Waktu ini dah menguji diri Khairan. Boleh saja dia meninggalkan semua ini. Berlari menaiki tangga dan tinggalkan kawasan air terjun Teladas. Memecut motornya balik ke rumah dan mengurung diri dalam bilik.

Tapi tak boleh. Kalau mati gadis ni, barangkali polis dapat track dia ke mari.

Daripada membuang masa bergelut dengan perasaan, lebih baik Khairan selesaikan luka itu.

Seluar jeans gadis itu dicarik sikit di belah kaki. Dia ambil bahagian yang dah terkoyak. Mudah. Dia dapat ukuran yang cukup untuk mengikat kepala.

Khairan angkat kepala gadis itu dan mula melilit.

Lilitannya kemas dan dapat menutup luka di dahi. Khairan berpuas hati. Ilmu semasa kem bersepadu masih diingat.

Khairan kena bergegas ke rumah Sidek. Dia dah takda idea apa yang perlu dibuat lagi.

Khairan perlahan-lahan menempatkan tangan kanannya ke belakang badan. Dan tangan kiri pula ke kaki. Khairan mengangkat gadis itu dan mula berjalan ke arah tangga berlumut tadi.

Peralatan menangkap ikannya dibiar dulu. Tak cukup tangan bawak sekali. Khairan menuju ke tangga dengan melajukan sedikit perjalanannya. Tangan sudah lenguh.

" Aduh, beratnya.. ", Khairan tiba di tangga dan menaiki satu persatu anak tangga.

Tangga memang licin. Kalau tak berhati-hati, mereka boleh tergolek sekali.

Sampai saja di atas, mata Khairan melilau melihat sekeliling kawasan parking itu. Dia fokus ke arah pondok usang tadi. Sunyi. Sebarang bunyi pun tiada.

Nampaknya yang berada di kawasan air terjun ini hanya mereka berdua. Khairan terasa lega. Senang untuk Khairan membuat kerja. Dengan pantas Khairan membawa gadis itu ke motorsikal.

Selepas meletak gadis itu bersebelahan motor, Khairan turun semula mengambil barang-barangnya. Dan barang-barang gadis itu juga ada sama bersepah. Purse, kasut dan beberapa aksesori diambil.

Khairam bergegas naik ke atas.

Sampai di motor, dia naik dan Ramona pula ditempatkan di belakang. Kepalanya bersandar di belakang Khairan. Kemudian, Khairan memulakan perjalanannya sebelum ada orang lain yang datang. Tangan kanan memegang throttle dan tangan kirinya mengawasi Ramona takut terjatuh. Kini, Khairan perlu menuju ke rumah yang paling selamat buat sementara ini.

Paling Selamat Dan Dipercayai.

Tudung saji yang tadi berada di atas lantai terus diangkat dan menutup lauk di atas meja yang siap dimasak. Menu hari ini telur sambal dan sayur kangkung masak belacan. Sidek sengaja mengumpan makan tengah hari ini dengan makanan kegemaran Shaera supaya dia tidak terus melekat di depan tv sebaik saja balik dari sekolah.

Sidek menuju ke ruang tamu. Dia memanggil adiknya untuk menjamu selera bersama.

" Assalamualaikum, Sidek!! ", Kedengaran orang memberi salam dari luar. Sidek yang baru menyentuh ruang tamu itu terkejut kecil.

Sidek terus ke pintu dan membukanya dengan segera. Kelihatan Khairan dalam wajah yang begitu banyak masalah. Sidek hairan. Dan lebih mengejutkan, ada perempuan sedang tidur di belakang Khairan.

" Woi, lu bawak siapa? ", Tanya Sidek.

" Tolong aku Sid!"

" Kenapa? Asal ni? ".

" Ni aku jumpa awek ni kat Teladas tadi ",

" Pengsan ke? ",

" Aah ".

" Bawak la klinik ". Cadang Sidek sambil menghampiri Khairan.

" Tak boleh. Kena letak kat sini dulu ".

Sidek dah bingung. Malas nak tanya lebih-lebih. Khairan pun dah macam tak betul. Sangat cemas.

" Shaera ada kat dalam", kata Sidek.

" Dia selalu masuk bilik kau tak?"

" Tak. Kenapa?"

" Letak awek ni dalam bilik kau", cadang Khairan.

" Gua tak boleh tidur sebilik dengan perempuan. Mak marah"

" Aku tak suruh kau tidur dengan dia. Babi la. Jangan main-main ".

" Okay. Tapi kejap. Shaera ada kat ruang tamu sekarang ni. Tengok Motif Viral. Nanti dia perasan", Sidek menjeling dari jauh. Shaera masih ralit menonton tv.

" Laa tak habis-habis dengan Motif Viral.. "

" Kau tunggu kejap. Aku suruh dia makan kat dapur",

Kemudian, Sidek meninggalkan Khairan yang belum menongkatkan motornya. Gadis itu masih bersandar di belakang Khairan.

Selepas Berjaya memujuk adiknya ke dapur untuk makan tengah hari, Sidek kembali dan memberi isyarat masuk kepada Khairan. Khairan terus menongkat motor dan turun perlahan. Kemudian, dia mendapatkan Ramona dan terus mendukungnya.

" Cun gila ",Sidek sempat melihat gadis itu. Khairan tak layan. Dia terus melangkah ke dalam rumah Sidek dan dengan pantas menuju ke bilik tidur Sidek

Ramona Di MaranOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz