Bab 11

2.1K 124 0
                                    

Puan Rubiah memandang ke arah anaknya begitu lama. Bunyi pernafasan anaknya itu sahaja kedengaran di ruangan itu. Sudah lebih sebulan anaknya tidak sedar dan selama itu dia masih setia menanti berharap anaknya cepat sedar dari koma.

Tangan anaknya itu digenggam erat. Wahai anakku, sedarlah engkau, nak...mama di sini menanti kau sedar. Mama rindu nak dengar gelak tawamu, nak...

Waktu itulah dia terdengar pintu wad anaknya itu ditolak dari luar. Puan Rubiah menoleh lalu menghulurkan senyuman pada Isyraf.

"Assalamualaikum, makcik..." sapa Isyraf dengan senyum hambar.

"Waalaikumussalam...duduklah, Isyraf," ajak Puan Rubiah begitu mesra layanan yang diberikan pada anak muda tersebut.

Isyraf teragak-agak namun dia duduk juga. Matanya memandang pada Atisya. Puan Rubiah di hadapannya tidak dihiraukannya. Dia datang sini hanya untuk melepaskan rindunya. Dia rindu pada Atisya yang dulu yang sentiasa ceria. Namun hari-harinya kini hanya memandang pada sekujur tubuh yang bagai tak bernyawa.

"Kalau makcik nak tanya sesuatu boleh ke?"

"Nak tanya tentang apa, makcik?" Soal Isyraf lalu mengalihkan pandangannya pada Puan Rubiah.

"Makcik bukan nak masuk hal kamu. Tapi makcik nak tahu je apa hubungan kamu dengan anak makcik? Yalah kan makcik tak pernah dengar anak makcik cerita pasal lelaki pada makcik,"

Isyraf terus terdiam membisu. Berat hatinya untuk berbohong lagi. Setiap pembohongan yang dilakukannya hanya membuat hatinya sakit sendiri.

"Isyraf, maafkan makcik kalau makcik dah buat hati kamu tergores..."

"Tak, makcik...Makcik tak bersalah. Saya yang bersalah, makcik. Sebenarnya...saya bukan kawan dengan anak makcik. Tapi, memang benar saya kenal anak makcik waktu sekolah rendah lagi. Anak makcik tak pernah kenal saya mahupun menyedari kewujudan saya. Tapi saya mohon, makcik...tolong izinkan saya mencintai anak makcik," kata Isyraf separuh merayu mengharapkan orang tua itu tidak membencinya.

Terbuntang mata Puan Rubiah memandang Isyraf. Sayu hatinya bila dirinya ditipu oleh anak muda tersebut. Sakitnya kepercayaan yang diberikan dibalas dengan pembohongan. Buat apa dia nak terus menyuruh lelaki itu menjenguk anaknya kalau anaknya tak pernah tahu tentang dia?

"Isyraf...makcik tak nak lagi tengok muka kamu di sini. Berani sungguh kamu membohongi makcik selama ini sedangkan makcik begitu percaya pada kamu. Kamu pergi sekarang! Pergi!" Jerit Puan Rubiah dengan nada marah.

"Makcik, saya minta maaf...saya..."

"Pergi dari sini! Makcik tak nak tengok kamu datang ke sini lagi. Jangan jenguk anak makcik lepas ni!" Puan Rubiah sempat menyampaikan amaran pada Isyraf.

Isyraf mengeluh hampa. Melihat Puan Rubiah yang melempiaskan marahnya itu membuat peluangnya untuk bersama Atisya semakin tipis. Matanya sayu memandang pada Atisya untuk kali terakhir. Air mata laju mengalir di pipi lalu pantas dikesatnya.

"Makcik, sebelum saya pergi saya nak minta ampunan dari makcik. Saya betul-betul mencintai Atisya tapi saya tahu makcik tak sudi nak memandang saya macam dulu. Jadi saya akan pergi dari sini. Terima kasih atas segala layanan makcik dan pakcik terhadap saya sebelum ni. Selamat tinggal, makcik dan selamat tinggal, Atisya...."

Selepas selesai menuturkan kata terakhirnya, Isyraf laju melangkah keluar dari situ. Meninggalkan gadis pujaannya selama tiga tahun. Dan akhirnya semua impiannya hancur. Mungkin Atisya bukan ditakdirkan untuk dia.

Puan Rubiah membisu selepas pemergian Isyraf. Tangannya mengeletar menahan amarah. Namun saat matanya terpandang air mata yang mengalir di pipi anaknya itu membuat dia kaget. Terkejut.

"Atisya...mengapa kamu menangis, nak? Kamu benci dengan mama ke? Atau kamu tak suka tengok mama pisahkan kamu dengan Isyraf? Atisya, bangunlah nak...mama nak tahu siapa Isyraf sebenarnya. Kamu suka dia juga ke?" Soal Puan Rubiah begitu mendesak bersama linangan air mata.

Melihat tiada reaksi dari anaknya, Puan Rubiah terus terduduk menangis semahunya. Maafkan mama, Atisya....

.......

Atisya tersedar dari tidurnya malam itu. Mimpi yang sama namun kali ini lebih jelas sedikit. Dia nampak ibunya menangis dan lelaki itu?! Dia tidak ingat namanya tapi wajahnya sungguh jelas untuk dilihat dalam mimpinya. Mack?! Kenapa dia ada dalam mimpi itu?

Atisya mengelap peluh di dahinya. Berkali-kali dia meraup wajahnya supaya tanda-tanya itu terjawap. Namun dia menemui kegagalan. Siapa Mack sebenarnya? Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising seperti orang tengah membaca jampi di bilik sebelah. Atisya mula sedar akan sesuatu. Dia pantas menuju ke bilik Aurora. Dia berhati-hati saat membuka pintu bilik Aurora supaya tidak menghasilkan bunyi bising. Saat pintu terkuak, matanya teris membuntang memandang Maleficent ada di dalam bilik tersebut. Dia ingin masuk namun dia terhenti bila Maleficent menangis tiba-tiba. Aurora masih begitu lena.

"Aurora, hamba minta maaf dengan kamu...hamba tidak dapat menarik semula sumpahan itu pada kamu," luah Maleficent dengan sedihnya.

Atisya mula rasa terharu. Maleficent tidak jahat. Tapi kenapa dalam buku Maleficent dijadikan watak jahat? Atisya ingin beredar namun dia terkejut bila Mack ada di belakangnya. Lelaki itu pantas menghempas kuat pada tengkuknya tanpa dia sempat mengelak. Pandangan Atisya mula kelam. Namun seketika pandangan gelap dan tidak sedarkan diri.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu