Bab 24

2.2K 126 1
                                    

"Class dismiss!"

Terus suasana di dalam kelas itu jadi hingar-bingar. Cikgu Ayesha sudah berlalu pergi. Atisya menyimpan buku-bukunya di dalam begnya. Selepas ini dia ada kelas Biology. Dia kena pergi ke kelas A21 yang terletak di bangunan sebelah. Maklumlah sekolah Besar Halim memang besar. Sekolah ini mempunyai tujuh bangunan dan setiap bangunan di beri nama A dan setiap kelasnya diberi nombor mengikut urutan.

Atisya bangun lalu menyandang begnya. Fail Biology di peluk erat lalu dia beredar keluar dari kelas itu. Dia berjalan menuju ke destinasi yang seterusnya. Di bahu walk way, dia bertembung dengan Isyraf. Dia tidak tahu nak buat apa lalu dia hanya menghulurkan senyuman mesra. Namun senyumannya di balas dengan wajah serius lelaki itu. Dinginnya...

Atisya meneruskan perjalanannya. Jantungnya berdegup bila bertentang mata dengan Isyraf tadi. Sah memang dia jatuh cinta dengan lelaki itu tapi kenapa Isyraf dingin dengannya?

"Atisya!" Jerit seseorang di belakangnya.

Atisya cepat menoleh. Bila terpandangkan Afina, dia terus meneruskan langkahnya menuju
Ke bangunan di hadapan matanya. Laju kakinya mendaki anak tangga. Tidak sanggup dia bersua muka dengan perempuan itu.

"Atisya, tunggu aku. Kita kan satu kelas!" Laung Afina lagi sambil mempercepatkan langkahnya.

Atisya tidak menghiraukan kata-kata Afina. Sebaliknya dia terus berjalan tanpa berhenti. Buang masa dia sahaja melarikan diri dari Afina sedangkan bukan dia yang salah pun. Akhirnya Atisya mengalah lalu berhenti. Dia harus bercakap dengan Afina.

"Letihnya aku kejar kau, Atisya...Semput dah nafas aku!" Kata Afina bila dia akhirnya dapat menghampiri Atisya.

"Aku dah kata sebelum ni kan...kita bukan kawan lagi. Aku dah tahu rahsia kamu. Kalau aku boleh putar balik masa aku, aku tak akan berkenalan dengan kau juga Aliysa. Dahlah...jangan kacau aku lepas ni. Biar aku seorang diri dan aku tak akan repot segala kesalahan kau dengan Aliysa pada polis. Kita dah settle!"

Serentak katanya itu, Atisya terus masuk ke dalam kelas A21. Tinggal Afina tercegat di situ dengan wajah pucat. Dia bagai tak percaya langsung. Betul ke Atisya tahu rahsia mereka?

.....

Isyraf mengeluarkan buku dari begnya lalu membawanya masuk ke dalam perpustakaan dalam. Dia sempat melemparkan senyuman pada makcik yang berdiri di kaunter. Dia akhirnya duduk di meja kosong. Bising pula perpustakaan hari ini sebab ramai orang mengunjunginya. Isyraf mula mengulangkaji beberapa topik dalam subjek Geography.

Saat dia cuba mencapai pensilnya, matanya masih fokus pada nota di atas mejanya. Dia tak perasan beg pensilnya berada di hujung meja dan akhirnya jatuh bertaburan di atas lantai. Isyraf mengeluh kecil namun iu silapnya juga.

Dia berdiri lalu mengutip semua pen dan pensil kepunyaannya. Namun kala itu seseorang membantunya. Isyraf memandang di depannya. Gadis itu tersenyum ke arahnya. Isyraf meletakkan beg pensilnya di atas meja lalu dia kembali duduk di kerusinya tadi.

"Boleh saya duduk di sini? Sebab...meja dah penuh," pinta Atisya begitu sopan.

Isyraf tidak memberi sebarang respon pada gadis itu. Dia masih fokus pada ulangkajinya.

"Boleh saya..."

"Shhhh!" Tegur Isyraf dengan wajah serius.

Atisya senyum kelat. Dia akhirnya duduk di depan lelaki itu. Dia membuka buku nota yang dipinjamkannya dari kawan sekelasnya tadi. Namun matanya begitu khusyuk menatap wajah lelaki itu. Begitu asyik menatap setiap inci wajah tersebut. Hensem juga kau! Namun bila mata lelaki itu memandang ke arahnya, laju sahaja Atisya melarikan matanya lalu pura-pura menatap buku nota dibukanya tadi. Dia tidak perasan Isyraf tersenyum dengan keletahnya itu.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now