"Fine. But, please hurry up. My customers already paid for their condominiums and villas."

"No worries Tan Sri Malik. Everything under control. If one of them is unstatisfied with you, just bring them to me. I'll explain to them."

"Okay Mr.Harris. Nice to cooperate with you. Saya pergi dulu."

Harris dan Tan Sri Malik sama-sama berdiri. Mereka bersalaman sebelum Tan Sri Malik beredar. Harris hanya memandang pemergian Tan Sri Malik.

"Orang tua banyak bunyi." Kata Harris perlahan lalu dia duduk semula di atas kerusi. Harris memicit pelipisnya perlahan. Memang kerja yang menyusahkan kerja di syarikat ini. Patutlah datuknya dan ayahnya beria-ia nak bersara dari jawatan CEO. Rupa-rupanya, pekerjaan ni memenatkan. Mesti dia cepat tua lepas ni. Habislah.

Husna melihat pergerakan Harris dari luar. Dari tadi lagi dia memerhatikan Harris dan seorang lelaki separuh umur tadi. Muka Harris dan lelaki tadi sungguh serius. Tapi, yang paling serius muka lelaki tadi tulah. Mesti ada apa-apa masalah. Kesian Harris.

Sebenarnya, dia pun kena tempias tadi. Lelaki yang baru keluar dari bilik Harris tadi tu menegur Husna semasa Husna sedang sibuk memerhatikan tingkah laku mereka berdua.

"You're his personal assistant right?"

Husna mengangguk lambat. "Yes."

"Please remind him every single day project of villas at Shah Alam and condos at Putrajaya. I won't he missed at all this important project." Kata Tan Sri Malik dengan nada tegas. Husna mengangguk. "I will tan sri."

Dengan angkuhnya, Tan Sri Malik berlalu keluar dari koridor tersebut. Husna hanya menghantar tan sri tersebut menggunakan pandangan. Harris terlupakah pasal projek di Shah Alam dan Putrajaya? Mustahil. Sedangkan projek di tempat kecil seperti Bukit Sentosa pun Harris ingat apatah lagi Shah Alam dan Putrajaya.

Husna melihat Harris dari jauh sekali lagi. Nampaknya, Harris sedang stress. Husna patut memberikan Harris minuman untuk melegakan Harris. Dia berlalu ke pantri untuk menyediakan minuman kegemaran Harris, teh ais.

"Bos," panggil Husna setelah dia mendapat keizinan untuk masuk ke dalam pejabat Harris. Harris mendongak memandang Husna. Dia tersenyum. "Sayang." Dengan serta-merta, Harris meninggalkan kerjanya yang bertimbun di atas meja. Kerusi ditolak ke belakang. Harris memimpin Husna untuk duduk di atas sofa.

"What bring you here?" Soal Harris sambil memandang wajah Husna. Husna senyum lalu menunjukkan secawan teh ais. "Tadaa. This is for you." Cawan tersebut dihulurkan kepada Harris dengan perasaan gembira. Harris menyambutnya. "You know what I want."

"Of course."

Husna mengangguk dengan penuh bangga. Cis. Tak bagus betul. Husna memerhatikan Harris yang menikmati air buatannya. Dia berasa senang. Perasaan tu bila seseorang hargai hasil air tangan kau. Sungguh seronok dan bahagia ya.

"Abang," panggil Husna setelah Harris meletakkan cawan tadi di atas meja. Harris mengelap bibirnya menggunakan napkin lalu memandang Husna. "Yup?"

"Kenapa dengan Tan Sri Malik tadi? Anything is wrong?" Setelah soalan itu diajukan, Husna dapat melihat muka Harris sedikit penat. Mungkin menerima tekanan daripada tan sri tadi agaknya. Harris menyandar di sofa lalu memejamkan matanya. "Dia suruh abang mempercepatkan binaan vila dengan kondo tu. It ain't easy."

Husna mengangguk. Dia mendekati Harris lalu memicit kepala Harris. "It's okay abang. Abang dah buat yang terbaik. Tak lama lagi, siaplah projek tu kan. Abang buat semua ni demi pelanggan juga."

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now