Bab 8

2.3K 127 0
                                    

Isyraf melangkah masuk. Dari muka pintu itu dia boleh nampak wajah Atisya yang tidak sedarkan diri itu. Dia teragak-agak untuk meneruskan langkah kakinya. Tapi dia dah minta izin dari Tuan Hussin untuk menjenguk Atisya. Jantungnya berdegup laju.

"Atisya..."

Isyraf merenung ke arah wajah Atisya. Ada sedikit wajah gadis itu tercalar di bahagian pipinya. Namun itu tidak membuat dia tidak jatuh cinta pada gadis itu.

"Atisya, saya datang...saya rindu awak. Saya rasa sunyi bila awak tak ada," ucap Isyraf dengan nada sayu.

Dia cuba memberanikan diri mengenggam tangan gadis itu tapi dia tidak jadi. Dia tak patut pegang tangan gadis itu. Atisya bukan apa-apa pada dirinya. Tapi dia sangat mencintai Atisya begitu lama. Isyraf jadi ragu-ragu. Betul ke apa yang dilakukannya itu?

Isyraf berundur ke belakang. Atisya tidak kenal dengan dirinya. Dia tak patut berada di situ. Isyraf bergegas keluar dari situ dengan sejuta rasa yang tidak dapat ditafsirkan.

......

Tuan Hussin kembali menuju ke wad anaknya. Dia sebenarnya batu selesai mengerjakan sembahyang Asar. Ketika dia lalu di aras 3 hospital itu, dia ternampak kelibat Isyraf yang bergegas keluar dari wad anaknya. Dia pun bergegas menghampiri anak muda tersebut.

"Isyraf, dah nak balik ke?" Tegur Tuan Hussin dengan ramah.

"Macam tu lah. Maafkan saya, pakcik sebab tak dapat berlama di sini. Saya ada hal. Tadi saya kena telefon dengan kawan saya," jelas Isyraf namun semuanya bohong belaka.

Tuan Hussin mempercayainya. Isyraf pun meminta diri untuk beredar. Tuan Hussin senyum sendiri lalu dia pun masuk ke dalam wad anaknya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah katil anaknya itu.

"Atisya, ayah gembira sangat kamu pandai mencari seorang kawan lelaki seperti Isyraf. Tapi ayah cuma ingin tahu siapa Isyraf itu pada kamu, nak? Ayah tengok Isyraf tu macam ada hati dengan kamu. Ayah tak tahu pulak perasaan kamu. Tapi ayah bersyukur ada juga kawan kamu yang sudi jenguk kamu di sini. Atisya, bangunlah bila kamu sudah bersedia. Ayah tetap akan tunggu kedatangan kamu,"

Tuan Hussin perlahan mencapai buku Yasinnya lalu dibaca mengikut alunannya. Hari-harinya diisi dengan bacaan surah-surah untuk anaknya supaya anaknya selamat di sana. Isterinya pula kebelakangan ini sudah mempunyai semangat namun rasa sedih itu seringkali bertandang bila dia teringat memori bersama anaknya dulu.

.......

Puan Rubiah duduk termenung di laman rumahnya pada petang itu. Hanya itulah yang dilakukannya bila dia tidak menjenguk anaknya di hospital. Itupun disebabkan suaminya yang menyuruhnya berehat di rumah sahaja. Rindunya pada anaknya itu tidak dapat dibendung lagi. Atisya...sedarlah kau, nak....

Tapi bila teringatkan kawan anaknya itu, dia turut tumpang bahagia. Anaknya dah besar dan memang patut merasa kasih dari seorang lelaki. Dia senyum bahagia. Tapi tiap kali dia memandang Isyraf, dia dapat rasakan lelaki itu menyimpan perasaan terhadap anaknya. Apa sebenarnya hubungan mereka berdua?

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt