Bulan di angkasa jelas kelihatan dari tingkap bilik itu. Sinarannya membuatkan cincin berbatu putih itu bersinar.

Ace tersentak dengan sinaran itu lalu dia tersenyum sendirian.

Izumi....

Ace meletakkan cincin itu di atas meja bersebelahan dengan katilnya lalu dia mengambil Ryzer dan Black Saga. Dua pedang itu dia sandarkan di dinding.

Ace bangun lalu membuka kot labuhnya itu. Kot itu dia sangkutkan di dinding kemudian dia berbaring di atas katil.

Ace memandang ke arah siling bilik. Memikirkan tentang perkara 4 tahun lepas.

Mata semakin memberat. Ace akhirnya tertidur.

---------------------------------------------

"Wah!! Kenyangnya..."

Edward berkata teruja apabila selesai makan.

"Te..terima kasih." Ucap Liz segan.

"Ehh?? Awak ke yang masak semua ni?? Wah!! You're good chef ya know?!! Thanks for dinner!" Kata Edward.

Muka Liz memerah apabila dipuji sebegitu oleh Edward.

Shin hanya tersenyum sikit.

"Thanks" Ucapnya ringkas. Liz mengangguk.

Zack pula bangun dari kerusi.

"Its delicious!! Thanks Liz." Kata Zack lalu dia masuk ke dalam bilik untuk berehat.

Edward dan Shin juga turut bagun. Edward pula menolong mengemas meja tetapi Pacik Mick melarangnya berbuat sedemikian. Edward hanya mengangguk lalu menuju ke arah pintu rumah diikuti Shin.

"Sambunglah cerita kau." Pinta Shin apabila mereka berdua berada di beranda rumah itu.

"Cerita yang mana satu?" Soal Edward.

"Cerita tentang 4 tahun lepas."

"Oh..Itu..Baiklah.."

"Ya sebelum kamu asalnya pahlawan elit hanya ada 3 orang saja iaitu aku,Ace dan Izumi."

"Izumi??"

"Yup.."

"Ok..keep it on.." Kata Shin.

"Pada awalnya kami bertiga memang berkawan baik. Oh jangan lupa raja kamu pun merupakan kawan baik kami." Kata Edward.

"A..apa!??"

"You heard me. Tapi di sebabkan dia adalah putera raja pada masa itu dia dilarang oleh ayahandanya. So kami bertiga yang menjadi pahlawan elit. Oleh sebab kekuatan,skill,dan tahap berlawan kami lain kami juga ada gelaran masing-masing. Kau mesti tahukan apa gelaran aku."

"Yupp..The Berserk Knight.." Kata Shin. Edward mengangguk lalu menyambung balik ceritanya.

"Ace juga ada gelaranya..dia digelar The Shadow Knight kerana gerakannya yang terlalu pantas. Bagaikan bayang. Manakala Izumi pula digelar The Faster Healer kerana dia mempunyai kuasa yang dapat menyembuhkan orang dalam kadar masa yang  sangat cepat."

"No wonder lah kenapa Ace dapat gelaran itu. Gerakannya sungguh laju. Cara dia bermain pedang sungguh hebat..Seolah-olah dia menari dengan pedangnya itu."

"Itu tahap berlawan Ace. Tapi aku tahu dia tak gunakan kesemua kuasanya tadi."

"Macam mana kau tahu?" Soal Shin.

"Kalau dia gunakan semua kuasanya dia akan bangkitkan mood Dark Berserker. Kau mesti kenal nama tu kan??"

Shin terkejut. Walaupun seorang yang serius tetapi pernyataan Edward membuatkan dia sangat terkejut. Dark Berserker...Satu kuasa kegelapan lagenda. Hanya orang tertentu sahaja dapat mengawal kuasa itu.

"Kau sure ni dia ada kuasa itu??".

"Aku sure sebab dia pernah bangkitkan kuasa itu 6 tahun lepas. Dia hampir tak dapat kawal kuasa itu tetapi disebabkan Izumi dia berjaya memgawal kuasa itu."

"Ok back to main story..."

"Ok....sejak wujudnya kami bertiga sebagai pahlawan elit keamanan semakin terjamin. Kami juga banyak menyelesaikan misi-misi yang sukar. Malahan, kerajaan lain seperti Kerajaan Andar dan Kerajaan Grandzam banyak meminta kami menolong mereka."

"Ace juga sukakan Izumi dan Izumi sukakan Ace. Akhirnya mereka bercinta." Tambah Edward.

"Oh."

"Tetapi pada 4 tahun lepas...Sesuatu telah berlaku..Sesuatu yang menjadi mimpi ngeri dalam hidup Ace selain dia kehilangan puak dan ibu bapanya." Edward mengeluh.

"Hmmm..boleh kau jelaskan dengan lebih lanjut?" Soal Shin.

"Pemberontak yang Ace telah tumpaskan merupakan pemberontak yang sama telah menyerang Frontline City. Aku dan Ace berhempas pulas melawan pemberontak itu."

"Takkan kamu berdua saja yang melawan... Mana tentera yang yang menjaga Frontline City?"

"All death...Tinggal kami berdua sahaja. Izumi pula kami arahkan untuk pindahkan penduduk ke Capital City. Sewaktu berlawan aku dan Ace terpisah. Ace pula melawan berhempas pulas tetapi entah macam mana ada orang yang kenakan sihir lumpuh ke atas dia."

"Sewaktu dia hampir dibunuh Izumi datang menyelamatkannya. Izumi melawan kesemua pemberontak itu tetapi seseorang telah menikam jantung Izumi. Izumi mati di hadapan Ace. Dia tergamam dengan kejadian itu."

"Lepastu apa jadi??"

"Sebelum tuu kau pernah dengar Frontline City musnah 4 tahun lepas??"

"Pernah...Kemusnahan Frontline City adalah salah satu sejarah hitam bagi Kerajaan Lexia..Dikatakan seseorang telah memusnah Frontline City dengan dua kali libasan saja." Jawab Shin.

"Heh..ni aku nak beritahu kau satu rahsia. But kau jangan beritahu dengan yang lain."

"Ok aku tak beritahu."

"Kemusnahan Frontline City 4 tahun lepas adalah disebabkan oleh Ace." Kata Edward.

"APA!!!!!!??"

"Shuuu!! Janganlah bising."

"Kau biar betul?"

"Ya..Dia bangkitkan Dark Berserker. Kesemua pemberontak yang menyerang kota itu mati dengan sekali libasan oleh Ace menggunakan pedangnya iaitu Ryzer. Tetapi malangnya orang yang menikam Izumi telah hilang."

"Aku tak sangka pula yang Ryzer milik Ace begitu kuat."

"Ryzer merupakan pedang pusaka milik Puak Windcrawler. Ryzer adalah salah satu pedang yang berkuasa."

"Ok sambung balik cerita kau."

"Setelah puas mengamuk Ace bertukar ke mood asalnya. Aku pada masa itu terkejut dengan keadaan Izumi. Ace hanya memangku kepala Izumi sambil menangis teresak-esak."

"Oh sebab itulah kenapa Ace minta dia sahaja yang hapus Livanis." Kata Shin.

"Yup..ok lah dah lewat malam dah ni." Kata Edward lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Edward..." Panggil Shin.

"Apa dia??"

"Apa nama penuh Izumi??" Soal Shin dalam keadaan berbisik.

"Izumi...Izumi Hashima." Jawab Edward lalu dia masuk ke bilik.

"Izumi Hashima..." Shin menyebut nama penuh Izumi lalu masuk ke bilik.

Zack yang mendengar perbualan antara Shin dengan Edward tersenyum sinis. Dia sebenarnya tidak tidur.

"Izumi huh? Heh aku boleh lah provok Ace gunakan nama ni...Aku nak tengok kuasa sebenar kau Ace..." Katanya lalu masuk tidur...

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now