Bab 16

1.9K 133 0
                                    

Malam itu Atisya bertenggek di jendela biliknya. Dia tidak puas melihat langit malam. Sebab tadi Aurora menganggunya tapi sekarang dia aman untuk mengelamun.

"Pssttt..."

Atisya terperanjat kecil. Laju matanya meliar mencari gerangan suara itu.

"Pssttt..."

Atisya akhirnya memandang ke bawah. Kala itulah dia ternampak Mack berada di situ. Atisya terus tersenyum gembira.

"Mack, kamu buat apa di situ?" Tanya Atisya begitu gembira sekali.

"Shhhh...jangan cakap kuat sangat. Nanti mereka dengar," kata Mack dengan suara seakan-akan berbisik.

Atisya terus menekup mukutnya. Namun dia gembira sekali bila dapat bersua muka dengan lelaki itu. Mack memberi isyarat menyuruhnya keluar.

.....

"Kenapa bawa hamba ke sini?!" Soal Atisya begitu pelik.

Mack senyum lebar. Dia menoleh ke belakang memandang pada Atisya yang tercenggang.

"Kenapa tidak suka dengan tempat ini? Ini kan tempat paling selamat untuk kita berdua. Yang penting kamu tahu yang hamba pernah bawa kamu ke sini. Dan di sini juga tempat kita berkelahi sebab kamu salah faham dengan hamba," ujar Mack seakan mengusik Atisya.

"Mengapa kamu bawa hamba ke sini? Maksud hamba tujuan kamu? Malam-malam begini kamu bawa hamba ke sini. Tidakkah itu sesuatu yang pelik?!" Ujar Atisya lagi tidak mahu mengalah.

"Baik...Hamba tahu kamu sedang merindui hamba hari ini. Dan kamu teringin sangat nak jumpa dengan hamba. Betulkan..." teka Mack bersama senyuman di bibir.

Atisya senyum senget. Sakit hatinya dari tadi asyik dia sahaja terkena. Dia mendengus. Jelingan tajam diberikan pada lelaki itu. Mack tergelak suka. Marah marah sayang.

"Atisya, maafkan hamba..."

"Maaf untuk apa?" Pintas Atisya dengan nada geram.

"Sebab tadi hamba tidak datang jumpa kamu di paya tersebut. Hamba tahu kamu ternanti-nantikan hamba. Hamba juga teringain untuk berjumpa dengan kamu tetapi tangan hamba tercedera. Hamba pergi berehat sehingga hamba tertidur," cerita Mack begitu bersungguh-sungguh.

"Mack..."

Atisya terdiam semula. Entah kenapa bila di depan Mack lidahnya jadi kelu. Sedangkan dia sudah bersedia untuk pertemuannya dengan Mack.

"Atisya...jangan diam sahaja. Hamba di sini sudi dengar apa yang kamu kata. Apakah ianya tentang Maleficent atau..."

Kata-kata Mack terhenti di situ bila tangan kanan Atisya begitu cepat menekup mulutnya. Mereka saling berpandangan. Namun itu hanya seketika. Atisya menurunkam tangannya namun Mack laju mengenggam tangannya itu. Atisya terus menatap semula wajah Mack yang begitu dekat dengannya.

"Biar kita begini...untuk seketika," pinta Mack dengan nada sayu.

Atisya diam. Namun dia menurut. Begitu lama mereka berpandangan. Akhirnya Atisya mengalah. Dia ingin menjauhkan sedikit jarak mereka namun Mack bertindak pantas menarik tubuhnya supaya dekat lagi dengan lelaki itu.

"Mack, kamu nak apa sebenarnya?" Tanya Atisya perlahan.

Mack akhirnya melepaskan gadis itu. Dia mengeluh hampa.

"Maafkan, hamba..." ucap Mack begitu jujur.

Atisya senyum pada lelaki itu. Entah dia sendiri pelik kenapa dia tidak memarahi lelaki itu. Padahal semua tindakannya itu tidak betul.

"Mari hamba hantar kamu pulang," putus Mack.

Atisya akur.

......

"Terima kasih sebab sudi hantar hamba pulang ke rumah dengan selamat," kata Atisya bila mereka sudah berada di depan pintu rumah.

Mack masih berdiri di situ merenung gadis itu. Atisya cuba senyum pada lelaki itu.

"Mack, hamba masuk dahulu,"

Mack tersedar. Dia mengeluh kecil namun dapat didengari oleh Atisya. Atisya tidak jadi membuka pintu. Dia pantas menoleh pada Mack yang masih tercegat di situ.

"Mack, hamba rasa hamba sudah jatuh cinta dengan kamu..." luah Atisya tanpa segan silu.

Mack sungguh terkejut. Namun dia terlambat untuk menyoal bila Atisya sudah masuk ke dalam. Dia tersenyum bahagia. Cintanya sudah terbalas.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now