Bab 18

2K 120 0
                                    

Atisya tersedar. Dia cuba bangun. Dia terbatuk-batuk kecil. Dia terasa kesakitan pada perutnya. Dia memandang keadaan di sekelilingnya. Kala itu dia terkejut bila ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya di situ.

"Kamu sudah sedar...Bagaimana perut kamu? Masih sakit?" Tanya lelaki itu begitu ramah.

Atisya diam membisu. Dia begitu pelik dengan sekelilingnya. Tiba-tiba dia teringat pada Aurora.

"Mana Aurora? Di mana dia?" Soal Atisya tidak sabar pada lelaki itu.

"Tenang. Dia selamat,"

Atisya bangun. Rupanya mereka berada di hadapan air terjun. Pemandangan di situ sungguh mengasyikkan sekali.

"Atisya, kamu sudah sedar..."

Aurora muncul dari entah datang menghampirinya. Atisya melihat pada kaki kiri gadis itu yang berbalut dengan kain.

"Terima kasih sebab selamatkan kami berdua. Aurora, mari kita pulang. Hari pun sudah nak petang," kata Atisya sambil memandang pada Aurora.

Aurora sedikit terkejut dengan kata putus dari Atisya. Wajahnya terus bertukar muram.

"Oh perkenalkan hamba..."

"Tidak payah. Aurora, mari kita pulang sekarang," pintas Atisya begitu serius.

"Atisya..."

"Jadi kamulah Atisya...Aurora selalu cerita tentang kamu pada hamba. Hamba begitu gembira bertemu kamu hari ini," pintas lelaki itu dengan nada ceria.

Atisya semakin pelik. Dia laju memandang pada Aurora. Apa maksud lelaki itu?

"Atisya, ini kawan hamba, nama dia Luther" Aurora memperkenalkan Luther pada Atisya.

"Kawan?! Sejak bila?! Aurora, tolong jangan percaya pada lelaki ini. Kita baru sahaja bertemu dia tidakkan kamu terus percaya dengan dia?!" Jelas Atisya dengan nada risau di situ.

"Atisya, sebenarnya kami berdua sudah lama kenal. Hamba yang jumpa dia waktu dia mengembara mencari arah ke istana. Jadi hamba yang tunjukkan. Masa itulah kami berkawan dan saling kenal," cerita Aurora cuba menyakinkan Atisya di hadapannya.

Atisya diam. Dia melihat pada Luther yang berada di sebelah Aurora. Diperhatikan setiap unci wajah lelaki itu. Klik! Baru dia ingat lelaki inilah yang bertemu dengan Aurora tiap malam tiga hari lalu. Kenapa dia tidak perasan langsung? Sebab lelaki itu memakai topi.

"Maafkan hamba..." ucap Atisya begitu ikhlas.

"Tidak apa. Hamba juga bersalah sebab tidak perkenalkan diri hamba pada kamu," balas Luther dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya.

Aurora turut tersenyum. Sekurangnya dia tidak perlu menjelaskan apa-apa pada Atisya lagi tentang lelaki itu yang menjadi pujaan hati dalam diam.

.....

Atisya menarik kuda yang menjadi kesayangannya lalu diikat pada pokok di situ. Aurora juga begitu. Seekor lagi mereka berikan pada Luther. Luther sekarang mungkin sudah sampai di tempat tinggalnya.

"Atisya, terima kasih sebab percayakan hamba," ucap Aurora dengan senyuman manis.

"Sudah tentulah hamba percayakan kamu sebab kamu kawan hamba. Marilah kita masuk nanti bising pula ibu-ibu di dalam,"

Mereka berdua melangkah mendekati pintu masuk rumah tersebut. Atisya tersenyum pada Aurora. Dah agak ibu-ibu pari itu sudah bising tentang mereka. Laju tangan Aurora menolak pintu itu. Di ruang tamu kecil itu ibu-ibu pari berkumpul. Wajah mereka mempamerkan wajah risau.

"Aurora...Atisya..."

Mereka laju meluru ke arah Atisya dan Aurora. Mereka perasan akan kaki kiri Aurora yang cedera itu. Bertambah risau di hati mereka. Mereka cepat menyuruh Aurora duduk di kerusi. Atisya hampir tergelak kerana geli hati namun cuba ditahan.

"Ibu, hamba baik-baik sahaja. Kaki hamba hanya luka sedikit sahaja," kata Aurora cuba menyakinkan ibu-ibu pari tersebut.

Atisya tersenyum lebar. Bahagia bila tengok mereka berempat seperti itu. Tapi itu semua hanya sementara. Aurora pasti akan kembali kepada asalnya. Dia tetap puteri raja. Dan ibu-ibu pari itu pula pasti kembali pada pari-pari kecil. Semuanya sementara.

"Kalau begitu hamba naik ke atas nak berehat sekejap," kata Atisya pada mereka.

Atisya senyum. Dia pun berlalu menuju ke tingkat atas. Di pintu biliknya dia bersandar. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangisannya. Dia tidak tahu apa akan terjadi sekiranya ingatan pulih. Dia pasti merindui segalanya dia lalui di sini. Dan Mack...Dia menangis lagi.

......

Atisya tersedar. Dia bangun perlahan-lahan. Perutnya mula terasa senak. Dia mengadu sakit. Dia duduk menyandar pada sisi katil tersebut.

"Mama...ayah...Atisya rindu..." luah Atisya bersama linangan air mata.

Dia menangis lagi. Kali ini dia tidak dapat menahannya lagi. Isyraf...aku rindu kamu...

Baru dia ingat lelaki itu. Ingatannya semakin pulih. Namun hanya satu sahaja dia perlu tahu. Kenapa mereka menangisi tentang dirinya? Dan siapa yang terlantar di atas katil pesakit itu?

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat