Bab 6

3K 142 0
                                    

Atisya cepat tersedar. Mimpi tadi seolah benar-benar berlaku kepadanya. Nafasnya juga tercungap. Apa sebenarnya terjadi kepadanya? Perempuan berusia itu mungkin ibunya. Tapi kenapa dia menangis bagai tak cukup oksigen pula? Dan tubuh siapa yang terbaring tak sedarkan diri itu? Atisya memandang ke luar jendela. Dah nak pagi dah.

......

"Selamat pagi, Atisya," sapa Aurora di meja makan pagi itu.

Atisya hanya menghulurkan senyuman lalu duduk di tempatnya. Pagi ini mereka hanya bersarapan dengan buah-buahan. Minumannya pula daripada jus buah tersebut. Atisya semakin hari semakin memahami permakanan mereka di situ.

"Makanlah..." kata ibu pari yang memakai pakaian berwarna biru.

Atisya mencapai setangkai pisang lalu dibuka kulitnya. Dia sempat mencuri pandang ke arah ketiga-tiga ibu pari tersebut. Tentu mereka sudah merancang untuk menyambut ulangtahun Aurora yang ke-15 tahun.

"Atisya, selepas ini kamu temani hamba menuju ke hutan untuk ambil kayu rotan. Di dapur kita kekurangan kayu rotan,"

"Baiklah," ucap Atisya sambil memandang pada Aurora.

Selesai makan, Atisya cuba membantu ibu-ibu pari tersebut mengemas meja makan mereka. Aurora menghilang sekejap menuju ke dalam biliknya.

"Tidak perlu susahkan diri kamu menolong kami bertiga, Atisya. Ini sudah menjadi tanggungjawab kami. Lagipula kami harus hormat pada kawan Aurora," kata ibu pari yang memakai pakaian berwarna oren kekuningan begitu merendah diri.

"Tolong jangan pandang hamba begitu tinggi. Hamba tetap orang biasa. Oh ya hamba tahu siapa kamu bertiga. Kamulah ibu-ibu pari Aurora yang sebenarkan..."

"Macammana kamu tahu, Atisya?" Cepat ibu pari yang memakai pakaian berwarna hijau itu menyoal.

Ketiga-tiga mereka begitu sangsi dengan Atisya. Rahsia mereka dah terbongkar. Dan siapa Atisya sebenarnya? Bagaimana dia tahu?

"Hamba rasa hamba datang dari zaman moden. Sebab..."

"Sebab apa?" Pintas ibu-ibu pari tersebut serentak.

"Sebab hamba suka baca buku tentang kisah puteri Aurora yang terkena sumpahan. Lagipula di dunia hamba, semua anggap cerita mengenai puteri Aurora ini bukan cerita yang benar. Mereka percaya ianya cerita fantasi yang hanya direka oleh manusia. Tapi bila hamba berada di zaman ini, barulah hamba tahu ini bukan sekadar cerita fantasi," jelas Atisya begitu semangat sekali.

"Atisya, siapa kamu sebenarnya? Tolong jangan bocorkan rahsia ini pada Aurora. Hamba bertiga merayu pada kamu,"

"Hamba sendiri tidak tahu siapa diri hamba. Hamba hanya ingat nama hamba Atisya. Dan yang lainnya hamba tidak ingat. Jangan risau hamba tidak akan bocorkan rahsia ibu pari bertiga pada Aurora. Mungkin kedatangan hamba ke zaman ini untuk membantu Aurora jauh dari sumpahan tersebut,"

"Maleficent memang kejam. Dia tidak patut memberi sumpahannya pada Aurora. Aurora seorang gadis yang baik. Kasihan dia tidak tahu apa-apa mengenai sumpahan tersebut," cerita ibu pari yang memakai pakaian berwarna biru.

Atisya hanya melemparkan senyuman pada ibu-ibu pari tersebut. Betul, Maleficent memang kejam!

.....

"Aurora!" Jerit Atisya buat ke sekian kali.

Dia hampir nak menangis. Dia dah tersesat di dalam hutan tersebut. Aurora pula dia tidak tahu di mana. Dia melangkah lagi ke hadapan. Kala itu dia terasa seseorang berada di belakangnya. Mohonlah bukan perempuan sihir itu! Atisya perlahan-lahan menoleh ke belakangnya. Namun hanya dia sahaja di situ. Rasa takut mula menyelubunginya. Setiap langkah dia cuba berhati-hati.
Namun lama-lama langkahnya dipercepatkan lalu dia berlari dari kawasan tersebut. Nafasnya sudah tercungap-cungap. Rasa takut telah meracuni fikirannya. Sehinggalah kakinya terlanggar dengan akar kayu membuatkan tubuhnya jatuh ke hadapan menghempap bumi. Sakit yang tidak terperi. Namun dia berusaha untuk bangun.

"Jangan dekat dengan aku!" Jerit Atisya dengan tangisan yang tidak tertahan.

"Jangan takut. Hamba juga seorang manusia seperti kamu," kata satu suara.

Atisya membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang empunya suara tadi. Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam berdiri tegak di hadapannya.

"Kamu siapa?" Soal Atisya masih rasa ragu.

"Nama hamba Mack. Oh, kamu cedera,"

Atisya mengundur sedikit ke belakang bila Mack cuba datang menghampiri. Mack cuba melemparkan senyuman mesra.

"Hamba bukan ahli sihir. Hamba bukan juga orang jahat. Percayalah. Mari, biar hamba tengok cedera di kaki kamu," kata Mack dengan tutur yang masih sopan dan tidak tegas.

"Apa jaminan yang hamba dapat?" Tanya Atisya lagi.

"Hamba tidak akan menyakiti kamu. Percayalah..."

Atisya diam sambil matanya tidak henti memandang lelaki itu. Mack akhirnya datang menghampiri lalu tangannya menyentuh pada kaki Atisya yang cedera. Begitu lama dia memeriksa. Atisya ternanti-nanti.

"Kaki kamu sudah terseliuh. Mungkin disebabkan hentakan pada sesuatu benda yang kuat. Kamu duduk di sini. Mungkin hamba boleh bantu sedikit," ujar Mack sambil melihat pada Atisya.

Mack bangkit lalu berlalu pergi dari situ. Tinggal Atisya seorang diri di situ. Dahlah keadaan hutan itu semakin gelap. Mungkin hari dah nak hujan. Atisya cuba bangun namun terasa tulang kakinya tidak berdaya. Dia terduduk kembali.

"Aurora, kamu di mana?" Tanya Atisya begitu risau.

Dia terkejut bila Mack muncul kembali lalu datang dekat padanya. Di tangannya ada dedaunan yang sudah dihancurkan. Dia hanya memandang lelaki itu mengusap dedaunan itu pada kakinya yang cedera.

"Bagaimana? Dah hilang rasa sakit sedikit?" Tanya Mack.

"Sakit sikit sahaja. Terima kasih," ucap Atisya.

Mack akhirnya turut duduk di situ. Dia memandang ke arah Atisya. Atisya menjauhkan sedikit daripada Mack.

"Apa yang kamu lakukan di sini? Di dalam hutan tebal macam ini? Bahaya berada di dalam hutan dalam keadaan kamu macam ini,"

"Hamba tidak pergi sendiri. Hamba menemani kawan hamba untuk cari kayu rotan. Tapi hamba rasa hamba sudah tersesat. Hamba tidak tahu kawan hamba ada di mana," cerita Atisya cuba memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Mungkin kawan kamu sekarang berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Mungkin kawan kamu tengah cari kamu,"

"Bagaimana kamu tahu kawan hamba baik-baik sahaja? Kamu siapa sebenarnya? Ahli sihir?"

Begitu banyak Atisya mengajukan soalan pada Mack. Mack tergelak suka. Dia sebenarnya geli hati dengan tingkah laku Atisya.

"Kamu siapa?"

Mack masih ketawa. Atisya mula rasa takut lalu dia pantas bangkit. Namun dia terlupa kakinya masih sakit. Dia mengadu sakit membuat badannya tidak seimbang. Mujur Mack bertindak pantas lalu menyambut tubuh gadis itu. Tapi sebaliknya pula berlaku. Bukk!

Mereka saling berpandangan mata. Tubuh Atisya telah menghempap tubuh Mack. Hanya mereka berdua sahaja faham perasaan mereka bila berkeadaan macam itu. Jantung pula terus berdegup laju.

"Atisya,"

Atisya bagai tersedar lalu berdiri dengan betul namun sakit di kakinya membuat dia terjatuh lagi. Tapi kali ini Mack laju membantunya berdiri. Aurora di depan dipandang.

"Rupanya kamu di sini. Mack, kamu buat apa di sini...bersama Atisya?" Soal Aurora begitu pelik.

Atisya bertambah tercenggang. Aurora kenal lelaki itu? Mumgkin dia putera raja itu? Tapi mengapa dia berpakaian serba hitam?

"Hamba dengar suara kawan kamu menjerit. Sebab itulah hamba datang dan terjumpa dia. Dia cakap dia sesat sebab itu hamba temani dia lagipula kaki dia cedera. Aurora, hamba tidak boleh tinggalkam dia seorang diri di sini. Hari pun sudah nak hujan," jelas Mack cuba menutup rasa gugup.

Aurora senyum lebar. Dia mendekati mereka berdua. Dia memeriksa kaki Atisya yang cedera itu. Betul kata Mack.

"Tapi mana ibu pari hamba?" Soal Aurora sambil memandang pada Mack.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ