaan dirinya.

"Tangan kamu luka, Mack. Tolong izinkan hamba untuk memeriksanya," rayu Atisya tidak mahu mengalah.

Mereka duduk pada sebatang pokok yang tumbang. Aurora hanya jadi pemerhati mereka berdua. Atisya bertindak laju mengoyakkan sedikit lengan baju lelaki itu. Darah pekat mula mengalir keluar. Atisya mengoyak sedikit kain yang dipakainya itu lalu diikat pada lengan Mack. Mack begitu terpegun dengan setiap tingkah laku gadis itu yang begitu ambil berat tentangnya.

Selesai sahaja, Atisya terus memandang pada Mack. Mata mereka bertembung dan kala itu satu perasaan indah muncul di antara mereka. Namun mereka tersedar bila Aurora berdeham.

"Atisya, mari kita pulang!" Ajak Aurora.

"Mack, terima kasih sebab selamatkan hamba tadi," ucap Atisya bersama senyuman di bibir merahnya.

Mack hanya menghulurkan senyuman paling ikhlas. Atisya laju mengekori langkah Aurora yang jauh di hadapan.

.....

Aurora berlari laju mendapatkan kawan binatangnya. Sudah lama mereka tidak bermain di tempat itu di bawah pokok. Seperti biasa Atisya duduk lalu bermain bersama arnab betina sebelum ini. Arnab betina itu kegelian bila diusap begitu banyak kali membuat Atisya tidak dapat tahan gelak. Begitu lama di situ namun Aurora tidak mengajaknya pergi bermain ke tempat paya.

"Atisya, mari kita pergi. Ibu pari itu tentu tengah tunggu kita di sana,"

Atisya tersenyum gembira. Laju sahaja langkahnya menyaingi langkah Aurora. Dia tidak sabar untuk bertemu Mack dan dia mungkin akan meluahkan perasaannya pada lelaki itu. Namun sampai di tempat paya tersebut, Atisya tidak nampak akan kelibat Mack di situ. Hanya Maleficent yang duduk di akar pokok bakau sambil memerhati Aurora bermain di dalam lumpur.

Atisya mengeluh kecil. Hampa. Lelaki yang ditunggunya tidak kunjung tiba. Atau mungkin lukanya bertambah parah? Kesian, Mack....Sepanjang petang itu, Atisya hanya memerhati Aurora bermain. Dia duduk di tempat biasa sambil fikirannya menerawang jauh ke hadapan.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now